Awas 5 Keburukan Unit Trust Yang Makan Diri

Bismillahirrahmanirrahim

Umum kita ketahui unit trust merupakan satu produk pelaburan yang dirangka bagi meminimakan risiko pasaran dengan kaedah diversifikasi. Walaupun unit trust dikatakan sebagai produk yang mempunyai risiko yang sederhana, namun anda juga perlu tahu apa keburukan unit trust yang sering kali anda dicanangkan dengan keuntungan purata 10% setahun.

Keburukan Unit Trust Yang Anda Harus Awasi

Sebelum saya terangkan satu persatu keburukan unit trust, saya senaraikan lima fakta tersebut

  1. Fee yang tinggi (sekitar 5%)
  2. Brain Dead Portfolio
  3. Pulangan lebih rendah dari ASB/Tabung Haji
  4. Agen Yang Tidak Bertanggungjawab
  5. Tidak sesuai untuk pelaburan jangka pendek (Setahun)

Kebiasaannya, unit trust mempunyai fee yang tinggi. Secara purata mereka akan ambil charge 5% daripada jumlah deposit yang dilakukan oleh pelabur. Contohnya, jika anda deposit sebanyak RM 10,000, maka RM 500 akan dipotong sebagai caj dan amaun pelaburan sebenar anda hanyalah sebanyak RM 9,500. Malah, unit trust yang anda laburkan tidak memberikan pulangan yang memberangsangkan pada tahun itu iaitu sekitar 8% sahaja. Jika anda tolak dengan caj tersebut, untung bersih anda hanyalah 3%, lebih rendah daripada ASB.

Bahagian 1: Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Terdapat juga unit trust yang dikenali sebagai brain dead portfolio. Kita tahu bahawa unit trust akan membeli berbagai-bagai jenis instrument pelaburan sebagai kaedah pelaburan, namun tiada proses reconstruction portfolio yang dilaksanakan oleh fund manager. Ia akan bersifat pasif dan hanya menunggu sahaja masa berlalu sehingga nilai saham tersebut meningkat pada masa akan datang. Perkara ini akan merugikan pelabur kerana ia menyebabkan jangkamasa pengambilan keuntungan akan menjadi lebih panjang. Seorang pengurus dana yang baik akan melakukan review terhadap portfolio mereka dan menjual saham yang tidak menguntungkan dan menggantikan dengan pegangan yang lebih berbaloi.

Selain itu, terdapat juga unit trust yang mempunyai pulangan yang lebih rendah daripada ASB ataupun Tabung Haji. Biasanya, Unit trust yang mempunyai pulangan yang rendah ini biasanya melaburkan terlalu banyak dana ke dalam produk berisiko rendah seperti bon kerajaan yang hanya memberi keuntungan sekitar 3-5 % setiap tahun. Jika terlalu rendah, pelabur terpaksa menunggu sekurang kurangnya dua tahun untuk mendapatkan modal pusingan asal yang mana telah dicaj sebanyak 5% pada awalnya.

Agen-agen yang tidak beretika juga perlu diberi perhatian oleh para pelabur. Kebanyakan daripada mereka akan ghairah untuk mengejar sales dan klien sehinggakan sanggup menabur janji-janji manis. Sebagai panduan, ketika anda berjumpa dengan agen, ajukan semua soalan dibawah beserta dengan bukti-bukti yang disediakan oleh syarikat. Jika mereka tidak mampu menerangkan dengan baik soalan tersebut, anda harus membuat kajian lebih dalam atau mengambil keputusan untuk tidak melabur dengan agen tersebut.

  1. Berapa purata keuntungan beserta dengan bukti
  2. Berapa tahap risiko yang bakal dihadapi beserta bukti
  3. Berapa tahun yang diperlukan untuk mula menjana keuntungan beserta bukti
  4. Buktikan keabsahan syarikat beroperasi
  5. Bagaimana pengurus dana menguruskan wang anda beserta bukti.

Dan yang terakhir, kebanyakan unit trust tidak sesuai untuk jangka pendek. Ya, itulah yang sering dicanang oleh agen atau principal kerana pemerolehan keuntungan memerlukan masa oleh syarikat syarikat yang dilaburkan. Oleh itu, jika anda mempunyai objektif keuntungan yang pendek, maka Unit trust tidak sesuai untuk anda.

Alternatif Untuk Menghindari Masalah Keburukan Unit Trust

Tidak semua unit trust mampu memberi keuntungan purata sebanyak 10% setiap tahun. Malah ada unit trust yang mencatatkan kerugian pada tahun pertama pelaburan dilaksanakan. Oleh itu, dengan melaburkan duit bersama dengan private Mandate mampu untuk mengelakkan masalah yang dinyatakan.

Di dalam private mandate, terdapat seorang Pengurus Dana personal yang akan uruskan portfolio anda berbanding dengan pengurus dana unit trust yang menguruskan portfolio orang ramai. Pengurus dana private mandate akan sentiasa evaluate portfolio anda sama ada setiap bulan atau setiap 3 bulan. Mereka akan peka dengan unit trust mana yang tidak perform dan seterusnya akan menjual terus unit trust yang tidak berbaloi untuk dimiliki. Inilah yang dinamakan sebagai portfolio reconstruction.

Malah pengurus dana tidak hanya membeli satu unit trust sahaja, malah boleh membeli sehingga 10 unit trust yang berbeza-beza. Jadi, ia akan mengelakkan risiko daripada terbeli unit trust yang tidak mampu perform pada tahun ini. Jika anda ingin tahu contoh dan ciri-ciri pengurus dana private mandate yang baik, anda boleh download Ebook Labur Sempoi secara percuma disini. Klik Sini

Kesimpulan

Artikel kali ini saya telah terangkan mengenai lima keburukan unit trust yang perlu seorang pelabur tahu. Bukan apa, ia adalah sebagai langkah berjaga-jaga seorang pelabur supaya setiap keputusan yang diambil mampu memberikan natijah keuntungan yang berbaloi pada masa akan datang. Sekian terima kasih.

Sumber : Internet

Baca Lagi : Apa Itu Private Mandate

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →