Strategi Trend Following Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Trend is your friend. Ramai trader yang biasa mendengar ungkapan ini. Jadi bagaimana kita nak detect sesuatu trend di dalam sesebuah saham atau kaunter? Mudah sahaja sama ada mengikut lukisan teknikal ataupun indikator. Artikel kali ini saya akan terangkan strategi trend following saham yang boleh anda gunakan dalam trading.

Senarai Tool dan Indikator Trend Following Saham

Sebelum kita melakukan analisa, mari saya senaraikan dahulu tools dan indikator yang biasa digunakan untuk detect trend dalam saham.

  1. Trendline
  2. Channel
  3. Equidestrian Channel
  4. Pitchfork
  5. Moving Average
  6. Bollinger Band
  7. Parabolic SAR
  8. Ichimoku Kinko Hyo

Daripada no. 1 sehingga no. 4 merupakan tool yang biasa digunakan untuk melukis trend manakala no. 5 sehingga no. 8 adalah antara indikator teknikal yang popular digunakan untuk menentukan arah trend. Setiap tool dan indikator mempunyai kaedah dan strategi trend following saham tersendiri. Jadi, anda boleh pilih mana yang lebih anda berkenan atau bersesuaian dengan rentak trading anda.

Tool yang kita gunakan untuk lukis trend sering dikenali sebagai leading indicator. Ia bermaksud lukisan line anda mendahului harga, sebab itu ia dipanggil sebagai leading indicator. Apabila price mula rebounce dilukisan yang anda buat, anda percaya price berkemungkinan akan respect lukisan anda. Namun kelemahan utama melukis secara manual menggunakan tool adalah konsistensi lukisan. Kadang2, mungkin anda akan tersalah pilih swing yang digunakan sebagai panduan untuk melukis tool.

Indikator Trend Following pula sesuai bagi trader baru yang ingin menggunakan strategi trend following saham. Walaupun ia digelar sebagai lagging indikator, tetapi kekuatan pada indikator trend following adalah konsistensi dalam memberi data kerana line indikator terhasil melalui kiraan matematik, maka data dan lukisannya lebih konsisten berbanding tool trading.

Strategi Trend Following Saham

Strategi Trend Following saham menggunakan Moving Average adalah strategi yang paling popular kerana ianya cukup mudah. Untuk mengesan trend sesuatu kaunter, anda boleh gunakan peraturan seperti dibawah

  1. Jika price berada diatas MA : Uptrend
  2. Jika price berada dibawah MA : Downtrend
Contoh strategi trend following saham menggunakan MA

Selain itu, anda juga boleh gunakan bollinger band sebagai strategi trend following anda. Berbeza dengan Moving average, anda akan beri penekanan terhadap Upper BB dan juga Lower BB. Jika price berjaya break Upper BB, kita akan consider sebagai uptrend dan sebaliknya jika break bawah Lower BB, ia bermaksud downtrend telah bermula.

Ada juga antara kita yang gunakan strategi trend following saham dengan indikator Ichimoku Kinko Hyo. Caranya pun lebih kurang je dengan MA cuma dia menggunakan konsep Kumo (Awan). Jika price berjaya break dan close diatas Kumo, kita akan consider sebagai uptrend. Jika price dibawah Kumo ia bermaksud price sedang downtrend.

Kesimpulan

Strategi Trend Following Saham adalah antara salah satu kaedah popular yang digunakan oleh trader selain daripada strategi contrarian iaitu melawan arah trend. Kedua-dua approach mempunyai kelebihan yang berbeza-beza. Namun, strategi trend following saham ini juga perlu diadun lagi dengan strategi bagaimana untuk melakukan entri sama ada ingin buy on breakout, ataupun buy on pullback.

Sumber : seputarforex, pengalaman kurniaan ALLAH SWT

Baca lagi : Buy on Dip Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →