Apa itu Indeks Saham FBMKLCI

FBMKLCI merupakan indeks saham yang penting dalam kalangan pelabur Bursa di Malaysia. Ianya memberikan kesan yang amat kuat bagi sentimen pasaran pada hari tersebut. Namun, tahukah anda apa itu indeks saham FBMKLCI, cara untuk melihat indeks tersebut serta kepentingannya? Artikel ini akan mengupas seluruh persoalan tersebut.

Apa itu FBMKLCI?

FBMKLCI bermaksud FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index. Di dalam FBMKLCI ini merangkumi 30 syarikat yang paling kuat, stabil dan mempunyai volume dagangan yang tinggi. Secara tidak langsung ia menjadi kayu ukur kepada kekuatan dan prestasi saham di Malaysia. Senarai 30 syarikat tersebut adalah seperti berikut : –

Saham Blue Chip dan FBMKLCI
Sumber isaham

Kesemua pergerakan harga saham syarikat diatas akan dikumpulkan dan dijadikan sebagai satu indeks yang membentuk FBMKLCI.

Kepentingan Indeks Saham FBMKLCI

Indeks FBMKLCI sangat memberi kesan kepada sentimen semasa pasaran. Bukan sahaja kepada pelabur tempatan, malah pelabur luar negara juga turut melihat indeks ini sebagai indikator prestasi saham di Malaysia. Oleh itu, perkara yang biasa dibuat oleh para pelabur adalah dengan melihat apakah pergerakan indeks FBMKLCI hari ini. Jika indeks ini berkadar positif, maka pelabur akan cuba untuk mencari posisi untuk membeli kaunter di BSKL. Namun, jika indeks ini berkadar positif, pelabur akan cuba untuk menjual saham milik mereka dan menunggu masa yang sesuai untuk membeli semula kaunter kaunter yang ditawarkan di BSKL.

Cara Untuk Melihat Indeks Saham FBMKLCI

Anda boleh lawati berbagai bagai sumber untuk melihat pergerakan indeks ini. Disini saya sediakan data pergerakan indeks FBMKLCI daripada website BSKL itu sendiri. Anda boleh layari website dibawah untuk melihat pergerakan indeks ini yang dikemaskini setiap hari. Harga indeks FBMKLCI hanya akan dikemaskini pada pengakhir sesi trading sahaja setiap hari.

https://www.bursamalaysia.com/market_information/indices_prices

Contoh indeks saham FBMKLCI

Terdapat banyak cara untuk menafsirkan pergerakan indeks saham ini. Dibawah saya senaraikan cara bagaimana kebanyakan pelabur menafsir pergerakan indeks FBMKLCI.

  1. Melihat sama ada candlestick semalam Bullish atau Bearish. Jika Bullish, pelabur akan cuba untuk Buy dan jika Bearish, pelabur cuba untuk Sell
  2. Melihat perubahan percentage harga pada dua hari terdahulu. Jika terdapat kenaikan peratusan yang positif ataupun penurunan peratusan yang negatif, maka pelabur akan cuba untuk Buy kaunter pada hari tersebut.
  3. Melihat pergerakan syarikat yang spesifik yang terdapat dalam indeks FBMKLCI. Sebagai contoh, pelabur ingin melabur dalam kaunter XOX, maka pelabur akan melihat dahulu prestasi saham AXIATA yang terdapat dalam indeks FBMKLCI. Jika AXIATA mencatatkan kenaikan pada hari tersebut, maka pelabur akan cuba untuk Buy kaunter XOX.

Kesimpulan

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk melakukan analisa terhadap pergerakan indeks FBMKLCI. Namun, bagi pendapat saya, hanya day trader sahaja yang banyak menggunakan bacaan FBMKLCI ini kerana mereka memerlukan keuntungan yang pantas dan indeks ini boleh memberikan maklumat sentimen pasaran bahawa pada hari tersebut sesuai atau tidak untuk melakukan buy call. Diharap ianya dapat menjawab persoalan utama artikel ini iaitu maksud indeks saham FBMKLCI.

Baca : Maksud Market Sentimen

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →