Perbezaan Buy on Pullback Dengan Buy on Dip Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Rata-rata yang yang sudah mendengar terma Buy on Breakout, Buy on Dip, Buy on Pullback. Namun tahukah anda terdapat perbezaan antara Buy on Dip Saham dengan Buy on Pullback? Artikel kali ini akan mengupas perbezaannya dan diharap ianya dapat memberikan nilai tambah kepada analisa teknikal anda.

Karakteristik Buy on Dip Saham

Buy on Dip juga dikenali sebagai buy on Retracement. Trader akan membeli sesuatu kaunter apabila terjadinya retracement didalam kaunter tersebut. Sebagai contoh, price sudah mula break Moving Average membentuk Downtrend dan trader percaya ianya merupakan retracement downtrend sahaja. Oleh itu mereka akan mula mencari peluang untuk membeli kaunter tersebut apabila muncul signal berdasarkan SOP trading masing-masing.

Sebagai contoh, apabila muncul candlestick CRS di kawasan Support dan disokong dengan RSI dalam keadaan Oversold, ia memberikan kebarangkalian yang tinggi untuk Price naik dengan lebih tinggi. Kebanyakan mereka yang suka trade dengan cara Buy on Retracement ini merupakan Contrarian Trader, iaitu trader yang suka melawan arah harga.

Namun mereka melawan harga yang bergerak ketika retracement, bukan melawan harga yang bergerak dalam projection. Kelebihan bagi mereka adalah mereka dapat membeli pada harga yang paling murah yang mereka fikirkan. Selain itu, jika kaunter tersebut sememangnya kaunter yang HOT, psikologi pelabur akan menjadi sangat positif kerana mereka dapat membeli unit kaunter tersebut dengan harga yang murah dan mendapat lebih banyak unit pegangan saham.

Contoh Buy on Dip Saham

Karakteristik Buy on Pullback

Buy on Pullback terjadi apabila price baharu sahaja break resistance terbaru dan membentuk support ataupun lebih dikenali sebagai Resistance Become Support (RBS). Berlawanan dengan mereka yang trade secara Breakout, mereka yang Buy on Pullback akan tunggu untuk price pullback semula pada RBS dan mengeluarkan signal trade seperti candlestick reversal signal.

Kebanyakan entri untuk Buy on Pullback adalah ketika kaunter sedang mengalami projection wave yang kuat. Namun risiko yang harus ditanggung oleh mereka yang Buy on Pullback adalah mereka berkemungkinan untuk terkena Bull Trap apabila harga menjadi terlalu tinggi menyebabkan ramai trader mula takut untuk membeli pada harga tersebut.

Contoh Buy on Pullback

Beza Buy on Dip Saham dan Buy on Pullback

Buy on Dip SahamBuy on Pullback
Buy sesuatu kaunter ketika retracement downtrend terjadi Buy sesuatu kaunter apabila resistance berjaya dipecahkan dan membentuk Resistance become Support (RBS)
Beli semasa Correction WaveBeli semasa Projection Wave
Berisiko untuk terbeli sewaktu True Reversal berlakuBerisiko terkena Bull Trap
Selalu digunakan oleh Contrarian TraderSelalu digunakan oleh Trend Trader

Kesimpulan

Kedua-dua approach mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tepuk dada tanya selera yang manakah menepati citarasa anda sebagai seorang trader. Seperti saya, saya lebih suka untuk buy on dip saham kerana bukan sahaja trader yang masuk membeli kaunter tersebut, malah investor juga ramai yang akan membeli disebabkan secara psikologinya, harga dirasakan murah dan lebih banyak unit dapat disauk.

Rujukan : Ilmu dan Pengalaman kurniaan ALLAH SWT

Baca lagi : Cara Menggunakan Indikator ATR

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →