Bismillahirrahmanirrahiim
Bon dalam bahasa mudah adalah surat hutang. Untuk maklumat semua, Bon ni Non Syariah punya produk ye. Alternatif kepada Bon adalah Sukuk dan Malaysia adalah antara pengeluar Sukuk dunia terbesar. Dia jadi tak syariah disebabkan kadar bunga yang dikenakan. Standard la, kalau berhutang mesti ada bunganya untuk produk non syariah. Selain aku menjawab apa itu pelaburan Bon, aku akan terangkan sekali maklumat-maklumat lain yang bagi aku rasa penting.
Bagaimana Bon Menjana Keuntungan
Seperti yang aku beritahu, Bon adalah surat hutang dan sumber utama keuntungan mereka adalah kadar bunga Katakan lah interest rate adalah 5%, maka keuntungan yang diperolehi adalah 5% yang diterima oleh pelabur diatas modal yang telah ditabur. Di dalam bon ada beberapa komponen yang perlu diketahui selain mengetahui apa itu pelaburan Bon.
- Face Value : Nilai bon tersebut. Jika bon tersebut berharga RM 100,000, apabila tamat tempoh, maka RM 100,000 akan diagihkan semula kepada para pelabur
- Coupon Rate : Menunjukkan berapa banyak kadar bunga yang dibayar oleh peminjam kepada pelabur. Contohnya 4.5% setiap tahun.
- Maturity Date : Tarikh bila bon tersebut matang. Paling pendek adalah 1 tahun, biasanya 5 tahun dan 10 tahun
Contohnya, jika satu bon adalah berharga RM 100,000, coupon rate sebanyak 5% dan tempoh matang adalah selepas 5 tahun. Jadi, anda akan mendapat keuntungan sebanyak 25% sepanjang 5 tahun tersebut dan akan menerima semula modal yang telah anda laburkan kepada para peminjam.
Jenis-Jenis Bon
Terdapat banyak jenis bon yang wujud dalam pasaran. Walaupun bon mempunyai risiko yang rendah, tapi aku rasa lebih baik korang semua tahu bagaimana nak menentukan bon mana yang mempunyai kualiti yang baik, yang mana tidak memberikan masalah kepada korang di kemudian hari, iaitu gagal membayar interest yang dijanjikan.
- Bon Kerajaan : Dikeluarkan oleh kerajaan
- Bon Korporat : Dikeluarkan oleh syarikat korporat
- Bon Perbandaran : Dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran
- Bon Zero Kupon : Tidak membayar interest tetapi memberia peluang kepada para pelabur untuk membeli bon tersebut pada harga yang rendah daripada face value
- Bon Junk : Bon yang dikeluarkan oleh syarikat yang mempunyai kredit rating yang tinggal
- Bon Convertible : Menukarkan unit pemegang bon kepada saham saham syarikat
- Callable Bon : Bon yang boleh ditebus balik oleh syarikat.
Di dalam kesemua bon yang sedia ada, yang paling selamat adalah Bon Kerajaan kerana agak sukar jugalah untuk sesuatu kerajaan gagal atau muflis. Bon yang paling berisiko pula adalah Bon Junk yang dikeluarkan oleh syarikat yang mempunyai kredit rating yang rendah. Namun masih ada yang berani mengambil risiko kerana bon yang ditawarkan oleh syarikat ini menawarkan pulangan yang paling tinggi berbanding jenis-jenis bon yang lain.
Kesimpulan
Aku dah terangkan secara am apa itu pelaburan bon. Sekali lagi aku ingatkan bahawa bon adalah produk yang tidak patuh syariah dan sebagai seorang muslim, pilihlah alternatif yang telah disediakan iaitu sukuk. Konsepnya lebih kurang tetapi sukuk menjana keuntungan hasil daripada aset yang dicagarkan. Contohnya jika sebuah jentolak boleh menghasilkan keuntungan, maka keuntungan tersebut akan digunakan untuk membayar dividen kepada para pelabur.
Alhamdulillah
Sumber : ChatGPT