Kenapa Aku Suka Divergence

Bismillahirrahmanirrahim

Korang selalu dengar pasal divergence? Dekat internet bersepah pasal divergence trading ni. Dan bagi aku ia adalah satu teknik yang sangat kena dengan jiwa aku. Boleh la aku katakan aku suka divergence digunakan dalam kebanyakan analisis teknikal aku. Kali ini aku akan ceritakan tentang faktor kenapa aku suka dengan konsep divergence ini.

Faktor-Faktor Aku Suka Divergence

Pertama, teknik aku adalah berasaskan kepada pullback. Sebagai seorang trader momentum kaunter amat penting, jadi first wave yang membuat breakout tu aku boleh jadikan sebagai reference untuk momentum. Jadi bila pullback, aku boleh meningkatkan Risk Reward aku lebih baik sebab entry memang dikawasan Support dan SL pn dah berada berdekatan, berbeza aku terus entry masa breakout.

Oleh itu, bila pullback, secara tak langsung aku kena cari reversal pattern dan signal untuk aku beli sesuatu kaunter. Bila uptrend, price suka triangle, walaupun aku dah kira cukup 5 micro wave dalam triangle tu, tetap dia boleh break kebawah dan paling tak tahan adalah price naik balik dengan laju buat aku terkulat-kulat.

Bullish Divergence — Education — TradingView
Contoh pembentukan divergence, sumber tradingview

Dengan divergence, aku dah boleh kurangkan masalah fake breakot dari triangle. Fake breakout yang paling aku seram bukan yang buat shadow, tapi yang dah buat clean breakout tapi boleh rebreak balik kawasan lama. Tu memang sakit hati woo kalau dapat kes macam tu. Bila divergence dah complete formation dia, aku selalu nampak descending triangle ataupun wedge, iaitu antara pattern continuation yang aku belajar sebelum ni.

Kedua, divergence ni memberikan dua maklumat yang menunjukkan incorrelation antara indicator dan real price data. Dengan kombinasi antara lagging dan leading data, kita boleh dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Ada juga yang gunakan kombinasi harga dan volume yang mana candle bullish tumbuh sebatang maru tapi volume pancit. Yang tu kita boleh agak yang ada sesuatu yang tak kena.

Ketiga divergence banyak bantu aku untuk amik harga pada lantai, berbeza dengan kebanyakan pengguna chart pattern yang perlukan harga break the range dahulu barulah boleh entry. Biasanya bila dia dah break range harga dah agak tinggi dan sukar untuk aku dapatkan risk and reward yang baik. Dulu waktu aku tak pakai divergence, aku cuba untuk sauk dari bawah, tapi selalu kena libas SL. Bila masuk breakout jadi tak cantik lak RR

Kesimpulan

Jika korang memang jenis suka cari reversal, belajarlah konsep divergence ni. Sangat membantu weh. First time nak guna tu memang susah gak sebab tak tau mana poin nak amik tapi lama-lama bila dah guna korang akan develop cara tersendiri yang korang nak justfiy kaunter tu ada divergence atau tidak, hanya bersandarkan kepada basic theory sahaja

Sumber : Ilmu Dari ALLAH SWT, Tuhanku yang Mustahil Untuk Lokek

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →