Jenis-Jenis Broker Forex Yang Harus Trader Faham

Bismillahirrahmanirrahim

Sepanjang trading, broker merupakan perkataan sinonim yang aku dengari kerana brokerlah yang bertindak sebagai orang tengah yang akan menguruskan order yang aku lakukan. Oleh itu, wajib bagi aku untuk mempelajari dan mengetahui jenis-jenis broker forex yang ada secara amnya supaya aku lebih yakin dan berasa selamat untuk bersama broker tersebut. Oleh itu, secara kasarnya terdapat 3 kumpulan utama jenis broker forex yang perlu aku tahu.

Tiga kumpulan broker tersebut adalah seperti berikut.

  1. Dealing Desk Broker
    • Big Dealer
    • Bucket Shop
  2. Non Dealing Desk Broker
    • Electronic Communication Network (ECN)
    • Direct Market Access (DMA)
    • Straight Through Processing (STP)
  3. Hybrid Broker

Aku akan listkan penerangan setiap jenis broker ini dalam bahasa yang paling mudah untuk kita semua fahami.

Dealing Desk Broker 

Dealing desk broker secara mudahnya adalah setiap order dan entry yang dilakukan tidak dihantar ke market sebenar forex. Semua entry tersebut berada di dalam lingkungan broker sahaja Namun, ia tidak bermaksud Dealing Desk broker ini tidak elok semuanya. Sebab itu terdapat dua jenis DD broker, iaitu Big Dealer dan Bucket Shop.

Big Dealer ni bermaksud broker tersebut adalah broker besar yang mempunyai klien yang ramai dan buyer dan seller di matching kan antara satu sama lain iaitu antara client2 sahaja. Contohnya Broker A mempunyai 4,000,000 client. Trader A ingin Buy pair EUR maka broker A akan match kan order dengan Trader B atau C atau D yang execute Sell order. Basically yang membayar profit adalah Broker itu sendiri dengan dana yang diperolehi. Big Dealer juga dipantau oleh badan badan kewangan seperti FCA UK, ASIC, CySEC untuk memastikan bahawa broker tersebut membayar profit yang diperolehi oleh klien.

Bucket Shop pula ataupun diistilahkan sebagai broker jalanan pula lebih kepada scammer. Mereka sentiasa menipu bahawa mereka mempunyai kredit daripada badan badan kewangan seperti FCA UK dan mempunyai berbagai bagai anugerah. Modus operandi bucket shop adalah Loss Trader adalah keuntungan mereka. Order-order yang dilakukan sama sahaja seperti Big Dealer, namun bucket shop tidak mempunyai dana peruntukan yang besar sekiranya trader mendapat keuntungan yang berganda-ganda. Jadi masalah broker bucket shop adalah mereka selalu memperkenakan berbagai syarat yang merepek, leverage yang terlalu tinggi seperti 1:1000, spread yang terlalu rendah seperti zero spread ataupun Fix 1 pip spread, bonus yang melampau-lampau dan sebagainya untuk menarik klien trade bersama mereka.

Kesimpulannya, Dealing Desk tidak menghantar order ke market sebenar. Mereka mendapat keuntungan melalui perbezaan kadar deposit dan withdrawal beserta spread yang dikenakan. Selain itu ciri-ciri Dealing Desk adalah withdrawal yang pantas kerana bayaran profit merupakan bayaran daripada broker itu sendiri. Dibawah adalah Ciri-Ciri Dealing Desk untuk Panduan

  • Withdrawal yang pantas
  • Bonus Deposit
  • Leverage yang besar
  • Spread yang terlalu rendah
  • Mempunyai berbagai jenis akaun seperci cent/standard/professional dan sebagainya

Non Dealing Desk Broker

Non Dealing Desk Broker (NDD) merupakan broker yang menghantar kesemua order ke pasaran sebenar ataupun kepada liquidity provider yang besar untuk execute pesanan klien. Terdapat tiga jenis NDD yang perlu diketahui iaitu ECN, STP dan DMA. Setiap jenis jenis broker NDD ini mempunyai karakteristik yang sedikit berbeza namun terdapat juga persamaan yang ketara. Secara amnya persamaan karakteristik antara ketiga tiga NDD ini adalah

  • Tick price diupdate dengan pantas dan cepat
  • Tidak menawarkan bonus yang melampau lampau, jika ada mungkin kecil sahaja
  • Leverage yang sederhana, maksimum sekitar 1:200
  • Sedikit atau kurang jenis-jenis akaun, biasanya cuma ada standard dan pro.
  • Keuntungan diperolehi melalui spread dan perbezaan rate depo dan withdraw
  • Profit dibayar oleh perbezaan buy dan sell di market, bukan broker
  • Withdraw mengambil masa sekitar 2 atau 3 hari mungkin lebih

Electronic Communication Network (ECN) merupakan suatu broker yang memberi akses kepada para trader engage terus dengan harga sebenar market. Oleh itu trader akan melakukan Buy dan Sell bersama-sama dengan geng geng bank besar, Hedge Fund, dan negara-negara yang terlibat dengan pasaran forex. Kekuatan utama ECN adalah kebanyakan broker menawarkan spread yang rendah, seperti 0.1 pips ataupun zero spread namun jarang. Keburukannya pula adalah ECN turut mengenakan kadar komisyen yang tinggi membuatkan strategy scalping berkemungkinan tidak berbaloi dilakukan kerana walaupun profit namun profit tersebut terpaksa membayar komisen pada setiap entry yang dilakukan.

Direct Market Access (DMA) merupakan broker yang menawarkan floating spread yang mana floating spread tersebut memang mengikut market sebenar dan broker akan markup dalam beberapa point sebagai upah pengurusan mereka. Order yang dibuat dibawah broker ini akan dihantar ke beberapa bank yang telah mengikat kata sepakat dengan broker tersebut. Broker DMA ini jarang requote dan amat susah untuk requote melainkan kita menghadapi masalah internet milik sendiri dan juga ketika abnormal news. Broker ini memilih the best price rate daripada beberapa bank yang menawarkan bid ask. Sebagai contoh jika aku Buy  EU pada harga 100, broker DMA akan tengok Bank A Bank B dan Bank C punya rate. Contoh Bank A bagi 3 pips spread, Bank B 2 pips spread dan Bank C 4 pips spread, maka broker DMA akan memilih Bank B sebagai matching seller or buyer.

Straight Through Processing pula (STP) merupakan broker yang hampir sama seperti DMA, namun STP tidak terikat dengan mana-mana liquidity provider. Dia mungkin mempunyai hingga 10 liquidity provider dan memilih the best price untuk buy dan sell kepada para klien. STP hanyalah penghubung antara trader dan Liquiditor. Kebiasaannya broker ini menggunakan software untuk sort out harga terbaik, jika buy dia akan select LP yang bagi harga terendah dan jika Sell dia akan select LP yang beri harga tertinggi.

Kesimpulannya adalah seperti berikut :-

  • ECN Akaun : Trader -> Market
  • DMA Akaun: Trader -> Liquidity Provider with Contract -> Market
  • STP Akaun : Trader -> Liquidity Provider (Free to choose) -> Market

Hybrid Broker 

Hybrid Broker merupakan gabungan antara Non Dealing Desk dan Dealing Desk Broker. Terdapat beberapa model hybrid broker yang perlu diketahui, dan kebiasaannya adalah melalui dua cara.

  1. Melalui jumlah lot yang didagangkan
  2. Melalui chance of profitability (A Book dan B Book Order)

Untuk contoh yang pertama, sekiranya akaun trading dibawah USD 5000 sebagai contoh, maka order tersebut akan dilayan seperti Dealing Desk konsep sahaja, iaitu order hanya di match antara client dalam broker tersebut dan keuntungan trader akan dibayar oleh broker. Sekiranya akaun trading tersebut melebihi USD 5000, maka setiap order akan dilayan seperti Non Dealing Desk yang mana order akan dihantar ke LP kemudiannya keuntungan akan dibayar berdasarkan daripada market sebenar. Kebiasannya Hybrid Broker menawarkan berbagai-bagai jenis akaun seperti cent, standard, dan pro dan ditapis dengan minimum amaun untuk di depo.

Contoh kedua pula melalui chance of profitability. Dengan kepercayaan terhadap 95% trader akan gagal, maka broker berani untuk melakukan model ini. Pada permulaannya semua order trader yang baru mendaftar akan dimasukkan ke dalam B Book Order yang mana order mereka hanya di matchingkan antara client2 sahaja, bukan client2 di dalam market sebenar. Mereka mempunyai satu department risk control yang mana sekiranya berdasarkan perkiraan seseorang trader itu konsisten profit, maka order trader tersebut akan diubah kepada A Book Order yang mana order akan dihantar terus ke market.

Oleh itu, aku harus faham setiap model broker supaya aku tidak bodoh untuk mempercayai janji manis sesebuah broker.

Allahu Musta an.

Aku Pedagang Jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →