Kenapa Perlu Melabur dalam Unit Trust

Bismillahirrahmanirrahim

Unit Trust merupakan salah satu produk yang ada dalam pasaran modal. Dengan modal yang kecil, anda boleh membeli unit trust serendah RM 100. Malah anda boleh tukarkan habit anda daripada menyimpan kepada melabur dalam unit trust setiap bulan. Artikel kali ini akan menjawab persoalan kenapa perlu melabur dalam unit trust.

Kenapa Perlu Melabur dalam Unit Trust

Sebelum saya terangkan satu persatu, saya akan senaraikan dahulu sebab kenapa perlu melabur dalam unit trust.

  1. Bertaraf risiko sederhana
  2. Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi seperti analisa teknikal dan fundamental
  3. Portfolio diuruskan oleh pengurus dana. Anda hanya fokus kepada melabur sahaja
  4. Modal yang rendah
  5. Keuntungan purata 10% setahun
Islamic Investment Malaysia: Kelebihan melabur dalam dana unit amanah Islam  PMB INVESTMENT

Semua unit trust boleh dikatakan mempunyai risiko yang sederhana. Maksud risiko yang sederhana adalah anda masih lagi boleh kerugian modal yang anda laburkan namun pada kadar yang minimum dan terkawal. Selain itu, walaupun risiko unit trust ini sederhana, ia boleh dikategorikan lagi kepada tiga bahagian iaitu pasif, moderate dan juga aggresif. Pilihan ini diberikan bagi mengenalpasti risk tolerance seorang pelabur. Jika dia inginkan keuntungan yang lebih banyak, maka dia akan pilih agresif dan sebaliknya.

Unit trust ibarat plug and play. Anda tidak perlu untuk mahir dan pakar dalam melakukan analisa sama ada fundamental ataupun teknikal. Ya, mempelajari ilmu-ilmu ini baik, tetapi anda kena faham apakah objektif anda. Jika objektif anda adalah ingin mendapat pulangan, maka anda boleh start melabur di unit trust. Dalam masa yang sama, anda boleh belajar bagaimana untuk melabur saham secara sendiri. Mempelajari ilmu ilmu analisa teknikal dan fundamental ini memakan masa. Jadi, dengan melakukan dua perkara serentak, anda boleh mempelajari semua ilmu tersebut dalam masa yang sama anda meraih keuntungan dari pelaburan unit trust.

Di dalam unit trust, anda boleh lihat pengurus dana anda membeli bermacam-macam jenis saham. Untuk membeli pegangan sebegitu banyak, anda perlu mahir untuk uruskan dan pantau semua prestasi saham tersebut. Anda tidak perlu risau kerana semua pegangan tersebut diuruskan oleh pengurus dana yang bertauliah. Jika sesuatu prestasi saham tersebut merudum, maka mereka akan cuba untuk reconstruct semula portfolio anda dan mencari saham lain yang lebih baik.

Anda juga boleh bermula dengan modal yang rendah. Berbanding dengan saham, mungkin anda memerlukan banyak modal sekitar RM 5000 yang agak ideal untuk pelabur retail. Tetapi, di dalam unit trust anda boleh melabur serendah RM 100. Kenapa ya? Ia boleh dilaksanakan kerana duit anda akan dikumpul secara pukal dengan pelabur-pelabur lain. Oleh itu, dengan duit yang telah dikumpul barulah boleh membeli saham-saham yang berada dalam pasaran. Contohnya, anda ingin membeli 100 lot saham XYZ dan total berharga RM 5000. Anda perlukan cash sebanyak RM 5000 untuk membeli lot saham tersebut. Namun, dengan unit trust, mungkin anda hanya perlu RM 1,000 sahaja kerana baki RM 4000 lagi akan dikongsi dengan pelabur pelabur unit trust yang lain.

Secara purata kebanyakan unit trust mampu untuk memberikan pulangan 10% setiap tahun. Sebagai contoh jika anda melabur sebanyak RM 100,000, maka pulangan anda adalah sebanyak RM 10,000. Jadi keuntungan dari pelaburan yang agak stabil ini boleh membantu anda untuk rancang kewangan awal tahun anda. Jika anda seorang yang telah berkeluarga, pasti anda tahu betapa banyaknya belanja yang diperlukan ketika awal tahun seperti insurans kenderaan, cukai, pembukaan sekolah dan universiti.

PMB Investment to introduce 2 unit trust funds

Kesimpulan

Saya telah terangkan kepada anda kenapa perlu melabur dalam unit trust. Hingga kini terdapat lebih dari 700 produk unit trust yang ada dalam pasaran. Oleh itu, anda harus bertindak bijak dalam memilih produk pelaburan unit amanah yang manakah bakal memberi pulangan yang lumayan kepada anada.

Rujukan : Sinarharian, Jobstore, Mahersaham

Baca Lagi : Keburukan Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →