Bagaimana Fund Manager Menguruskan Dana

Bismillahirrahmanirrahim

Topik kali ini saya akan terangkan bagaimana seorang fund manager menguruskan dana yang telah diperolehi oleh para pelabur. Entri kali ini saya lebih menjurus kepada pengurus dana yang bersifat aktif bukan pasif. Dana aktif bermaksud fund manager akan kerap menilai semula portfolio sama ada berbaloi atau tidak untuk disimpan. Berbeza dengan dana pasif, mereka lebih kepada beli dan tunggu sehingga pelaburan tersebut membuahkan hasil.

Empat Faktor Pemilihan Produk Pelaburan Oleh Fund Manager

Sebelum saya ulas dengan lebih lanjut, saya akan senaraikan dahulu empat faktor pemilihan produk pelaburan oleh Fund Manager.

  1. Fund Allocation
  2. Diversification
  3. Reconstruction
  4. Sharp Ratio

Kebiasaannya, fund manager akan memilih dana yang mempunyai fund yang besar sekitar RM 50 juta keatas. Dengan fund yang besar, secara tak langsung ia memberi lebih banyak peluang kepada dana tersebut untuk membeli mana-mana produk pelaburan yang lebih berpotensi. Jika fund allocation terlalu kecil, ia akan menyebabkan strategi pelaburan dana tersebur tak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebagai contoh, fund manager menyimpulkan terdapat dua saham yang baik untuk dibeli. Namun, disebabkan oleh kekangan modal, dia terpaksa memilih satu sahaja saham untuk ditambah ke dalam portfolio.

Kedua, diversification. Seorang fund manager akan membeli beberapa produk pelaburan supaya portfolio pelaburan tersebut tidak terikat dengan satu pelaburan sahaja. Sebagai contoh, fund manager akan membeli saham luar negara, saham dalam negara, dan juga bond. Sekiranya saham luar negara tidak menguntungkan, kerugian tersebut dapat diminimakan oleh bond dan juga saham dalam negara yang mempunyai keuntungan yang positif. Secara amnya, terdapat banyak jenis diversification yang boleh dilakukan seperti.

  1. Berdasarkan sektor perniagaan
  2. Berdasarkan geografi negara
  3. Berdasarkan instrument pelaburan.
How to create a diversified stock portfolio - Traders-Paradise
Contoh diversifikasi yang dilakukan. Sumber google.

Ketiga, fund manager akan sentiasa melakukan reconstruction of portfolio dana tersebut. Proses reconstruction pula bergantung kepada syarikat pengurus dana itu sendiri sama ada secara bulanan, suku tahunan, satu penggal ataupun secara tahunan. Di dalam proses tersebut, fund manager akan menilai semua pegangan produk pelaburan sama ada masih mempunyai potensi untuk untung atau tidak. Jika tidak, maka fund manager akan menjual produk pelaburan tersebut dan diganti dengan produk pelaburan yang lain.

Yang terakhir adalah sharpe ratio. Sharpe ratio bermaksud satu kiraan berapa banyakkah pulangan yang bakal diterima jika dibandingkan dengan risiko yang harus dihadapi. Formulanya semakin tinggi sharpe ratio semakin berbaloi produk pelaburan tersebut. Disini, fund manager akan cuba mencari produk pelaburan yang mempunyai sharpe ratio yang tinggi. Julat kiraan sharpe ratio adalah jika produk pelaburan berada dibawah 1 akan dinilai sebagai tidak berbaloi, dan jika berada di atas bacaan 1, maka produk pelaburan tersebut berbaloi untuk dibeli.

What is the Sharpe ratio and how is it used? | IG AU
Formula bagi kiraan Sharpe Ratio. Sumber Google

Kesimpulan

Setiap fund manager mempunyai teknik teknik yang tersendiri dan artikel diatas hanyalah menerangkan salah satu teknik yang digunakan oleh fund manager untuk menguruskan portfolio client. Apa-apa pun fund manager akan bertindak berdasarkan risk appetite client bagi mereka yang mengambil private mandate. Berbeza dengan unit trust, anda tidak boleh untuk adjust risk tolerance berdasarkan keperibadian anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan private mandate dengan modal pelaburan serendah RM 5,000 boleh hubungi saya di 018-9418731. Sekian terima kasih.

Sumber : Slide Philip Capital Market

Baca lagi : Teknik Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →