Faktor Penggerak Harga Saham Sesuatu Kaunter

Bismillahirrahmanirrahim

Semenjak PKP ini kita dapat lihat pertambahan trader/investor dalam kalangan bumiputera meningkat naik. Apakan tidak, Bursa Saham dilihat sebagai satu lubuk mencari duit yang mudah kerana hanya duduk didepan komputer, membuat sedikit analisa kemudian lakukan entri. Tapi tak ramai yang tahu apakah faktor penggerak harga saham sesuatu kaunter itu berlaku. Mereka lebih fokus kepada untuk mendapatkan sharp entri dan exit dalam keadaan untung dari segi capital gain.

Faktor Penggerak Harga Saham Sesuatu Kaunter

Secara amnya, terdapat dua sebab kenapa harga sesuatu saham bergerak. Faktor tersebut adalah seperti berikut.

  1. Prinsip Supply and Demand
  2. Korporat Eksesais

Kedua dua faktor ini akan memberikan impak secara terus harga sesuatu saham naik ataupun turun. Jika anda lihat faktor-faktor selain daripada ini seperti pembelian besar besaran oleh Jerung ataupun penjualan pegangan saham oleh Director syarikat, ia bukanlah penyebab harga naik dan turun tetapi lebih kepada indirect factor yang menyebabkan wujudnya sentimen positif atau negatif dan berakhir dengan kenaikan atau penurunan harga kaunter tersebut melalui faktor yang pertama iaitu prinsip supply and demand.

Supply and Demand Sebagai Faktor Penggerak Harga Saham

Faktor ini cukup mudah. Sekiranya terjadinya ketidak seimbangan antara buying pressure dan juga selling pressure, maka harga akan berubah. Formula tersebut boleh disimpulkan seperti dibawah :

  1. Buying Pressure lebih tinggi dari Selling Pressure : Harga Naik
  2. Selling Pressure lebih tinggi dari Buying Pressure : Harga turun

Untuk memudahkan kefahaman anda, anda boleh rujuk kepada indikator Volume untuk menentukan sama ada buying pressure atau selling pressure yang lebih kuat. Jika bar volume menunjukkan warna merah, ia bererti selling presure menguat dan harga bakal jatuh lebih bawah. Sebaliknya jika bar volume menunjukkan warna hijau bererti buying pressure lebih kuat dan harga bakal naik lebih tinggi.

Korporat Eksesais Sebagai Faktor Penggerak Harga Saham

Ok, bagaimana korporat eksesais boleh menyebabkan harga saham naik atau turun. Sebelum saya huraikan saya akan terangkan terdapat 3 jenis saham yang perlu diketahui iaitu.

  1. Treasury Share (Saham simpanan syarikat)
  2. Preference Share (Saham yang ditawarkan secara private)
  3. Common Share (Saham yang ditawarkan secara umum)

Biasanya beli kita beli saham di Bursa, ianya jatuh dalam Common Share. Perubahan kuantiti buyer dan seller dalam common share inilah yang menyebabkan harga sesuatu saham naik ataupun turun. Oleh itu, bagaimana korporat eksesais boleh menyebabkan harga naik dan turun? Dengan mengubah percentage yang ada didalam Common Share.

Contohnya, apabila syarikat memberikan Bonus Issue kepada pemegang unit, maka secara langsung percentage common share akan bertambah. Pertambahan tersebut membuatkan terjadinya ketidakseimbangan menyebabkan harga akan jatuh. Berbeza pula jika syarikat melakukan Share Consolidation, jumlah common share akan mengecil dan menyebabkan harga saham tersebut akan naik mendadak.

Kesimpulan

Saya harap anda dapat tahu apakah penyebab naik dan turunnya sesuatu harga saham tersebut. Benda ini hanyalah sebagai info dan maklumat umum sahaja. Supaya bila anda beli dan jual anda tahu kenapa ia berlaku kerana faktor penggerak harga saham cuma dua iaitu seperti yang saya terangkan diatas.

Inshaa ALLAH, semoga ALLAH kurniakan kefahaman kepada diri kita terhadap ilmu pelaburan saham. Amiin.

Baca Lagi : Apa Itu Leading Indicator

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →