Two Side Of Coin

Bismillahirrahmanirrahiim

Dalam pelauran saham, there are always two side of coin. Ia bermaksud akan ada dua bahagian di dalam struktur market saham. Walau apa jadi sekalipun dalam pasaran, pasti ada industri yang akan cemerlang dalam menghadapi apa-apa masalah kegawatan ekonomi. Contoh paling dekat adalah Covid 19. Punyalah banyak sektor yang merudum, sektor healthcare dan consumer adalah sektor yang paling meriah berurusniaga.

Seperti yang korang sedia maklum, ada 11 atau 12 sektor yang wujud dalam pasaran saham. Dari 12 sektor tersebut ia boleh dikelaskan kepada dua kategori iaitu Defensive dan Cyclical Sektor. Kedua-dua kategori ini akan melengkapkan antara satu sama lain. Sewaktu pasaran dunia merudum, kategori sektor yang terbaik untuk anda piih adalah defensive manakala sekiranya pasaran sedang melonjak, maka cyclical sektor akan menjadi pilihan.

Namun begitu, ada juga pemikiran yang cuba melawan arus pergerakan pasaran dan ianya sentiasa terkait dengan para pelabur. Korang pun dah sedia maklum bahawa pelabur adalah orang yang sentiasa ingin membeli sesuatu pada harga yang rendah dan menjual semula pada harga yang tinggi. Jadi, semasa krisis ekonomi berlaku, mereka akan mula mengaut saham-saham yang dahulunya mahal kini murah selagi mana fundamental syarikat tersebut kukuh.

Tidak ada masalah untuk menggunakan apa-apa pendekatan dalam melabur saham, macam aku katakan, there always two side of coin. Sekiranya ingin bertindak defensif disebabkan takut dengan ketidaktentuan pasaran saham, ia adalah satu tindakan yang bijak dan jika ingin membeli saham cyclical ketika krisis berlangsung juga adalah perkara yang bijak. Yang penting anda sebagai seorang pelabur ataupun trader tahu apa yang anda sedang laksanakan.

Defensive sector kurang terdedah dengan faktor pergerakan ekonomi. Ya ia memberi impak tetapi tidak sebesar impanya kepada cyclical sektor. Contohnya jika pasaran dunia merudum, harga saham cyclical sektor boleh jatuh 10-20% tetapi defensive sektor mungkin akan jatuh sekitar 5-10%. Kemudian harga mungkin kembali pickup kerana kebanyakan pelabur akan memindahkan dana mereka kepada saham yang lebih selamat dan kurang rancak.

Seperti aku, aku tidak lah memberikan penekanan terhadap hal ini disebabkan kebanyakan trader tergantung kepada setup teknikal yang mana ianya telah dinisbahkan kedalam carta. Seandainya aku terlalu rumit untuk track setiap data ekonomi, memang agak sukar untuk aku mendapatkan kaunter-kaunter yang berpotensi untuk aku trade.

Dari segi pandangan aku sebagai pelabur, memang aku mengambil langkah membeli saham2 mahal dengan harga yang murah melalui pembelian unit trust. Inshaa ALLAH segala usaha yang kita lakukan tidak lain tidak bukan adalah untuk mendapatkan rezeki yang halal didunia ini.

Semoga ALLAH SWT bantu kita Amiin.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →