Waktu Sesuai Untuk Trade Forex Berdasarkan Personaliti

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini, ALLAH berikan aku semangat untuk bersunnah. Bersunnah berkongsi ilmu mengenai waktu sesuai untuk trade forex, tapi berdasarkan personaliti. Dulu aku ingat time terbaik untuk trade adalah waktu aktif sahaja, namun aku salah. Sebenarnya luas lagi ilmu dia. Pasal timing sahaja boleh buat satu buku rasanya. Jadi, Alhamdulillah sekali lagi, ALLAH bagi aku kebenaran untuk berkarya, dan bersunnah supaya titipan ilmu berkaitan waktu terbaik untuk trade forex ini boleh menjadi perisai dikala kubur menghunjam metafora amarah ke atas mayat aku kelak.

Waktu Trading Aktif VS Waktu Trading Pasif

Apabila bercakap mengenai waktu aktif atau pasif trading ini, aku perlu tahu perkara ini dahulu. Waktu aktif bermaksud pergerakan lebih volatile, lebih liquid, dan spread lebih stabil. Waktu pasif pula bermaksud pergerakan lebih perlahan, kurang liquid dan spread lebih tinggi berbeza dengan waktu aktif. Jadi, perkara ini amat straight forward. Apabila aku sudah tahu kriteria yang diberikan oleh waktu aktif dengan waktu pasif, baru aku boleh employ strategi yang bersesuaian.

Waktu aktif adalah berdasarkan kepada pair yang aku trade. Misal contoh adalah seperti dibawah:

  1. EUR = 3 petang sampai 12 malam
  2. JPY = 8 pagi sampai 3 petang
  3. USD = 8 malam sampai 5 pagi
  4. AUD = 5 pagi sampai 2 petang.

Apabila dah listing kan currency beserta dengan session mereka, jadi aku boleh pilih sama ada untuk maximize kan kuasa aktif atau pasif sesuatu pair itu. Sebagai contoh aku nak pilih waktu aktif yang maximum waktu petang, jadi aku pilih EUR/USD.

  1. EUR : pukul 3 – 12 malam
  2. USD : pukul 8 sampai 5 pagi.

Waktu yang paling kuat untuk pair EU beraksi adalah jam 8 malam sehingga 12 malam disebabkan pertindihan waktu membuatkan pair ini super aktif pada ketika ini. Jadi, bagaimana pula untuk mendapatkan waktu pasif pair ini? iaitu trade diluar daripada pukul 3petang sehingga 5 pagi. Ia bermaksud pukul 6 pagi sehingga 2 petang merupakan waktu pasif.

Bagaimana pula untuk mencari pair yang mempunyai medium impact volatility? Mudah sahaja, cari pair yang aktif all the way. Sebagai contoh pair USD/JPY, AUD/USD dan NZD/USD. Pair pair ini aktif sepanjang masa kerana waktu pagi Asia dan Sydney aktif manakala waktu petang pasaran USD pula buka. Bagi aku pair yang medium impact volatility ini amat sesuai bagi para penggemar intra setup.

Faktor Mempengaruhi Aktif dan Pasif Trading Session

Faktor nya mudah sahaja, ia dipengaruhi oleh pembukaan pasaran saham. Orang bangun pagi dalam dunia ni berbeza beza disebabkan kedudukan geografi. Maka pembukaan pasaran saham juga akan berbeza. Sewaktu pasaran saham dibuka, secara tak langsung aliran matawang bergerak dengan aktif secara tak langsung menyebabkan volatility market forex juga bergerak dengan rancak. Apabila pasaran saham telah tutup pada waktu tersebut biasanya pukul 5 petang, maka market forex juga turut akan menjadi perlahan dan mula uncertainty.

Timing Mencari Volatility

Bagi mereka yang bersifat intra atau swinger, volatility adalah perkara yang utama. Selain daripada trading pada waktu aktif sebagai noise filter, mereka juga akan monitor news yang terjadi pada hari tersebut. Jika ada news yang bersifat high impact, ia akan memberikan sama ada profit yang lebih besar ataupun terkena SL, float atau cutloss. Bagi mereka yang berbentuk scalper, mengelak volatility adalah salah satu skill yang harus mereka praktikkan.

Volatility price based on news juga harus diperhatikan dengan betul. Jika wujud lebih dari 2 high impact news, biasanya price akan membentuk spike. Kepada mereka yang suka trade melawan arah, apabila terhimpun atau terkumpul news high impact dalam julat masa yang rapat rapat, ia seakan akan harta karun untuk makan pips based on spike. Contoh susunan high impact yang membentuk spike adalah 3 news impact terjadi untuk pair USD sahaja. Jika hari itu terdapat 3 news high impact namun bercampur dengan pasangan currency nya, kebarangkalian menjadi 50/50 dan mungkin trending dengan full power dan membuatkan aku rugi.

Apa yang terjadi disebalik teori spike ini? Ia ada kaitan dengan Consumer Based News dan juga Investor Based News. Nanti dan mungkin akan datang aku akan kupas topik ini dan membuatkan korang tersenyum lebar dan memahami lebih pasal market dengan izin ALLAH.

Crossing Among Trade Timing With Personality

Sepanjang aku menulis, maka aku simpulkan begini. Mungkin ia valid bagi orang lain dan tak valid pada yang lain.

  • Intra or Swinger, cari time aktif trading kerana ingin mencari trending dan gunakan SL atau Cutloss yang wajar. Monitor sekali dengan news yang akan impact pada hari tersebut.
  • Scalper, cari waktu pasif dan cuba dapatkan akaun trading yang tawarkan lowest spread. Tak perlu guna SL dan tahu bila nak cut loss sebab price yang bergerak pada waktu pasif biasanya bergerak dalam range yang kecil kerana ketiadaan volume. Dan elakkan news dan waktu aktif
  • Volatility Hunter, cari news yang bertindih dalam satu currency sahaja, pasang Limit order dengan SL yang wajar.

Alhamdulillah, semoga ALLAH berikan kefahaman pada yang lain.

Ya ALLAH, jadikan usaha aku ini mampu memberi nilai tambah kepada manusia Mu yang lain. Jadikanlah blog ini sebagai saham aku dikubur kelak. Dan jadikan ianya wasilah sunnah kenabian bagi aku sampai pada diriMu ya ALLAH.

Post Sebelum ini : Jenis Jenis Strategi Forex

ALLAHU MUSTAAN

ALLAHU MUSTAAN

ALLAHU MUSTAAN

Aku pedagang jawa.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →