Jenis Candlestick Saham Yang Penting

Bismillahirrahmanirrahim

Sebut sahaja candlestick, pasti ramai kalangan pelabur akan tahu apa itu candlestick. Malah ianya merupakan topik yang amat popular yang perlu anda pelajari sekiranya anda ingin mempelajari analisa teknikal. Dikesempatan ini, saya akan menerangkan asas candlestick saham serta jenis candlestick saham yang penting dan boleh anda gunakan dalam analisa teknikal anda kelak.

Asas Candlestick dalam Pelaburan Saham

Terdapat dua bentuk candlestick yang perlu pelabur ketahui dan empat komponen yang hadir pada setiap batang candlestick. Bentuk bentuk tersebut adalah :

  1. Bullish Candlestick : Sebatang candlestick yang berjaya untuk close price lebih tinggi dari harga sebelumnya. Ianya sering terjadi ketika price sedang menaik.
  2. Bearish candlestick : Sebatang candlestick yang berjaya untuk close price lebih rendah dari harga sebelumnya. Ianya sering terjadi ketika price sedang menurun.

Komponen-komponen sesebuah candlestick adalah seperti berikut :

  1. High : Harga tertinggi yang berjaya sebuah candlestick capai dalam satu jarak masa
  2. Low : Harga terendah yang berjaya sebuah candlestick capai dalam satu jarak masa
  3. Open : Harga awal pembukaan sebuah candlestick dalam satu jarak masa
  4. Close : Harga terakhir penutup sebuah candlestick dalam satu jarak masa.

Sesebuah candlestick itu juga dipengaruhi oleh timeframe yang anda guna. Sekiranya anda gunakan TF H4, maka sebatang candlestick yang sempurna akan dihasilkan pada setiap empat jam. Begitu juga jika anda gunakan TF D1, maka sebatang candlestick yang sempurna akan terhasil pada setiap sehari. Semua maklumat ini dapat dikelaskan seperti gambarajah dibawah :

Candlestick Patterns In Technical Analysis - Commodity.com
Sumber : Commodity dot com

Jenis-Jenis Candlestick dalam Saham

Jika anda membaca diinternet, terdapat berbagai-bagai jenis candlestick yang akan anda teroka. Anda juga boleh download gambarajah keseluruhan jenis candlestick dan menghafal satu persatu. Namun, objektif saya adalah untuk menekankan apakah jenis candlestick dalam saham yang penting dan anda tidak perlu untuk serabut kepala untuk menghafal kesemua pattern. Secara ringkasnya terdapat tiga kelas yang merangkumi semua jenis-jenis candlestick ini.

  1. Single candlestick pattern : Hanya menggunakan sebatang candlestick sahaja untuk membentuk sebuah pattern. Contoh : Pinbar
  2. Double Candlestick pattern : Menggunakan dua batang candlestick untuk membentuk sebuah pattern. Contoh : Bullish Engulfing
  3. Triple Candlestick pattern : Menggunakan 3 atau lebih candlestick untuk membentuk sebuah pattern. Contoh : Three Dark Crow

Jadi, apakah pattern yang penting dan boleh anda gunakan? Saya sarankan untuk anda menggunakan Double Candlestick Pattern. Kekuatan Doubel candlestick pattern ini adalah ianya datang dengan confirmation dan price tidak begitu jauh daripada pergerakan asal price mula melakukan projection. Sekiranya anda menggunakan single candlestick pattern, anda sentiasa terjerat dengan masalah false signal yang dihasilkan oleh sebatang candle. Apa pula akan terjadi sekiranya anda memilih triple candlestick pattern? Entry point anda akan terlalu jauh dan kebiasaannya stoploss atau cutloss yang anda perlukan adalah besar.

Pattern double candlestick saham yang saya sarankan adalah Bullish Engulfing dan juga Bearish Engulfing.

Bullish Engulfing : Candle kedua berjaya menelan candle pertama yang menunjukkan momentum price untuk naik lebih kuat dari menurun.

Bearish Engulfing : Candlestick kedua berjaya menelan candle pertama yang menunjukkan momentum untuk jatuh lebih kuat dari menaik.

Interpreting The Engulfing Candlestick Pattern Like A Skilled Price-Action  Trader | Ditto Trade
Sumber Dittotradedotcom

Dengan hanya berpegang kepada pattern ini sahaja, anda sudah mampu melakukan profit yang konsisten dan melakukan analisa teknikal yang baik seperti professional. Anda gunakan candlestick pattern saham ini sebagai signal entry anda apabila indikator dokongan anda telah memberi petunjuk arah trend. Sebagai contoh jika price berada diatas MA, (Uptrend), maka anda boleh fokus untuk mencari signal Bullish Engulfing. Apabila pattern bullish engulfing telah terbentuk, anda boleh terus untuk melakukan buy call pada kaunter yang anda ingini.

Kesimpulan

Menggunakan dan mengenali jenis candlestick dalam saham adalah perkara yang penting sebagai seorang pelabur jika anda ingin melakukan analisa teknikal. Ianya memberikan kefahaman kepada anda siapakah yang sedang mendominasi pasaran saat anda ingin melakukan entry. Saya berharap anda telah memahami apakah itu asas candlestick, jenis serta cara bagaimana untuk menggunakannya dalam pelaburan. Sekian terima kasih.

Baca : Belajar Stochastic Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →