Bismillahirrahmanirrahiim
Portofolio saham adalah satu tumpukan pelbagai jenis saham seperti saham bluechip, mid cap dan juga small cap yang mana ianya dipegang oleh individu mahupun syarikat. Tujuan utama pembangunan portfolio saham ini adalah untuk mendapatkan keuntungan jangkapanjang serta melandaikan risiko kewangan pada masa akan datang. Artikel kali ini akan bantu anda untuk menunjukkan cara membuat portofolio saham berisiko rendah.
Elemen Portofolio Saham
Berikut adalah elemen-elemen yang perlu anda ketahui semasa ingin membangunkan satu portfolio saham.
- Diversifikasi
- Peruntukan Modal
- Pengurusan Risiko
- Objektif
- Pengimbangan
Diversifikasi adalah satu cara mmebuat portoflio saham berisiko rendah. Anda akan mempunyai pelbagai saham dari berbagai syarikat. Dengan itu, anda tidak memfokuskan keseluruhan modal anda kepada satu syarikat yang mana ianya agak bahaya seandainya syarikat tersebut mengalami masalah untuk meneruskan perniagaan mereka pada masa akan datang.
Seterusnya adalah peruntukan modal. Disini anda harus tahu berapa banyak saham yang anda ingin beli dan berapakah peratusan yang anda ingin letakkan pada setiap kaunter. Pengaplikasian yang baik untuk membuat portofolio saham yang berisiko rendah adalah mempunyai sekurang-kurangnya 10 pegangan kaunter saham dalam satu portofolio

Pengurusan risiko pula bermakna bagaimana anda ingin menguruskan portfolio anda sekiranya market tidak menyebelahi anda. Disinilah anda harus bermain untuk scaling, trimming dan menempatkan semula modal anda kepada aset yang lebih stabil. Jika anda mampu untuk menguasai skil ini anda boleh jadi setaraf dengan fund manager yang professional
Objektif pelaburan hanya ada dua iaitu meraih keuntungan melalui capital gain ataupun meraih keuntungan melalui dividen. Jadi anda yang tentukan yang manakah saluran yang anda inginkan. Cara membuat portfolio saham ini boleh bantu anda untuk mencapai objektif yang anda ingini dan mencapai target tersebut pada jangka masa akan datang.
Terakhir adalah anda harus lakukan imbangan portfolio. Harga saham akan sentiasa bergerak menyebabkan portfolio mula tidak seimbang pada masa akan datang. Ketika inilah anda harus tahu bila perlu ingin membeli dan menjual sesuatu kaunter untuk menentukan portofolio anda sentiasa seimbang dan selari dengan objektif anda.
Cara Membuat Portofolio Saham Berisiko Rendah
Seterusnya saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh membangunkan satu portfolio saham berisiko rendah. Dari aspek diversifikasi anda harus pilih saham dari sektof defensif sahaja seperti Consumerism, Utilities, Communication. Saham dari sektor defensif mempunyai reaksi yang sangat rendah terhadap berita berita ekonomi. Untuk menguatkan lagi pemilihan saham, anda boleh pilih saham dari golongan Mid Cap dan Bluechip keatas.
Kedua, pilih objektif keuntungan berasaskan dividen sebagai fokus utama dan keuntungan dari segi capital gain adalah sebagai bonus. Saham sesuatu kaunter boleh membayar sehingga 4 kali dividen dalam setahun. Oleh itu, dengan pemilihan saham yang berkualiti, anda mempunyai peluang menerima dividen yang tinggi dan kenaikan harga kaunter pada masa akan datang.
Ketiga adalah peruntukan modal. Ketika ini anda kena tentukan berapakah kaunter yang anda ingin pegang dalam satu portfolio. Katakan anda mempunyai modal sebanyak RM 10,000 dan ingin membeli 10 kaunter yang membayar dividen. Anda meletakkan 10% setiap saham iaitu sekitar RM 1,000 untuk setiap saham
Keempat adalah pengurusan risiko. Di dalam pelaburan, cara untuk menguruskan risiko adalah melalui averaging. Apabila harga semakin jatuh anda haruslah membeli lagi kaunter tersebut supaya harga saham tersebut boleh direndahkan. Anda boleh gunakan wang daripada dividen yang dimiliki untuk melakukan averaging ataupun anda sudah pecahkan siap-siap ketika melakukan proses peruntukan modal.
Yang terakhir adalah melakukan balancing. Anda harus lakukan balancing apabila anda mula menjual sesuatu saham ataupun kaunter. Contohnya sebelum ini modal anda adalah RM 10,000 dan kini telah meningkat kepada RM 12,000. Dengan menggunakan peruntukan sebanyak 10% setiap kaunter, anda tidak boleh lagi menggunakan RM 1000 setiap kaunter menggunakan kiraan asal tetapi telah naik kepada RM 1200 setiap kaunter
Kesimpulan
Cara membuat portofolio saham yang berisiko rendah sebenarnya lebih menyeronokkan. Mengapa? Kerana ia adalah satu jalan mudah untuk anda dapatkan keuntungan dividen tanpa perlu tunggu sehingga setahun. Kedua dividen dibayar lebih dari sekali dalam setahun dan terakhir anda juga mempunyai peluang untuk meraih capital gain dalam masa yang akan datang
Alhamdulillah
Sumber : Ilham dari ALLAH / ChatGPT