Penerangan Market Structure Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Market Structure merupakan antara topik dan subjek yang wajib dipelajari bagi mereka yang ingin mendalami lukisan analisa teknikal. Pemahaman market structure saham ini dapat membantu trader mengenalpasti apakah trend semasa sesuatu kaunter. Post kali ini akan menerangkan apakah itu market structure, jenis wave, fasa dalam market structure serta kegunaan market structure.

Apa itu Market Structure Saham

Market structure adalah pembentukan sesuatu pola yang paling ringkas yang terhasil daripada pergerakan harga pasaran ataupun sesuatu instrumen. Hasil daripada pembentukan pola tersebut akan mencambahkan lagi berbagai bagai lagi jenis pola chart yang telah anda pelajari seperti double top, double bottom dan sebagainya.

Oleh itu, jika anda ingin advance kepada pembelajaran topik chart pattern, maka anda harus menguasai dahulu topik simple ini. Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya masih tak faham dengan market structure.

Jenis Jenis Wave Dalam Market Structure

Di dalam market structure, terdapat beberapa wave yang perlu difahami yang mana ia akan bantu anda untuk menentukan fasa trend semasa. Wave tersebut adalah seperti berikut :

  1. Projection Wave
  2. Retracement Wave

Projection wave merupakan wave yang dominan dalam satu siri pergerakan. Sebagai contoh, jika uptrend terjadi, wave kenaikan selalunya dikaitkan sebagai projection wave manakala ketika uptrend, wave menurun merupakan projection wave.

Retracement wave pula adalah secondary wave ataupun dikenali sebagai corrective wave dalam satu siri pergerakan harga. Jika wave menaik merupakan projection wave, maka, wave menurun secara langsung menjadi retracement wave.

Kebiasaannya trader yang mengamalkan buy on dip sering mula mencari entri ketika wave berada dalam keadaan retracement mood. Mereka percaya mereka sedang membeli harga yang paling rendah selepas fasa kenaikan harga telah berlaku untuk mengelakkan mereka terbeli pada harga yang tinggi (disadvantages)

Tiga Fasa Trend Dalam Market Structure Saham

Terdapat tiga fasa di dalam market structure. Fasa tersebut adalah seperti berikut :

  1. Uptrend
  2. Downtrend
  3. Sideway

Uptrend terjadi apabila swing hi sebelum berjaya dipecahkan oleh swing hi semasa. Ini membuatkan secara tak langsung wave menaik akan dilabel sebagai Projection wave manakala wave menurun dikenali sebagai retracement wave. Ketika uptrend trader akan mula fokus untuk mencari peluang buy sama ada ingin buy on dip, buy on breakout ataupun buy on pullback. Manakala untuk downtrend, semua maklumat adalah vice versa dengan uptrend.

Sideway pula terjadi apabila price gagal untuk break sama ada swing hi atau swing lo sebelumnya. Ia membuatkan price seolah olah tersangkut dalam satu range membuatkan harga mungkin melantun lantun dalam range tersebut. Kebanyakan trader akan menunggu breakout terjadi untuk meletakkan entri semasa sideway berlaku.

Kegunaan Market Structure Saham

Berikut merupakan kegunaan market structure saham

  1. Untuk mengenalpasti trend semasa
  2. Untuk mengenalpasti yang mana projection wave dan retracement wave
  3. Untuk mengenalpasti zon SnR
  4. Untuk mengenal pasti dimana Swing Hi dan Swing Lo untuk melukis trendline
  5. Untuk mengenal pasti chart patttern yang sedia ada

Kesimpulan

Belajar lah dengan tekun market structure saham ini jika anda ingin menjadi trader yang baik dalam penggunaan teknikal analisis. Walaupun anda tidak mahu belajar tentang market structure, namun lambat laun anda akan terbelajar sendiri kerana setiap pergerakan harga akan membentuk pola dan pola itu mesti terbentuk dari pola yang paling ringkas iaitu market structure.

Baca Lagi : Teknik Trading Menggunakan Indikator Zigzag

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →