Bismillahirrahmanirrahim
Indikator zigzag antara indikator yang sangat digemari oleh ramai trader yang menggunakan tool untuk melukis. Disebabkan itulah ia menjadi pilihan utama indikator dalam membuat lukisan analisa teknikal oleh kebanyakan trader. Artikel kali ini akan membincangkan teknik trading menggunakan Indikator zigzag serta maklumat maklumat lain yang berkaitan dengannya
Apa itu Indikator Zigzag
Indikator zigzag merupakan indikator yang mengesan trend semasa sama ada uptrend ataupun downtrend, malah boleh mengesan juga perubahan trend yang berlaku. Oleh itu anda akan lihat indikator zigzag membentuk seperti swing hi dan swing low. Jika anda sudah mempelajari apa itu market structure, anda boleh lihat dengan jelas pembentukan market structure dengan bantuan indikator zigzag.
Cara Setting Indikator Zigzag
Sebelum kita beralih kepada topik utama iaitu teknik trading menggunakan indikator zigzag, kita juga perlu tahu bagaimana untuk set kan indikator ini didalam chart tradingview anda. Cara dia amat mudah sahaja. Berikut merupakan langkah langkah untuk memilih indikator zigzag.
- Klik pada Indikator
- Taip Zigzag
- Pilih keputusan carian yang paling atas
Dan anda akan lihat indikator zigzag terpampang di dalam chart anda. Antara maklumat yang ditunjukkan di dalam indikator ini adalah
- Swing hi dan Swing Lo
- Sen kenaikan
- Volume dagangan
Teknik Trading Menggunakan Indikator Zigzag
Teknik trading menggunakan indikator zigzag ini boleh digunakan dalam banyak perkara, lebih lebih lagi dalam melakukan lukisan analisa teknikal. Antara lukisan analisa teknikal yang boleh dilukis dengan bantuan indikator zigzag adalah :
- Support and Resistance (SnR)
- Fibonacci Retracement and Extention
- Trendline
- Channel
Antara teknik trading menggunakan indikator zigzag yang sangat popular adalah dengan melukis trendline dan SnR, kemudian dikombinasikan dengan bantuan candlestick sebagai signal entri. Berikut merupakan cara bagaimana teknik trading ini dijalankan.
- Baca market structure yang mana swing hi mampu break swing hi sebelum (Contoh Uptrend)
- Lukis trendline berdasarkan swing yang diberikan
- Lukis SnR berdasarkan Swing yang diberikan
- Tunggu price pullback ke kawasan SnR,
- Buy apabila muncul signal entri daripada candlestick.
Kelemahan Indikator Zigzag
Kelemahan utama indikator zigzag adalah ianya bersifat repaint. Repaint bermaksud indikator ini akan memadam swing yang pernah dilukis dan melukis swing yang terbaru dalam keadaan yang tertentu. Ia amat bahaya sebab anda akan sering terkena false swing yang dilukis oleh zigzag dan membuatkan anda mengalami paper loss.
Kenapa indikator ini melukis semula swing yang telah diplotkan? Ianya berlaku apabila formula kiraan sebelum sudah tidak valid dan diganti dengan kiraan terbaru yang lebih terkini menyebabkan perkara repaint ini berlaku. Oleh itu agak sukar untuk melakukan backtest dengan indikator zigzag kerana result anda akan terlalu bias kepada keuntungan.
Jadi cara untuk menghadapi masalah repaint daripada indikator ini adalah pertama ia tidak boleh digunakan secara mandiri, dan kedua jangan mengambil bacaan 2 atau 3 garisan terkini daripada indikator tersebut untuk mengelakkan daripada terkena false swing.
Kesimpulan
Secara peribadi, saya tidak menggunakan indikator zigzag sebagai sistem trading saya. Namun, tidaklah saya mengatakan ianya satu indikator yang tidak bagus, malah indikator inilah jua yang membantu saya dalam melukis trendline dan Snr pada suatu masa dahulu. Cuma kekurangan indikator ini iaitu repaint yang membuatkan saya tawar hati untuk menggunakannya. Sekian terima kasih, Alhamdulillah.
Baca Lagi : Strategi Trend Following Saham