Apakah Maksud Nilai Intrinsik Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Maksud nilai Intrinsik saham adalah satu nilai jangkaan sesuatu saham yang mengambil kira semua faktor qualitative dan juga quantitative. Contoh faktor quantitative adalah laporan keuntungan, jumlah aset serta jumlah hutang manakal contoh qualitative adalah seperti kecekapan dan kehebatan pihak pengurusan ataupun branding sesuatu produk.

Oleh itu, perbezaan antara harga pasaran sesuatu kaunter dengan harga jangkaan nilai intrinsik saham memberikan peluang untuk mengukur bilakah waktunya yang sesuai untuk melabur. Mana-mana pelabur yang menggunakan approach untuk membeli harga dibawah nilai intrinsik saham dikenali sebagai value investor.

Sesetengah pelabur lebih gemar untuk melihat harga saham itu sendiri tanpa mempedulikan fundamental sesuatu syarikat. Ada juga pelabur yang hanya menggunakan pendekatan analisa teknikal tanpa memikirkan apa yang menyebabkan suatu kenaikan atau penurunan terjadi. Walaubagaimanapun artikel kali ini akan mengupas tentang nilai intrinsik saham yang mana mampu untuk membantu menganalisa keupayaan fundamental syarikat dan memutuskan sama ada ianya berbaloi untuk dimiliki atau tidak.

Empat Kunci Penting

  1. Nilai intrinsik merujuk kepada fundamental dan nilai objektif di dalam sesuatu aset. Jika harga dibawah daripada nilai intrinsik, ia adalah waktu terbaik untuk membeli dan jika diatas dari nilai intrinsik, ia adalah masa untuk menjual.
  2. Semasa menilai sesuatu saham, terdapat banyak cara yang digunakan untuk mendapatkan nilai intrinsik saham
  3. Setiap model penilaian akan mengambil kira berbagai faktor seperti dividen, pendapatan dan juga aliran wang tunai syarikat
  4. Setiap model juga bergantung kepada jangkaan si penganalisis. Jika jangkaan tersebut tidak tepat, maka nilai intrinsik juga akan tidak tepat.

Dividend Discount Models

Cash is king merupakan terma yang biasa kita dengar. Di dalam model ini, aliran tunai merupakan faktor yang paling utama yang akan diambil kira. Kebanyakan model akan mengira faktor fundamental syarikat melalui simpanan wang serta dipadankan dengan konsep Time Value Money. Antara model yang popular adalah Dividend Discount Model (DDM) dan juga Gordon Growth Model (GGM).

Cara kira nilai intrinsik saham berdasarkan Dividend Discount Model

Dividend Discount Model In Financial Analysis - Magnimetrics

Cara Kira nilai intrinsik saham berdasarkan Gordon Growth Model

What Is the Gordon Growth Model? | The Motley Fool

Kedua dua model ini amat bergantung kepada faktor dividen yang dibayar kepada share holder, yang mana secara tak langsung mencerminkan kebolehan syarikat untuk menghasilkan aliran tunai yang positif. Ada banyak lagi model yang digunakan untuk mengira GGM dan setiap model mempunyai kekuatan yang tersendiri. Sebagai contoh, GGM lebih sesuai untuk diaplikasikan ke atas syarikat blue chips.

Residual Income Models

Cara lain untuk mengira nilai intrinsik saham adalah berdasarkan pendapatan dan formula pengiraan adalah seperti berikut :

Residual Income Valuation - Overview, Benefits, How to Calculate

Petunjuk:

  • BV0​=Current book value of the company’s equity
  • RIt​=Residual income of a company at time period t
  • r=Cost of equity​

Elemen utama di dalam formula ini adalah berdasarkan perbezaan antara earning per share (EPS) dan juga per-share book value (PBV) untuk mendapatkan nilai instrinsik sesuatu saham. Kemudian kiraan tersebut akan dibandingkan bersama sama dengan aliran pendapatan syarikat tersebut untuk mendapatkan jumlah sebenar.

Kenapa Nilai Instrinsik Saham Itu Penting

Para penganalisa menggunakan model pengiraan diatas adalah bertujuan untuk mencari nilai instrinsik, kemudian membandingkan dengan harga semasa. Ia akan menjadi satu indikator untuk menentukan sama ada ianya adalah waktu yang terbaik untuk membeli ataupun untuk menjual dengan mengklasifikasikan saham tersebut sebagai overvalue jika diatas nilai intrinsik dan undervalue jika dibawah nilai intrinsik. Apabila ingin membeli sesuatu saham, mereka akan mengaplikasikan konsep margin of safety sebagai salah satu cara pengurusan modal di dalam portfollio.

Margin of Safety bertindak seperti level cutloss sekiranya harga sesuatu saham jatuh lebih rendah daripada apa yang anda jangkakan. Ia akan menghadkan kerugian daripada menjadi lebih besar. Sebagai contoh, syarikat A merupakan syarikat yang mempunyai fundamental yang baik. Pada tahun tersebut, harga sesaham adalah sebanyak RM 10 dan mendapati nilai intrinsik saham tersebut adalah RM 15. Kita andaikan margin of safety yang digunakan adalah 30 peratus dan anda hanya mengalami kerugian sebanyak RM 3 berbanding jangkaan keuntungan sebanyak RM 5

Kesimpulan

Secara amnya, saya telah menerangkan tentang maksud nilai intrinsik saham dan juga beberapa model yang digunakan untuk mendapatkan nilai instrinsik seperti Dividend Discount Model dan Gordon Growth Model. Formula pengiraannya agak susah tetapi anda boleh sahaja dapatkan kalkulator setiap model tersebut di internet secara percuma.

Rujukan : Investopedia

Baca lagi : Apa itu Gross Sales

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →