Apa itu Whipsaw Dalam Trading

Bismillahirrahmanirrahim

Pergerakan saham sentiasa ada naik dan turun. Disebabkan itulah, ramai yang berminat untuk melakukan trading kerana dalam masa yang pantas anda berpotensi untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada belian pada harga yang rendah dan dijual pada harga yang tinggi. Tapi tahukah anda apa itu whipsaw dalam trading? Ia merupakan musuh utama kepada trader kerana jika anda terbeli ketika whipsaw berlaku selalunya ia akan berakhir dengan kerugian.

Apa itu Whipsaw Dalam Trading

Whipsaw merupakan pergerakan harga yang tidak menentuk yang berlaku dalam masa yang cukup singkat. Ia boleh berlaku dalam mana-mana instrument, namun ianya boleh jadi kerap berlaku dalam pasaran komoditi, forex ataupun pasaran hadapan yang mempunyai kebolehan untuk melakukan pasaran dua hala dalam satu masa.

Karakteristik fenomena whipsaw dalam trading adalah seperti berikut :

  1. Terdapat high volume activity yang mana ianya adalah refleksi kepada kadar volatiliti yang tinggi
  2. Harga bergerak dalam range yang cukup jauh kemudian bergerak dalam dua arah sama ada naik kemudian turun ataupun turun kemudian naik.
  3. Ianya berlaku dalam tempoh yang cukup singkat, mungkin dalam sejam atau mungkin dalam sehari.
  4. Selalunya berlaku apabila terjadinya news atau sentiment yang melampau.
Contoh whipsaw yang berlaku dalam pasaran saham

Keburukan Whipsaw Kepada Trader

Fenomena whipsaw agak berisiko kepada trader. Kerana high volatility yang dicipta membuatkan semuanya berlaku terlalu pantas. Ia menyebabkan ramai trader akan FOMO bila melihat harga naik terlampau laju kerana takut terlepas peluang untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Malangnya apabila dia terbeli pada harga yang tinggi, tiba-tiba harga turun menjunam menyebabkan dia mengalami kerugian yang besar dalam masa yang singkat.

Selain itu, bagi mereka yang sudah membeli awal, whipsaw akan menyebabkan mereka terpaksa melakukan Cutloss ataupun Stoploss. Namun, lebih menyedihkan apabila selepas harga terkena line SL, price terus naik lebih tinggi hinggakan jika trader tersebut tidak cut entrynya, dia telah mengalami keuntungan yang berganda-ganda.

Oleh itu, ramai yang trade ketika whipsaw ini berlaku akhirnya tidak mengikuti trading plan asal mereka. Mereka takut jika mereka letak SL, price akan spike harga SL mereka kemudian terus menaik. Apabila trader trader ini mula mengabaikan kawalan risiko iaitu SL atau CL, maka trader tersebut telah mendedahkan diri mereka kepada risiko yang cukup besar.

Whipsaw membuatkan ramai trader hilang pertimbangan emosi kepada trader. Malah dari segi teknikaliti, ketika whipsaw terjadi, trader selalunya terkena dengan slippage ataupun requote kerana harga yang terlampau laju menyebabkan order trigger lebih tinggi malah terlalu mahal dari harga yang kita ingini.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk elakkan daripada trade ketika keluarnya sentiment atau news yang melampau-lampau. Masih banyak lagi kaunter yang boleh anda pilih untuk trade. Selain itu, kejadian whipsaw ini kebanyakannya berlaku dalam pasaran forex. Jika anda seorang pelabur bursa maka anda boleh tarik nafas lega kerana whipsaw agak jarang berlaku dalam pasaran bursa.

Whipsaw berlaku dalam pasaran forex

Kesimpulan

Saya telah terangkan kepada anda apa itu whipsaw dalam trading. Jadi nasihat saya, elakkan daripada terjun dalam pasaran sekiranya harga bergerak terlampau laju. Seperti yang saya katakan, banyak buruknya daripada baik jika anda trade semasa whipsaw terjadi. Semoga bertambah lagi ilmu kita hari ini.

Alhamdulillah

Baca Lagi : Faktor Penggerak Harga Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →