Apa itu Private Mandate Investment

Bismillahirrahamnirrahim

Baru-baru ini anda sering mendengar perkataan private mandate. Namun saya percaya ramai yang tidak tahu apa itu private mandate investment. Private mandate investment bermaksud satu pelaburan yang mana dana anda diuruskan oleh seorang pengurus dana professional secara personal. Dalam erti kata lain, duit yang anda berikan kepada pengurus dana, mereka akan tentukan apakah jenis pelaburan yang patut dibuat untuk memastikan modal anda berkembang.

Perbezaan antara Unit Amanah dan juga Private Mandate

Mungkin ada diantara anda semua keliru perbezaan antara unit amanah dan juga private mandate. Ianya agak serupa kerana kedua-dua pendekatan mempunyai pengurus dana yang mengawal aktiviti pelaburan dana tersebut. Namun, sebenarnya, ada banyak perbezaan yang perlu anda lihat. Anda boleh bandingkan berdasarkan kepada jadual dibawah :

Unit AmanahPrivate Mandate
Dana yang dikumpul adalah berdasarkan kepada Pool orang ramai.Dana yang dikumpul merupakan dana persendirian
Serendah RM 100 pun adaSerendah RM 5,000
Bersifat pasif. Lebih kepada set and forgetBersifat aktif. Kadar aktiviti berdasarkan risk tolerance client
Hanya menunjukkan Top 10 pegangan saham yang dibeliMenunjukkan keseluruhan produk pelaburan yang dibeli.
Bersifat discretionaryBoleh memilih Discretionary atau Non Discreationary
Keuntungan purata 10% setahunKeuntungan purata 15% keatas setahun
Risiko rendahRisiko sederhana-tinggi

Kelebihan Private Mandate Investment

Di dalam private mandate ini, fund manager yang dilantik akan uruskan duit anda berdasarkan kepada risk tolerance anda. Jika risk tolerance anda tinggi, maka fund manager akan trade secara aktif untuk memastikan dana anda mendapat maksimum gain dari pelaburan tersebut. Namun, anda juga kena menerima kesanggupan bahawa risiko yang terdedah juga agak tinggi. Anda boleh lihat transaksi jual beli saham yang aktif oleh pengurus dana di dalam akaun pelaburan anda

Menariknya, dengan melantik pengurus dana untuk membeli saham untuk anda, secara tak langsung kos brokerage telah disetelkan. Jika anda trade menggunakan akaun CDS persendiran anda akan dikenakan empat kos iaitu Stamp Duty, Broker Caj, Clearance Fee dan GST. Tetapi, private mandate telah waive broker caj membuatkan kos trading anda menjadi lebih rendah. Lebih rendah kos, lebih tinggi keuntungan yang anda perolehi.

Jika anda ingin melabur dalam masa yang sama ingin belajar tentang pelaburan saham, private mandate boleh bantu anda. Private Mandate akan menunjukkan keseluruhan produk pelaburan yang mereka beli bagi pihak anda. Dari situ, anda boleh lihat senarai saham atau produk pelaburan yang dibeli dan anda boleh kaji mengapa fund manager anda membeli sesuatu saham. Dalam masa yang sama, anda boleh lihat potensi keuntungan saham tersebut grow dan mungkin pada masa akan datang, anda juga ingin melakukan pelaburan secara sendiri.

Mengapa Private Mandate Tidak Dikenali?

Pada waktu dahulu, private mandate hanya ekslusif kepada mereka yang mempunyai wang yang banyak. Rata-rata mereka yang ingin melantik pengurus dana haruslah mempunyai modal tidak kurang dari RM 100,000. Ketika itu, pihak broker melihat amaun komisen yang bakal mereka terima berbaloi dengan jumlah pelaburan mereka.

Kini, mereka telah memberi peluang dengan mewujudkan dana mikro kepada pelabur-pelabur kecil. Usaha ini secara tidak langsung mampu merancakkan aktiviti pelaburan di Malaysia malah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati akses keuntungan dan risiko seperti pelabur yang mempunyai modal yang besar. Sekarang ini terdapat pihak broker yang menyediakan private mandate serendah RM 5,000 sahaja.

Kesimpulan

Private Mandate merupakan satu peluang besar kepada anda untuk enhance pulangan pelaburan anda selain menyimpan di dalam fix deposit dan juga ASB. Oleh itu, jika anda mempunyai lebihan wang, baik anda grab peluang yang disediakan. Jika anda berminat, anda boleh klik pada link notification bar dibawah untuk dapatkan Ebook Labur Sempoi secara percuma. Saya ada tunjukkan cara bagaimana untuk mencari pengurus dana yang terbaik bagi private mandate investment.

Rujukan : Visikewangandotcom, majalahlaburdotcom

Baca Lagi : Kenapa Perlu Melabur Dalam Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →