Tujuh Market Anomali Yang Pelik Tapi Benar

Bismillahirrahmanirrahim

Pasaran adalah satu tempat yang pelik dan misteri. Disebabkan itu, terdapat beberapa hal yang misteri dan sangat popular dalam kalangan pelabur dan trader. Dia kira macam Monday Blues la dalam market. Jadi, adakah anda bersedia untuk ketahui apakah tujuh market anomali tersebut? Jom kita baca artikel dibawah.

Senarai Market Anomali Yang Wujud Dalam Dunia Pelaburan Saham

Dibawah merupakan 7 market anomali yang selalu geng-geng pelabur sembang

  1. Kaunter ACE selalu Outperform
  2. January Effect
  3. Low Book Value
  4. Neglected Stock
  5. Reversal
  6. Day of the week
  7. Dog of the Dow

Ok, first kita tengok, market anomali yang pertama iaitu kaunter ACE selalu perform. Benda ni tak pelik pun sebab biasanya syarikat yang dalam kaunter ACE ni selalu market CAP dia kecik sahaja. Jadi, dia mempunyai peluang untuk berkembang lebih besar. Berbeza dengan kaunter kaunter bluechip, diorang dah tepu dah. Susah nak berkembang, profit pun susah nak bagi gain besar-besar tak macam kaunter ACE. Sebab tu ramai trader suka trade dekat kaunter ACE sebab senang terbang senang tergolek.

Next kita tengok January Effect. Selalunya untuk investor kalau diorang hold satu kaunter yang OK tapi capital gain diorang tengah merah, kaunter tu akan stay merah sampai masuk bulan Januari. Kenapa? Diorang cuba nak elak daripada terkena Cukai hasil daripada capital gain pada hujung tahun. Jadi, bila masuk Januari baru investor start pam duit sampai banyak kaunter mencanak naik.

Low book value pulak bermaksud saham saham yang mempunyai nilai yang berada dibawah harga purata berkemungkinan besar untuk outperform indeks. Benda ni pun boleh jadi logik sebab biasanya saham-saham bawah PE ratio ni consider murah dan ramai pelabur akan start beli saham saham ni sebab secara fundamental ianya baik untuk dipegang.

Untuk neglected stock pulak, market anomali ini menceritakan saham saham yang tak popular. Kenapa tak popular? Sebab kadar volume dan volatility dia rendah sangat. Kira macam tak menarik la bila nak jual beli. Tapi disebabkan ada sorang dua investor yang terkenal kompang, tiba-tiba saham ni jadi perhatian dan membuatkan prestasi harga saham pun melonjak naik. Tah tah owner company pun tak perasan.

Reversal pula adalah apabila stock tu perform tahun tu, next year dia berkemungkinan besar akan underperform. Kenapa jadi camni? Sebabnya adalah pelabur akan consider harga terlalu mahal sebab dah terlalu tinggi price naik, jadi banyak kejadian profit taking berlaku menyebabkan harga akan merudum jatuh walaupun FA syarikat cantik. Jadi, berhati-hati memilih kaunter yang TOP PERFORM tu. Biasanya bila dia dah TOP PERFORM, kita dah lambat naik kapal. Ada yang buat andaian untuk BUY LOSER THIS YEAR, SELL WINNER LAST YEAR.

Day of the week pulak menyatakan bahawa hari Jumaat adalah hari yang paling aktif berbanding hari Isnin. Kenapa jadi camni? Sebabnya ada dua jenis orang yang berhimpun waktu hari jumaat ni. Ditambah lagi candle weekly akan terbentuk ketika ini. Jenis pertama adalah orang yang nak trade gap. Biasanya banyak rumours pelik pelik keluar masa market tak aktif, tambah lak hujung minggu. Kot la minggu tu ada semtiment positif, bukak2 hari isnin je terus market kangkang ke atas. Geng kedua pulak adalah geng-geng yang nak sell kaunter diorang untuk elak risiko gap. Jadi dengan air mata merah berdarah sekalipun diorang tetap close sebab takut kalau jadi gap kebawah, berdarah pulak berak nanti.

Yang terakhir adalah Dog of the Dow. Teori benda ni senang je, diorang pergi kat index Dow tu, kemudian diorang akan select lima stock yang termurah ataupun yang bagi Highest Div Yield. Kedua dua parameter tersebut menunjukkan stock yang ada dalam senarai Dow tu tengah underperform. Jadi diorang beli dan hold sebulan. Macam dalam market anomali Reversal, beli masa underperform, jual masa Outperform. Untuk warganegara Malaysia, boleh la cek kat FBMKLCI top 30 tu.

Kesimpulan

Diatas ni cuma cerita market anomali sahaja. Dia tak semestinya betul dan tak semestinya salah. Ianya berlaku hasil daripada pengalaman pengalaman trader atau pelabur yang dah otai dalam industri. Jadi secara akademik mungkin takde weightage tapi nak belajar tak semestinya benda kena ada dalam buku je kan? Harap tuan puan semua faham dengan market anomali yang saya ceritakan diatas.

Alhamdulillah

Baca lagi : Apa itu Whipsaw dalam Trading

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →