Teknik Unit Trust Yang Agen Tak Nak Anda Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Unit trut merupakan salah satu investment vehicle yang boleh dipilih oleh para pelabur di Malaysia. Sehingga hari ini, terdapat sekitar 700 dana amanah yang boleh dipilih oleh rakyat Malaysia. Namun tak ramai yang tahu teknik unit trust yang betul dan akhirnya terbeli unit trust yang tidak perform dan terpaksa menunggu sehingga 4 atau 5 tahun untuk dana tersebut menghasilkan keuntungan.

Teknik Unit Trust

Berikutan dengan masalah yang mana pelabur sentiasa tersilap memilih dana yang mempunyai potensi untuk perform, maka saya telah bangunkan satu teknik unit trust yang agak sistematik yang boleh diikuti. Teknik unit trust ini bukanlah menjadi satu perkara yang mesti pelaburan itu boleh untung dalam jangka masa yang pendek, namun saya bangunkan untuk meningkatkan kadar profitability pelaburan anda.

Tonton video saya jika anda malas nak baca keseluruhan artikel sebab penerangan disana lebih komprehensif :

Musuh utama dalam pelaburan unit trust adalah masa. Kebanyakan agen menggunakan ayat simpan sekurang kurangnya 3 atau 4 tahun untuk membuahkan hasil. Mahu tak anda semua tahu teknik unit trust yang mana kita boleh tingkatkan kebarangkalian untuk dana tersebut membuahkan hasil yang lumayan dalam jangka masa yang lebih pendek iaitu 1 atau 2 tahun.

Cara Melakukan Screening Unit Trust

Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah melakukan screening terhadap semua unit trust yang anda. Untuk makluman anda, unit trust merupakan produk pelaburan yang berisiko sederhana. Apabila dikatakan risiko sederhana, ia bermaksud modal anda boleh rugi ketika pelaburan dijana.

Oleh itu, semasa melakukan screening, apa yang penting adalah anda tingkatkan risiko daripada sederhana kepada tinggi. Oleh itu, anda mempunyai risiko yang tinggi dalam pelaburan yang berisiko sederhana. Untuk melakukan screening, layari laman web ini : FSMOne Malaysia | Helping Investors Around the World Invest Globally & Profitably

Semasa set risiko, pilih 5 sehingga 10 dan tambahan kepada yang beragama Islam, boleh pilih syariah compilance. Bagi rakan yang non muslim boleh pilih ALL.

Dan, diakhirnya anda akan dapat senarai unit trust yang berisiko tinggi dan mampu memberi keuntugnan yang berbaloi dalam tempoh yang terdekat. Step seterusnya adalah kita akan set timing bilakah anda ingin membeli unit trust tersebut.

Timing untuk membeli Unit Trust

Ok, untuk tahu bilakah waktu terbaik untuk membeli unit trust, pertama sekali anda harus sort atau klik bahagian 1 year dan juga 1 Week. Apabila anda klik, sistem akan melakukan sorting yang mana dana yang memperolehi keuntungan akan dipaparkan pada carian teratas.

Jangkamasa 1 tahun kita akan gunakan sebagai penentu adakah dana tersebut mampu untuk perform pada tahun tersebut. Kemudian anda lihat pada jangkamasa 1 Week, adakah hasilnya positif. Jika anda lihat carian kedua dua jangkamasa ini menunjukkan hasil yang positif, maka kita akan letakkan dana tersebut sebagai watchlist kita.

Seterusnya, kita akan tengok adakah ianya masa yang terbaik untuk membeli dana tersebut. Anda harus buka lagi satu web yang menunjukkan pergerakan harga NAV semasa unit amanah tersebut. Klik link ini Chart Centre | FSMOne

Kemudian, anda boleh masukkan unit trust yang anda telah shortlistkan untuk dilihat adalah berbaloi untuk dibeli. Kita akan gunakan bantuan analisa teknikal Simple Moving Average 50 dan pastikan anda klik 1 W diatas. Kenapa kita ambil SMA 50? Kerana ia menunjukkan harga purata NAV dana tersebut selama setahun. Dalam setahun kan ada lebih kurang 52 minggu?

Apabila harga berada dibawah SMA 50, kita andaikan dana tersebut adalah murah dan jika berada diatas SMA 50 ia dianggap mahal. Jadi, adakah anda ingin beli terus apabila harga berada dibawah SMA 50? Jawapannya tidak, kerana walaupun murah, dana tersebut masih ada potensi untuk rugi lebih jauh lagi. Oleh itu waktu terbaik untuk membeli adalah semasa persilangan antara SMA 50 dengan harga NAV terjadi.

Kesimpulan

Saya telah terangkan satu teknik unit trust yang mudah dan profitable untuk anda. Objektif teknik ini adalah untuk mendapatkan keuntungan yang berbaloi dalam jangkamasa yang singkat berbanding cara old skool iaitu menggunakan teknik averaging. Sekian terima kasih.

Sumber : Pemgalaman dan Pemikiran Sendiri

Baca Lagi : Bagaimana Fund Manager Menguruskan Dana

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →