Persediaan Untuk Menjadi Intraday Trader

Bismillahirrahmanirrahiim

Aku nampak ramai yang berminat untuk menjadi seorang intraday trader disebabkan fast cash dan kerja nampak mudah. Bukan semudah itu geng. Ada banyak perkara yang perlu korang consider sebelum untuk menjadi intraday trader. Takpe aku akan kupas satu persatu persediaan untuk menjadi intraday trader.

Apa itu Intraday Trader

Intraday trader adalah trader yang melakukan urusan jual beli dalam hari yang sama. Ada juga yang menggunakan definisi yang mana urusan jual beli tersebut dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari. Ianya berbeza dengan See Money Take Money atau Scalper yang mana asal sesuatu kaunter mempunyai kenaikan beberapa tick, trader akan mula jual dalam keadaan profit.

Intraday trader mempunyai sedikit target RR. Oleh itu ia mungkin akan mengambil masa sedikit untuk harga naik kearah sasaran mereka. Jangan risau, aku akan tunjuk satu persatu keperluan untuk menjadi intraday trader walaupun aku sendiri bukan intraday trader.

Mesin Yang Power

Maksud aku adalah korang mesti ada setup trading station yang mantap. Aku lebih prefer desktop sebab ia sturdy dan boleh tahan panas, berbeza dengan laptop. At least CPU mesti i3 atau i5 dan mempunyai spec yang agak tinggi.

Bila main intraday ni, korang perlukan kecepatan. Jadi, takkan la korang nak pakai computer yang lag masa nak buka browser ye tak. Tak pasal-pasal tak sempat nak masuk order. Selain tu korang kena ada capaian internet yang stable. Tak boleh putus-putus. Korang perlukan real feed price data. Oleh itu sambungan internet korang turut memainkan peranan.

Josh Trade: Trading Station Update
Kredit Josh Trade. Contoh setup yang boleh ditiru

Korang boleh try subscribe unifi dan juga ada backup data phone sebab kadang-kadang cable internet ni bila dia buat hal, mau 2 3 hari korang takde internet. So, better korang ada backup dari data phone sebagai sandaran.

Modal

Modal kena keras. Setakat RM 10,000 tak berapa nak cukup. At least bagi aku kena dapat sekitar RM 50,000 barulah pemilihan kaunter untuk korang trade tu lebih banyak. Kalau modal kecil, kaunter limited dan terdedah dengan kaunter-kaunter goreng atau volume yang sendu. Pembelian unit pula mestilah sekitar 50,000 unit keatas disebabkan kalau boleh even naik 1 bid, keuntungan tersebut boleh cater kos brokerage.

Skil Yang Mantap

Bila sebut skil yang mantap, bukanlah bermaksud kena cari teknik yang 80-90% winning rate. Ia berkait dengan korang punya diri sendiri. Korang mesti ada satu SOP trade yang solid, tau mana nak entry dan tau bila nak exit. Lepas ada SOP trade, kena follow kaw-kaw. Mesti ada disiplin. Bila sampai level TP atau SL terus out.

Untuk intraday ni aku sarankan cari teknik yang follow trend. Sebab intraday perlukan momentum dan teknik follow trend akan menunjukkan mana kaunter yang dah ada momentum pickup supaya korang  boleh elakkan diri dari trade kaunter sendu.

TF pula mesti bawah 15 min. RR max 3 atau average amik 2 keatas pun dah ok. Ingat, modal korang terhad dan korang kena pusing untuk trade kaunter lain yang berpotensi pula. Lainla kalau ada leverage, boleh tambah lot dan jaga margin sahaja.

Teknikal Analisis Sebagai Senjata Utama

Intraday tak perlukan fundamental tetapi perlukan rumours, sentiment atau berita-berita yang best pasal kaunter tersebut. Ia hanya sebagai booster, apa-apa hal pun yang paling penting kepada intraday trader adalah teknikal setup.

Sebelum terjun, test dulu sistem trading korang. Even korang guna setup tu untuk swing, still kena demo dulu dalam intraday. Sebab padang permainan dah berbeza walaupun setup yang sama. Korang kena biasakan diri dengan noise-noise yang pelik pelik dalam tf kecil dahulu baru korang boleh mula untuk trade.

Selain tu, dapatkan 1,000 SS setup yang berjaya dalam intraday. Dengan cara ini ia sedikit sebanyak membantu korang ikat diri dengan SOP yang sedia ada dan tidak lah korang melompat cari teknik yang lain bila korang lost.

Kesimpulan

Korang rasa korang dah ready ke walaupun dah baca semua tips berkenaan dengan persediaan untuk menjadi intraday trader? Jawapannya tak. Tak semua orang mempunyai risk tolerance yang sama. Kalau korang bukan jenis yang kental nak hadap lost streak maka ini bukan jiwa korang. Jangan paksa diri. Inshaa ALLAH ada rezeki lain untuk kita semua.

Sungguh, apa yang kita buat hanya usaha, tetapi ALLAH lah yang menurunkan rezekiNya kepada hambaNya

Sumber : Ilham dari ALLAH SWT

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →