Bollinger band merupakan salah satu indikator yang berada di dalam kategori Trend Spotter. Kegunaan yang paling besar adalah untuk mencari ke manakah arah untuk sesebuah kaunter itu pergi sama ada uptrend atau downtrend. Pada hari ini, saya akan terangkan kepada anda cara menggunakan bollinger band saham untuk pelabur Malaysia.
Apa itu Bollinger Band Dalam Saham?
Bollinger band adalah sebuah momentum indikator di dalam kelas trend yang digunakan oleh para analisis untuk menentukan arah sesebuah market dengan fungsi tambahan iaitu mengetahui Overbought dan Oversold sesuatu sekuriti. Ianya diasaskan oleh John Bollinger. Ia dipanggil sebagai “band” kerana indikator ini seringkali dianalogikan sebagai getah yang mana semakin lama price berada diluar kawasan Bollinger Band, semakin kuat price akan melantun semula masuk ke dalam kawasan bollinger band.
Komponen di dalam Teknik Bollinger Band
Bollinger band terdiri daripada tiga garisan dan setiap garisan mempunyai fungsi yang tertentu. 3 garisan tersebut adalah :
- Top BB : Digunakan untuk mengukur Overbought sesuatu price. Sekiranya price berada diluar kawasan Top BB, price berkemungkinan akan turun
- Mid BB : Digunakan untuk menentukan arah trend. Jika price berada diatas mid BB, maka price akan uptrend dan pelabur akan cuba untuk Buy dan sekiranya price dibawah mid BB, pelabur akan cuba sell kerana trend sedang downtrend.
- Low BB : Digunakan untuk mengukur Oversold sesuatu price. Sekiranya price berada di luar kawasan Low BB, maka price berkemungkinan besar untuk naik
Apakah yang dimaksudkan dengan Overbought (OB) dan Oversold (OS)? Ianya adalah satu term yang menunjukkan bahawa harga telah mencapai satu keadaan yang ekstrem. Sebagai contoh, overbought bermaksud tahap belian semasa para pelabur terhadap kaunter terlalu tinggi. Mengikut hukum market dan supply and demand, sekiranya price terlalu tinggi atau mahal, maka jumlah permintaan (buyer) akan menurun kerana buyer sentiasa ingin membeli pada harga murah. Oleh itu Supply (Seller) terpaksa menurunkan harga untuk membolehkan transaksi jual beli berlaku. Disebabkan itu, price akan turun semasa Overbought ini terjadi. Untuk Oversold juga, hukum yang sama juga digunakan.
Setting Bollinger Band Terbaik
Kiraan ini sebenarnya tidak penting untuk anda tahu, tapi jika anda tahu ianya lebih bagus. Formula tersebut adalah seperti gambarajah dibawah :
BB di dalam saham ini mempunyai standard parameter yang perlu diisi. Namun, parameter yang penting hanyalah pada period sahaja bagi pandangan saya. Parameter tersebut adalah :
- Period : Menentukan jarak masa yang ingin digunakan untuk melakukan pemurataan harga
- Deviation : Menukar formula semasa BB yang digunakan berdasarkan volatility market
- Shift : Untuk menolak atau menarik BB ke hadapan atau ke belakang price.
- Apply to : Menentukan harga yang akan digunakan untuk formula.
Jadi, setting bollinger band yang terbaik bagi pendapat saya adalah menggunakan formula standard yang diberikan oleh sistem iaitu period 20, deviation 2, shift 0 apply to close. Melainkan anda tahu bagaimana untuk mengukur tahap volatility pasaran, maka anda dipersilakan untuk bermain dengan parameter ini.
Teknik Bollinger Band yang Terbaik
Untuk mengetahui apakah teknik bollinger band yang terbaik dalam saham, kita harus tahu bahawa terdapat dua keadaan yang sering berlaku didalam bollinger band. Dua keadaan tersebut adalah.
- Widen / Expand Band :Berlaku apabila price memasuki fasa trending. Price akan sentiasa break kawasan Top BB (Uptrend) atau Low BB (Downtrend).
- Flat Band : Berlaku apabila price memasuki fasa sideway. Masa ini price akan sentiasa break line Mid BB. Anda dinasihatkan tidak melakukan sebarang buy call sewaktu fasa ini berlaku.
Untuk melakukan buy call menggunakan Bollinger band, saya akan menggunakan cara Break and pullback ataupun bollinger band pullback. Contohnya, saya ingin membeli kaunter FAJAR. Dibawah adalah senarai bagaimana saya melakukan buycall untuk kaunter FAJAR menggunakan bollinger band.
- Pada timeframe D1, tentukan price berjaya close diatas Top BB. Jika price berjaya break garisan top BB, ia membawa tiga maksud yang sangat berguna untuk saya. Pertama, ia menunjukkan price mempunyai momentum untuk uptrend. Kedua ia menunjukkan bahawa fasa sideway telah berakhir dan fasa trending akan berlaku dan ketiga price mungkin akan melakukan retracement, pullback sebelum meneruskan kenaikan atau uptrend.
- Saya akan menunggu price untuk reject dikawasan Mid BB dan price harus maintain berada diatas Mid BB. Ia menunjukkan bahawa rangka market itu dalam keadaan yang baik iaitu ada projection dan retracement yang cantik
- Apabila price sudah mencecah kawasan Mid BB dan maintain harga diatas mid BB, saya akan melakukan buy Call sekiranya terdapat pembentukan Candlestick Reversal signal formation seperti pinbar. Dengan menggunakan RR sekitar 1:3, saya mampu meraih keuntungan yang agak berbaloi dari kaunter tersebut.
Kesimpulan
Secara peribadi, bollinger band merupakan indikator yang paling saya suka kerana ia telah merangkumi semua yang saya perlukan iaitu ukuran momentum pada Top dan Low BB serta arah trend iaitu Mid BB. Saya cukup kuat untuk menyarankan anda agar menggunakan Bollinger band sebagai salah satu strategi pelaburan saham anda. Saya berharap artikel kali ini telah membantu anda dalam mengenal pasti cara menggunakan bollinger band dalam saham.
Baca : Jenis Candlestick Saham