Apa itu Leading Indicator

Bismillahirrahmanirrahim

Indikator merupakan tool yang banyak trader atau investor gunakan dalam melakukan analisa teknikal di dalam chart. Antaranya adalah Moving Average, Fibonacci, Trendline ataupun Relative Strength Index. Tapi, tahukah anda indikator tersebut boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu leading indicator ataupun lagging indicator. Artikel kali ini akan menerangkan apa itu leading indicator dan juga lagging indicator.

Apa itu Leading Indicator

Leading indicator merujuk kepada indikator yang memberikan maklumat ke mana harga sesuatu kaunter akan bergerak sebelum harga itu sendiri bergerak. Oleh itu ia dipanggil sebagai Leading Indicator kerana sebelum harga sampai, ia sudahpun memberi prediksi pergerakan harga itu sendiri. Kebanyakan leading indicator terdiri daripada lukisan analisa teknikal dan pola.

Contoh Leading Indicator daripada lukisan analisa teknikal adalah seperti berikut :

  1. Trendline
  2. Horizontal Line
  3. Vertical Line
  4. Fibonacci (Retracement / Extension / Arc / Fan / Spiral)
  5. Equidistrian Channel
  6. Pitch Fork

Contoh Leading Indicator daripada Pola

  1. Chart Pattern (Double Top, Triple Top, Symmetrical Triangle)
  2. Candlestick Formation (Hanging Man, Bullish Engulfing, Morning Star)

Walaupun leading indicator nampak lebih promising, tetapi ada cabarannya dalam menggunakannya. Cabaran terbesar adalah konsistensi dalam melukis lukisan analisa teknikal. Melukis memerlukan persepsi dan setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza. Yang paling senang adalah cara untuk menarik trendline. Walaupun terdapat dua trader yang mengikuti rules yang sama, iaitu jika terdapat dua bounce, maka boleh tarik trendline, tetapi hasilnya pasti tak sama.

Apa itu Lagging Indicator

Lagging indicator merupakan indicator yang menghasilkan data melalui data-data yang lepas. Setiap lagging indicator mempunyai formula kiraan yang tersendiri, beserta dengan parameter yang bolehubah mengikut kesesuaian trader itu sendiri. Antara parameter boleh ubah yang selalu digunakan adalah period/length dan source.

Kekuatan lagging indicator adalah ianya bersifat konsisten dalam mempamerkan lukisan analisa teknikal. Tetapi kelemahan utama adalah false signal yang dihasilkan oleh lagging indicator. Contohnya, kita gunakan Moving Average. Jika harga berada di atas MA, maka trader akan Buy, jika dibawah MA, trader akan Sell. Tetapi false signal akan banyak terjadi semasa price dalam keadaan ranging menyebabkan trader menjadi keliru posisi mana yang ingin dia ambil sama ada buy atau sell.

Contoh lagging Indicator adalah seperti berikut

  1. Moving Average
  2. Bollinger Band
  3. Parabolic SAR
  4. Stochastic Oscillator
  5. Zigzag

Kesimpulan

Anda telah mengetahui apa itu leading indicator serta saya juga telah membandingkannya dengan lagging indicator. Setiap jenis indicator ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu, tugas anda untuk mencari harmonisasi antara kedua jenis ini untuk membentuk teknik trading yang mantap. Terima kasih kerana membaca.

Alhamdulillah, Inshaa ALLAH

Baca lagi : Cara Detect Volume Saham Yang Luar Biasa

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →