Bismillahirrahmanirrahiim
Hari ini aku akan cerita sedikit tentang indikator alligator. Bagi korang yang tak tau apa itu indikator alligator, ia adalah salah satu tool teknikal analisis yang dibangunkan oleh Bill William, pengasas kepada teknik Chaos Theory. Ia merupakan trend following indikaotr yang menggunakan 3 SMA (Smooth Moving Average) untuk mengenal pasti arah dan kekuatan sesuatu trend dalam pasaran.
Komponen Indikator Alligator
Tiga line di dalam indikator alligator yang terhasil daripada 3 SMA dikenali sebagai Jaw Teeth dan Lips. Jaw adalah SMA yang paling slow, biasanya berwarna biru, manakala teeth berada ditengah Moving Average dan berwarna merah dan akhir sekali adalah Lips, SMA yang paling sensitif dan laju yang diwakili dengan warna hijau
Apabila ketiga-tiga line indikator alligator ini bersimpul, kita dapat tahu bahawa pasaran telah beralih arah kepada sideway ataupun consolidation. Namun, apabila ketiga-tiga line ini berkembang, maka kita boleh buat andaian bahawa Alligator telah bangun dan mennjukkan market mula trending.
Arah pasaran pula ditentukan oleh kedudukan ketiga-tiga line tersebut. Jika Jaw berada diatas Teeth dan Teeth berada diatas Lips ia menunjukkan bahawa market sedang bearish manakal jika Jaw berada dibawah teeth dan teeth berada dibawah lips. ia menunjukkan market sedang uptrend. Oleh itu, anda boleh positionkan entry anda berdasarkan direction yang telah diberikan oleh indikator alligator.
Kekuatan sesuatu trend pula ditentukan oleh bukaan ketiga-tiga SMA tersebut. Seandainya bukaan tersebut semakin membesar, ia menunjukkan bahawa momentum pasaran cukup kuat. Para trader boleh menggunakan maklumat ini untuk mendapatkan momentum pasaran dan mula membuat keputusan untuk buy atau sell
Kelebihan Indikator Alligator
Satu lagi kekuatan indikator alligator adalah indikator ini cukup ringkas. Para trader boleh engenalpasti trend, potensi harga entri serta harga keluar dengan cukup mudah tanpa menggunakan analisis teknikal yang lebih kompleks. Walaupun begitu, indikator ini sama juga seperti yang lain iaitu bersifat lagging dan memerlukan sokongan indikator lain untuk mendapatkan winning rate yang lebih tinggi.
Kesimpulannya, indikator alligator sangat berguna kepada trader yang ingin mencari arah trend, serta poin entry dan exit. Penggunaannya yang cukup mudah adalah penarik utama mengapa ramai trader novice suka menggunakan indikator ini.
Semoga ALLAH SWT bantu kita untuk mencari rezeki halal didunia ini. Amiin.
Sumber : Chatgpt dan Google