Bismillahirrahmanirahim
Sekarang ni korang tengok banyak kan sifu-sifu saham up pasal IPO. Gila2 punya up sebab ramai yang dah dapat pulangan berpuluh hingga beratus percent hanya dalam sehari. Bayangkan kalau korang labur dalam RM 10,000, dalam satu hari boleh generate sampai RM 20,000. Sapa tak nak duit free kan. Betul-betul demam ipo camni.
Apa itu IPO
IPO bermaksud Initial Public Offering. Ia adalah langkah pertama sesuatu syarikat memasuki pasaran awam dan salah satu cara untuk syarikat mendapat dana dari orang awam untuk sama ada mengembangkan perniagaan, menampung kos operasi ataupun membayar hutang-hutang perniagaan. Kira macam free money jugak lah pada syarikat sebab tak perlu bayar interest apa berbanding dengan pinjaman perniagaan.
Untuk dapatkan IPO ni korang kena mohon dekat MITI. IPO pula ada tawaran kepada Bumi dan Open kepada semua. Jadi bumiputera ada kelebihan sedikit la berbanding kaum kaum lain. Bila da mohon tak semestinya akan dapat apa yang kita mohon. Selalunya akan dapat kurang atau langsung tak dapat. Contoh korang mohon IPO X sebanyak 10,000 unit, bila da lulus cuma dapat 5,000 unit sahaja.
Cara Standard Orang Pilih IPO
Masa demam IPO ni korang boleh nampak banyak sifu-sifu saham upload SS masyuk labur saham bertubi-tubi. Maka akan banyak la tawaran tawaran kelas sama ada yang free dan berbayar dengan berbagai cara dan teknik untuk memilih IPO yang berkesan. Jadi aku senaraikan cara standard yang orang gunakan untuk membeli sesuatu IPO
- Pilih yang oversubscribe
- Pilih IPO yang mempunyai tawaran kurang dari 1 Billion
- Pilih IPO yang mempunyai prospektus yang lebih untuk mengembangkan perniagaan, bukan untuk membayar hutang atau kos operasi
- Pilih IPO yang mempunyai keuntungan yang tinggi
- IPO listing yang tak terlalu rapat
Point pertama bila IPO tu oversubscribe itu adalah petanda bahawa demand terhadap IPO tersebut adalah tinggi. Secara teorinya bila permintaan agak tinggi harga akan naik lebih tinggi disebabkan buyer tak kesah untuk beli pada harga berapa sahaja sewaktu hari pertama listing. Untuk tau berapa banyak oversubscribe tu bergantung kepada cikgu masing2. Ada yang lebih 10X ada yang 20X.
Kedua pilih IPO yang ditawarkan kurang dari 1 Billion. Ia menunjukkan bahawa IPO tersebut ringan dan kemungkinan untuk harga naik dengan laju adalah tinggi sebab share tersebut kita consider sebagai ringan. Volume yang diperlukan untuk melonjakkan harga IPO tersebut juga tidak perlu terlalu banyak tetapi masih boleh membuatkan harga tetap naik.
Ketiga lebih kepada fundamental. Mestilah kita nak syarikat yang amik duit kita untuk kembangkan duit kita. Takkan nak bagi duit kita kat orang lain untuk dia guna bayar hutang-hutang dia. Persepsi hutang sendiri memberi anotasi buruk kepada para pelabur. Jadi, masa baca prospektus tu sila lihat apakah objektif syarikat semasa listing kan pegangan saham mereka.
Keempat juga sama dengan point ketiga iaitu lebih kepada aspek fundamental. Syarikat yang kita pilih mestilah syarikat yang untung. Syarikat yang untung menunjukkan team pengurusan mereka bagus yang mana diterjemahkan dalam bentuk pulangan yang baik. Takkan lah korang berani invest dalam syarikat yang tengah rugi.
Terakhir lebih kepada pengurusan. Bila banyak sangat IPO yang listing, maka orang akan tak tau mana nak pilih. Jadi modal yang terhad menyebabkan mereka sama ada terpaksa pilih satu IPO atau split kepada beberapa IPO. Bila ada yang split, ia akan menggangu kepada elemen oversubscribe ini. Bayangkan kita ada RM 100,000, masa nak beli IPO tu terpaksa split dua sebab ada dua IPO yang nak listing pada minggu yang sama.
Walaupun Demam IPO Tengah Rancak Kenapa Saya Tak Engage ?
Sebabnya saya dah melalui lesson learn yang cukup mahal. Saya jump dalam market yang sedang euphoria. Contohnya adalah Cryptocurrency dan FCPO. Saya invest dalam crypto currency tapi tahu rentak permainan pasaran tersebut. Hanya berbekalkan kepada analisis teknikal, saya masuk dalam dunia kripto. Sapa tak geram, labur USD 100, boleh kembang sampai USD 1,000 betul tak. Itu lah sya buat.
Saya beli macam2 alt coin yang ada utility dan beberapa meme coin. Tapi natijahnya, bitcoin jatuh mendadak menyebabkan semua harga-harga altcoin lain turut jatuh mendadak. Sekarang ni portfolio saya negatif sehingga 80% menyebabkan saya terpaksa change tactic kepada pelaburan jangka panjang.
Jadi, saya tak mau engage dalam IPO sehingga saya faham risk profile pelaburan tersebut. Secara teori ya kita faham, bila harga listing berapa banyak kita nak set SL dan sebagainya, cuma persoalannya bagaimana penerimaan saya terhadap kerugian tersebut. Bukan mudah untuk develop jiwa untuk redha dengan kerugian yang dialami.
Kesimpulan
Demam IPO memang sangat mengujakan. Tapi buatlah kajian sedalam dalamnya ok?
Sumber: Pengetahuan yang dikurniakan dari ALLAH SWT