Maksud Limit Order Dalam CDS

Bismillahirrahmanirrahim

Pelaburan memerlukan anda untuk memilih keputusan sama ada untuk buy sesuatu kaunter apabila anda menjumpai kaunter yang berpotensi ataupun sell pegangan saham sesuatu kaunter apabila anda merasakan harga kaunter tersebut bakal turun. Oleh itu untuk melakukan buy atau sell ini, anda harus mengarahkan broker anda untuk Sell atau Buy yang disebut sebagai order. Namun tahukah anda apa itu maksud limit order dalam saham? Saya akan bantu anda untuk memahami dengan lanjut perkara tersebut.

Maksud Limit Order

Limit order adalah arahan yang dikeluarkan oleh client untuk membeli atau menjual tidak melebihi paras yang telah ditetapkan. Contohnya, harga semasa adalah RM 1.00, jika anda ingin melakukan buy limit, anda harus meletakkan order pada harga dibawah RM 1.00. Kita andaikan anda letakkan buy limit order pada paras RM 0.95, jadi, order anda hanya akan trigger apabila harga mencecah harga RM 0.95 kebawah.

Berbeza dengan Sell limit pula, anda harus letakkannya pada harga yang lebih tinggi daripada harga semasa. Apabila anda meletakkan Sell Limit, order hanya akan trigger apabila harga melepasi limit yang telah ditetapkan. Seperti contoh diatas, harga semasa adalah RM 1.00 dan anda letakkan Sell Limit pada harga RM 1.10. Broker hanya akan sell pegangan kaunter anda apabila mencecah RM 1.10

Contoh penggunaan Limit Order dalam trading

Kelebihan Menggunakan Limit Order

Selain anda mengetahui maksud limit order, anda juga harus tahu apakah kelebihan menggunakan limit order. Kelebihan utamanya adalah anda dapat SELL pada harga yang bagi anda paling tinggi yang boleh dicapai, contohnya Sell at Resistance sebelum price bounce. Manakala jika anda guna buy limit, maka anda boleh BUY pada harga yang bagi hemat anda paling rendah, biasanya Buy at Support.

Orang yang menggunakan limit order kebiasaannya mempunyai Risk and Reward yang cukup cantik iaitu 1:3 ke atas, kadang kadang boleh mencecah 1:10. Sebab itulah ramai yang masih suka menggunakan limit order, terutamanya mereka yang trade menggunakan teknik Supply and Demand.

Kekurangan Menggunakan Limit Order

Walaupun kelebihan limit order adalah capture harga tertinggi dan terendah, namun ianya masih ada kelemahan yang perlu anda pertimbangkan. Selalunya jika anda menggunakan limit order, musuh terbesar anda adalah high volatility. Akan ada dua keadaan apabila high volatility berlaku. Yang pertama adalah price trigger order anda lalu hit Stoploss ataupun price tak mengenai order anda dan terus bergerak setinggi yang boleh.

Menggunakan limit order bermaksud anda tidak menunggu confirmation dan hanya bergantung kepada wave pergerakan pasaran sahaja. Ataupun mungkin anda terlalu berhati-hati yang mana apabila terjadinya breakout, anda masih menggunakan limit order dengan harapan price akan pullback seketika sebelum naik lebih tinggi.

Kesimpulan

Kalau anda nak gunakan limit order, anda kena tau dekat mana market dah mula exhausted. Sebagai contoh, ada orang yang mengukur market exhaustion melalui divergence, ukuran fibo ataupun pola volume. Jadi, limit order ini sangat sesuai jika anda boleh predict kat mana reversal akan berlaku sebelum ia sampai. Diharap artikel kali ini dapat bantu anda tau apa maksud limit order dalam trading.

Rujukan : Pengalaman, Bacaan Website

Baca lagi : Tujuh Market Anomali Yang Pelik Tapi Benar

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →