Maksud Teknikal Analisis

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia pelaburan merupakan dunia yang penuh risiko. Bagi mengurangi risiko tersebut, maka terbitlah bermacam macam jenis analisis dan tiga cabang analisis yang utama adalah sentiment analisis, fundamental analisis dan juga teknikal analisis. Artikel kali ini akan menceritakan maksud teknikal analisis serta kepentingannya kepada para trader.

Maksud Teknikal Analisis

Teknikal analisis merupakan satu cabang analisa yang menggunakan paparan carta untuk mencari kebarangkalian harga bakal menaik atau menurun berdasarkan pola, reaksi harga dan volume. Jika anda melakukan kajian melalui carta, secara tak langsung anda sedang menggunakan teknikal analisis. Mudah sahaja bukan maksud teknikal analisis?

Terdapat tiga aspek yang dititik beratkan di dalam teknikal analisis iaitu pola, reaksi harga dan juga volume. Anda harus menguasai ketiga-tiga aspek ini bagi mendapatkan satu teknikal analisis yang jitu sebelum membuat keputusan untuk membeli sesebuah kaunter. Oleh itu, bermulalah sekarang untuk menguasai jenis analisa ini.

Pelajaran Utama Dalam Teknikal Analisis

Anda akan dapati terdapat banyak topik yang perlu anda pelajari di dalam teknikal analisis selain mengetahui maksud teknikal analisis sahaja. Dibawah antara topik yang perlu anda pelajari dan kuasai. Slow-slow, anda pasti akan berjaya mempelajari kesemuanya kelak.

  1. Market Structure
  2. Support and Resistance
  3. Trendline
  4. Projection and Retracement Wave
  5. Fasa-fasa trend
  6. Jenis-jenis Chart
  7. Formasi Candlestick
  8. Formasi Carta
  9. Analisa Volume
  10. Divergence
  11. Multiple Timeframe Analysis
  12. Analisa Momentum
  13. Analisa Trend
Contoh penggunaan teknikal analisis dalam trading

Setiap tajuk mempunyai huraian yang unik dan anda harus menggabungkan keseluruhan kefahaman anda untuk mendapatkan satu sistem trading yang lengkap hanya menggunakan teknikal analisis. Teknikal analisis boleh berdiri dengan sendiri, iaitu tanpa perlu bantuan daripada analisa lain kerana ia sudah mencakupi keperluan bagi satu sistem trading iaitu Entri, Stoploss dan Take Profit.

Kepentingan Teknikal Analisis Dalam Saham

Mengapa teknikal analisis penting di dalam sesuatu analisa. Salah satunya, teknikal analisis membantu seorang investor ataupun trader untuk mendapatkan harga terbaik untuk membeli sesuatu kaunter. Jika kaunter tersebut sedang menurun, seorang trader atau pelabur boleh menunggu kaunter tersebut berubah arah trend sebelum membeli tanpa sebarang panduan.

Kedua, teknikal analisis sangat penting bagi trader yang melakukan dagangan pada masa yang singkat. Singkat bermaksud pembelian sesuatu kaunter adalah dibawah setahun. Bagi mereka yang sangat mementingkan capital gain untuk meraih keuntungan dalam dagangan saham, maka teknikal analisis adalah cabang analisis yang paling sesuai. Teknikal analisis akan mengesan pattern, serta volume dagangan yang luar biasa berbanding hari-hari biasa dan trader akan cuba ride bersama harga tersebut dan meraih keuntungan sekiranya harga menaik.

Ketiga, teknikal analisis tidak sesukar berbanding analisa yang lain. Cabaran utamanya adalah pada lukisan teknikal dan dasar untuk mengharmonisasikan semua maklumat yang telah anda pelajari sebelum ini. Malah konsistensi dalam sesuatu sistem juga memainkan peranan untuk anda menjadi seorang tader yang berjaya.

Kesimpulan

Belajar lah teknikal analisis sekiranya anda ingin menjadi seorang trader tegar, Jika anda seorang pelabur, anda boleh belajar juga teknikal analisis tetapi tidak perlu serious seperti trader tegar. Cukup untuk anda ketahui adakah harga belian kaunter yang anda target berada dalam advantages atau disadvantages. Saya harap artikel kali ini sudah bantu anda memahai maksud teknikal analisis. Alhamdulillah, ilmu milik ALLAH dan bertasbihlah melihat kebesaranNya dalam ilmuNya.

Baca lagi : Apa itu OHLC

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →