Bismillahirrahmanirrahiim
Ketika Covid melanda, anda dapat lihat bagaimana hangatnya sambutan orang ramai terhadap pelaburan saham. Ia dilihat sebagai alternatif untuk menjana pendapatan sekaligus menanggung kos sara hidup bagi mereka yang terkesan ketika itu, iaitu mereka yang dibuang kerja. Maka, permintaan terhadap kelas-kelas saham meningkat secara mendadak namun artikel kali ini saya akan bahas tentang kesilapan pelabur baru dalam pelaburan saham.
Kesilapan Yang Sering Dillakukan Oleh Pelabur
Biasanya mereka yang baru menceburkan diri tiada perancangan pelaburan. Mereka tidak tahu berapa banyak yang perlu dibeli, dimanakah dan bilakah waktunya ingin menjual dan bagaimana untuk melihat potensi pelaburan itu pada masa akan datang. Mereka selalunya mempunyai sedikit pengetahuan analisis fundamental dan teknikal tetapi terlalu rapuh menyebabkan mereka gagal membangunkan perancangan pelaburan yang baik
Kesilapan seterusnya adalah kebanyakan pelabur baru tidak melakukan diversifikasi dalam portfolio mereka. Secara tak langsung ini membuatkan mereka terdedah terhadap ketidak stabilan pergerakan harga yang tinggi. Seandainya syarikat tersebut gagal untuk perform, maka pelabur akan mengalami kerugian yang besar. Seandainya pelabur melakukan diversifikasi, ia mungkin dapat melandaikan atau mengurangkan impak kejatuhan harga saham sekiranya terjadi.
Kesilapan ketiga adalah mengikut cakap orang ramai. Inilah yang dinamakan sebagai kompang, atau dalam banhasa canggih adalah pump and dump. Pelabur baru biasanya akan terkesan dengan effect ini. Aktiviti kompang ini hanya menekankan kepada aspek sentiment tanpa mengambil peduli tentang analisis fundamental dan teknikal. Sebab itu muncul istilah kaunter goreng. Tukang kompang akan menyatakan bahawa saham sekian sekian akan meningkat sehingga 100% dalam dua bulan contohnya disebabkan banyak projek yang dimenangi oleh syarikat tersebut. Pelabur baru yang tiada pengalaman dan tiada akses maklumat pun mudah terperangkap dengan kesilapan ini.
Kesilapan keempat adalah pelabur baru selalunya tiada ketahanan emosi. Ketahanan emosi hanya boleh digilap melalui pengalaman sahaja. Oleh itu, apabila mereka melihat portfolio mereka dalam keadaan merah, mereka mula berasa marah dan akan membeli lebih banyak kaunter lain untuk recover kerugian tersebut tetapi biasanya berakhir dengan kerugian yang lebih besar.
Kesilapan yang terakhir adalah pelabur baru sering lupa untuk memasukkan kos yang terlibat dalam setiap aktiviti jual beli. Perlu diingatkan setiap pembelian saham ada kosnya seperti duti setem, brokerage dan clearance fee. Hal2 ini perlu diambil kira kerana ia akan memberi kesan kepada keuntungan anda. Contohnya kos jual dan beli saham A adalah sebanyak RM30. Pelabur A telah jual sahamnya dalam keadaan untung RM 30. Tetapi setelah ditolak dengan kos, tiada sebarang keuntungan yang diperolehi olehnya.
Kesimpulan
Pelabur baru harus cakna dengan kesilapan-kesilapan yang sering dialami oleh mereka. Ianya penting kerana anda melabur dengan duit yang sebenar, hasil titik peluh anda sendiri. Pasti anda tidak mahu ianya terbakar begitu sahaja tanpa hasil yang diharapan. Oleh itu, melaburlah terlebih dahulu dalam ilmu, kemudian gunakan demo akaun untuk mendapatkan rentak dan apabila telah yakin barulah terjun dalam dunia saham yang sebenar.
Alhamdulillah
Sumber : ChatGPT