Cara Detect Volume Saham Yang Luar Biasa

Bismillahirrahmanirrahim

Volume merupakan satu indikator penting bagi pengguna teknikal analisis. Ia bukan sahaja bertindak sebagai third party confirmation, malah mampu untuk meningkatkan akurasi dalam trading. Jadi, artikel kali ini akan membahaskan cara detect volume saham yang luar biasa, maksud volume serta demonstrasi penggunaan volume dalam teknikal analisis.

Maksud Volume Dalam Saham

Sebelum kita lihat cara detect volume saham, lebih baik kita ketahui dahulu apakah maksud volume itu sendiri. Volume bermaksud transaksi yang berlaku dalam sesuatu kaunter. Transaksi akan terdiri daripada jumlah buy dan juga sell. Buyer akan membeli sesuatu kaunter pada harga Ask, manakala Seller menjual pada harga Bid.

Kegunaan Volume Dalam Teknikal Analisis

Berikut merupakan kegunaan volume didalam teknikal analisis.

  1. Sebagai confirmation factor bahawa breakout dan rebounce yang terjadi mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk tepat disebabkan sokongan volume
  2. Sebagai maklumat tambahan kepada trader untuk mengetahui siapakah yang menguasai pasaran ketika itu.

Walaupun begitu, volume merupakan lagging indikator, iaitu hanya menunjukkan data yang telah berlaku. Boleh jadi harga yang telah naik dengan tinggi disusuli dengan volume yang terlalu drastik menyebabkan ramai yang FOMO dan membuatkan trader terbeli pada harga yang tinggi.

Cara Detect Volume Saham Yang Luar Biasa

Terdapat dua cara yang saya akan tunjukkan untuk ketahui adakah terjadinya volume yang luar biasa berlaku dalam sesuatu kaunter iaitu :

  1. Dengan menggunakan Volume Indikator
  2. Dengan menggunakan maklumat dalam Trade Monitor Akaun Mplus

Dalam tradingview, anda akan lihat terdapat volume indikator yang berada dibawah chart. Ianya terdiri daripada garisan bar yang berwarna hijau dan merah beserta jumlah volume dagangan. Sekiranya volume bar tersebut berwarna hijau, ia bermaksud buyer mengatasi seller dari segi volume manakala jika bar tersebut berwarna merah, seller telah mengatasi buyer.

Terdapat banyak cara untuk mempraktikkan sama ada terjadinya volume luar biasa yang berlaku. Antaranya adalah dengan membuat perbandingan volume pada dua hari sebelumnya. Namun cara detect volume saham yang paling popular adalah dengan menggunakan Moving Average line dalam Volume itu sendiri.

Seperti gambar diatas, anda dapat lihat volume berjaya break average volume semasa yang terbentuk oleh MA Vol. Dalam masa yang sama terjadinya pembentukan bullish engulfing. Kedua-dua signal yang positif ini menambahkan keyakinan trader untuk buy dan akhirnya harga kaunter tersebut naik dalam beberapa ketika.

Kesimpulan

Belajarlah cara bagaimana untuk menggunakan volume. Selain daripada cara detect volume luar biasa, masih banyak lagi yang kita perlu pelajari tentang volume. Menariknya, volume tidak akan menjadikan sesuatu teknikal analisis itu menjadi repetitive, tetapi ia mendokong maklumat disebalik grafik graf yang menceritakan tentang aktiviti buyer dan Seller itu sendiri.

Alhamdulillah

Baca lagi : Maksud Teknikal Analisis

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →