Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini ALLAH beri lagi saya peluang untuk berkongsi. Berkongsi dan menulis ilmu ilmu yang diberikan olehNya supaya boleh dibaca dan dihadam oleh umat manusia yang lain. Aku tedetik untuk menulis mengenai indikator forex yang bersifat repaint ini. Banyak buruk sebenarnya indikator repaint ini melalui pengalaman aku. Oleh itu, jika ada yang berminat nak belajar daripada pengalaman aku, boleh lah meneruskan bacaannya disini.
Apa Itu Indikator Repaint
Indikator Repaint adalah bermaksud indikator tersebut melukis semula apa yang telah dilukis dan memadam kebanyakan false signal yang terjadi sebelum ini. Sebagai contoh, berdasarkan aturan yang ditetapkan oleh programmer, telah keluar simbol panah menunjukkan signal Buy keluar, namun apabila setup tersebut tidak valid, simbol tersebut dipadam serta merta.
Keburukan Indikator Repaint
Keburukannya adalah ia memberikan result yang salah sewaktu backtest sama ada manual ataupun automatik. Bayangkan apabila kita buat backtest, result yang diperolehi cukup memberangsangkan sehingga boleh gain beribu-ribu percent. Ianya disebabkan backtest menggunakan historical data, manakala indikator repaint pula memadam false signal yang terjadi dan mengekalkan signal yang menjadi membuatkan bacaan tersebut tidak tepat kerana ia tidak mengambil kira entry daripada false signal.
Sewaktu live trade pula, aku nampak signal telah keluar daripada indikator, dan kemudian aku pun trigger entry, bila sekian masa, aku tengok signal tersebut tak valid, kemudian aku tak jumpa mana signal yang awal2 keluar sewaktu aku trigger entry. Sebagai contoh aku nampak ada signal Sell pukul 8 malam, bila pukul 12 aku tengok signal tu tak valid dah tapi tanda signal tu hilang terus.
Contoh-Contoh Indikator Repaint
Indikator Fractal
Indicator fractal ni merupakan salah satu indicator yang digunakan oleh Bill William dalam Teknik Chaos Theory Beliau. Teknik Chaos Theory merupakan teknik gabungan Trend Follow iaitu dimana mengikut arah Jaw and Gator Indi dan juga Counter Trend iaitu idea 3 Wise Man. Indicator fractal akan membentuk anak panah berwarna kelabu yang memberitahu reversal akan terjadi. Jika price menaik, muncul fractal bermaksud price akan reverse. Jika harga turun, muncul fractal bermaksud price akan reverse.
Fractal terjadi melalu kiraan 5 batang candle berturut2, kemudian di puratakan dan mengira dimanakah harga median yang menjadi puncak tertinggi. Seperti yang saya katakan, indi ini merupakan indicator repaint, apabila price semasa berjaya memecahkan harga tertinggi atau terendah, maka fractal tersebut akan dipadam dan muncul semula sekiranya terdapat keadaan yang sama.
Indikator Zig Zag
Indikator Zig Zag merupakan indikator yang berbentuk trend follow. Indikator ini akan mula membuat u turn pada Hi atau Low Swing mengikut kadar perkiraan yang ditentukan oleh programmer. Aku pun kurang pasti bagaimana pengiraan dia sama ada menggunakan konsep yang sama seperti MA iaitu standard deviation. Namun yang aku faham, indi zig zag ini berdasarkan OHLC Candle. Sekiranya price berjaya break range Hi Lo Candle, maka barulah terjadinya line trending.
Namun Indi ini juga merupakan indikator repaint. Sekiranya price break OHLC, kemudian price masuk semula kawasan yang baru sahaja di break, membuatkan indikator ini akan memadam line sebelum ini dan repaint line yang baru. Oleh itu akan menyebabkan trader mula konfius dimanakah line zig zag yang sebelum ini.
Kesimpulannya, tidak semua indikator berbentuk repaint akan repaint semua non valid signal dia, tapi tetap menyusahkan sewaktu backtest sebab ia tak reflect performance sebenar indicator itu sewaktu backtest untuk digunakan pada live trade.
ALHAMDULILLAH, terima kasih ALLAH atas ilmu ini.
ALLAHU MUSTAAN
ALLAHU MUSTAAN
ALLAHU MUSTAAN