Sektor Saham Paling Laris Ketika Ekonomi Stagnant

Bismillahirrahmanirrahim

Sebelum ini saya pernah ceritakan pasaran saham ini seperti two side of coin. Bila A jatuh, B akan naik dan sebaliknya. Ketika pasaran rancak, saham bersifat growth sangat menguntungkan dan ketika pasaran stagnant, ramai yang akan lari kepada saham yang bersifat defensive. Jom kita tengok apakah sektor pasaran saham paling laris ketika ekonomi stagnant.

Sektor Saham Paling Laris Semasa Stagnant

Maksud stagnant adalah ekonomi negara dalam tu tak berkembang. Kerajaan sedang merencatkan perkembangan ekonomi tersebut disebabkan ia tak boleh terlalu berkembang sebab akan menyebabkan inflasi yang menggila. Oleh itu, kerajaan nak kawal perkara ni, maka dia slowkan ekonomi tersebut. Disebabkan banyak company susah nak buat duit sebab kuasa beli yang rendah, maka ramailah pelabur yang menarik diri.

Kemudian mereka akan pindahkan kepada saham-saham yang boring, gerak slow iaitu kebanyakan adalah saham dari sektor yang bersifat defensive ini. Walaupun kuasa beli pengguna jatuh, tetapi permintaan terhadap keperluan dibawah tak akan terkesan dengan teruk. Berikut adalah senarai sektor saham paling laris ketika stagnant

  1. Utility – Penggunaan asas seperti air dan elektrik
  2. Consumer – Jual bahan kegunaan harian seperti sabun, makanan dan minuman
  3. Healthcare – Kesihatan yang utama of course
  4. Communication – Dulu bukan , tapi sekarang dah jadi keperluan
Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad TNB - Seluruh Negara - JOBCARI ...
TNB sebahagan dari saham bersifat defensif. Sumber jobcari

Haaa, investor akan alirkan duit diorang dalam saham-saham dalam sektor ini. Bila pasaran dah mula rancak, barulah diorang akan mula untuk melabur secara agresif dalam saham bersifat growth.

Kriteria Pemilhan Saham Yang Baik

Korang dah tau sektor apa yang bagus untuk trade atau labur masa ekonomi stagnant, sekarang kita tengok pula kritera untuk memilih saham yang baik.

Bagi perspektif pelabur, saham-saham tersebut mestilah

  1. Mempunyai market cap sekitar mid to high cap. Tinggalkan small cap
  2. Membayar dividen. Itu bukti syarikat tersebut telah mencapai maturity dalam perniagaan mereka dan tak mampu nak berkembang lagi
  3. Mempunyai fundamental yang baik. Boleh rujuk Alpha Indicator di Bursa Marketplace

Bagi perspektif trader pula, saham tersebut mestilah

  1. High Volume
  2. High Liquidity
  3. High Volatility
  4. Complete Setup

Paling cantik kalau korang gabungkan kedua-duanya pasti hasilnya fuh mantap. Apa-apa hal ini hanyalah satu cadangan dari aku sahaja. Diluar sana ada banyak lagi cara untuk korang buat duit semasa market sedang merudum. Semoga ALLAH SWT bantu kita mencari rezeki yang halal. Amiin

Sumber : Ilham dari ALLAH SWT

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →