Apa itu OHLC Dalam Candlestick

Bismillahirrahmanirrahim

Candlestick adalah jenis chart yang sering digunakan oleh trader. Malah, ia lebih popular jika dibandingkan dengan line chart dan juga bar chart. Namun, tahukah anda di dalam candlestick terdapat maklumat OHLC? Artikel kali ini saya akan terangkan apa itu OHLC dalam chart candlestick serta maklumat yang berkaitan dengan OHLC itu sendiri.

Apa Itu OHLC

OHLC bermaksud Open, High, Low dan Close. Ia merujuk kepada satu set karakteristik yang ada pada sebuah candlestick. Bagi kefahaman yang lebih mendalam, anda boleh rujuk kepada gambar yang diambil dari google seperti dibawah :

Python Trading Toolbox: introducing OHLC charts with Matplotlib | by  Stefano Basurto | Towards Data Science

Bagaimana OHLC Candlestick Terbentuk

OHLC terbentuk berdasarkan timeframe yang anda rujuk. Sebagai contoh, jika anda menggunakan timeframe D1, OHLC yang sempurna hanya akan terbentuk selepas sesi trading berakhir. JIka anda guna timeframe W1 pula, OHLC akan terbentuk selepas lima hari waktu trading. Jadi, anda jangan tergopoh gopoh untuk menentukan OHLC candlestick selagi mana candlestick tersebut belum close secara sempurna. Boleh jadi maklumat OHLC akan berubah selagi ia tidak complete sepenuhnya.

Kegunaan OHLC Dalam Trading

Kebanyakan trader yang menggunakan OHLC dalam sistem trading mereka, akan gunakan teknik seperti dibawah :

  1. Menandakan aras Support dan Resistance menggunakan Hi dan Low
  2. Menentukan breakout SnR berdasarkan Close
  3. Melihat gap yang terjadi berdasarkan Open Candlestick

Bagi mereka yang agak keliru untuk melukis SnR, maka mereka akan gunakan OHLC untuk menentukan SnR. Caranya amat mudah, pilih satu candlestick yang diingin, seperti D1 atau W1, kemudian tanda sahaja level SnR dikawasan High dan Low. Jadi, anda akan dapat satu line SnR tanpa perlu pening kepala lagi.

Kemudian, mereka akan menunggu sehingga terjadinya breakout dikawasan SnR tersebut. Contohnya, trader A akan menunggu breakout SnR yang ditandakan menggunakan Hi Lo tadi dengan cara melihat close candle terkini. Jika close candle terkini berjaya break line SnR terdahulu, maka mereka akan membuat Buy Call. Mereka percaya price mempunyai kebarangkalian untuk naik lebih tinggi selepas berjaya break Hi atau Lo sesuatu candlestick.

Selain itu, anda harus pastikan juga breakout tersebut disertai dengan volume dan berjaya close 2/3 body daripada line SnR tersebut. Cara ini digunakan bagi meningkatkan lagi tahap kualtii sesuatu breakout itu berlaku. Untuk SL dan TP mereka akan tentukan berdasarkan teknik atau SOP sistem trading masing masing.

Kesimpulan

OHLC adalah antara teori yang perlu dipelajari oleh semua trader yang menggunakan analisa teknikal. Daripada pergerakan candle itu sendiri, ia akan memudahkan anda untuk menentukan sama ada price akan meneruskan kenaikan harga atau penurunan harga. Saya harap artikel kali ini berkenaan apa itu ohlc dapat membantu menambahkan lagi ilmu analisa teknikal tuan puan. Sekian terima kasih. Alhamdulillah.

Baca lagi : Market Structure Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →