Pandangan Tentang Bursa Malaysia

Bismillahirrahmanirrahiim

Bursa adalah tempat dimana kita boleh berjual beli hak pegangan saham. Semua negara yang memperdagangkan pegangan saham mereka harus dilaksanakan di bursa. Setiap bursa mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Berikut adalah pendapat aku tersendiri pandangan tentang bursa Malaysia.

Kekurangan Bursa Malaysia

Bagi aku, antara kekurangan bursa Malaysia adalah tidak berapa sesuai untuk aktiviti trading. Bila kita trade, kita perlukan dua kriteria yang perlu ada dalam sesuatu saham iaitu Volatility dan Liquidity. Volatility boleh diukur melalui berapa banyak saham apungan yang didagangkan. Semakin sedikit saham yang diapungkan, maka semakin tinggi volatility tersebut. Maka harga saham tersebut boleh naik dengan lebih pantas, sesuai dengan trader yang perlukan profit yang cepat. Amnya saham yang mempunyai apungan kurang daripada 1 billion dikira saham yang bervolatility tinggi

Seterusnya liqudity diperlukan dalam sesuatu saham. Liquidity bermaksud kecairan, yang mana saham tersebut mudah dijual dan dibeli. Ini bermakna terdapat ramai willing buyer dan seller yang tersedia menyebabkan kita mudah untuk jual atau beli pada harga yang kita inginkan. Untuk mengukur liquidity sesuatu saham, kita boleh gunakan volume untuk melihat sama ada saham tersebut liquid ataupun tidak. Amnya saham yang mempunyai volume 500,000 keatas boleh diklasifikasikan saham yang berliquidity tinggi.

Volume yang menurun selepas pasca covid. Sumber theedge

Malangnya volume trading di dalam pasaran bursa agak rendah. Oleh itu, agak sukar untuk harga bergerak dan meneruskan trend pergerakan. Ya, memang ada saham yang bergerak laju tetapi jumlahnya agak sedikit. Secara statistik agak sukar untuk ramia pelabur atau trader untuk menikmati kaunter kaunter yang bergerak laju.

Seterusnya apa yang aku lihat, kaunter-kaunter di bursa agak sukar untuk bergerak dalam keadaan trending. Bila aku lihat index, rata-rata bergerak dalam keadaan sideway. Ini menyebabkan kebanyakan kaunter juga akan turut bergerak dalam keadaa sideway. Apabila sideway, kita akan fahamlah pasti akan ramai yang terjebak dengan possibility fake breakout.

Kemudian, apa yang aku lihat lagi adalah kebanyakan kaunter tidak selari dengan pergerakan index FBMKLCI. Jika FBMKLCI hijau, masih banyak kaunter yang merah. Kebanyakan kaunter memang mengatasi kaunter yang merah tetapi rationya terlalu nipis, ibarat 600 hijau, 400 merah. Tetapi, jika index merah, ratio kejatuhan cukup mendalam, seperti 200 hijau, 800 merah.

Namun, masih ada baiknya pasaran bursa Malaysia ini. Aku lihat ia amat mesra dengan pelabur yang mana rata-rata banyak company yang mempunyai ratio fundamental yang baik jatuh pada harga-harga diskaun. Selain itu, disebabkan index bergerak dalam keadaan sideway, kita boleh jangkakan dimana lantai dan siling tertinggi di dalam pasaran bursa di Malaysia. As a trader, aku dah out dari bursa sebab win rate agak rendah.

Kesimpulan

Itulah serba sedikit pandangan tentang bursa malaysia. Pandangan ini bersifat peribadi dan ia bukanlah pandangan yang korang boleh gunakan sebagai rujukan professional. Walaupun begitu, aku tetap buat analisis kaunter di dalam bursa Malaysia kerana aku ingin jadikannya sebagai habit untuk aku terus mengasah skil teknikal analisis aku.

Sumber: Pengalman dari ALLAH SWT

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →