Tips Teknik Supply and Demand Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Supply and demand merupakan salah satu teknik forex yang menandakan kawasan candlestick bullish and bearish engulfing sebagai satu kawasan yang terbaik untuk melakukan entry. Malah yang lebih menarik, kawasan ini menjanjikan Risk and Reward yang sangat besar seperti 1:10. Disini kita akan kongsikan sedikit tips teknik supply and demand ini.

5 Tips Teknik Supply and Demand dalam Forex

  1. Kadar Volatility yang sederhana. Ia bermaksud zon-zon supply and demand ni adalah agak sempit. Price akan retrace sebentar sahaja dikawasan tersebut dan bergerak amat laju meninggalkan kawasan tersebut. Semakin kecil atau sempit kawasan tersebut, maka semakin tinggi potensi untuk kawasan itu sah
  2. Waktu akumulasi yang rendah. Berlanjutan dari poin diatas, price tidak akan sideway agak lama dikawasan tersebut. Sideway yang lama menunjukkan terdapat banyak aktiviti perdagangan dikawasan harga tersebut. Manakala supply and demand pula cenderung untuk menunjukkan ketidak seimbangan harga yang membawa kepada kurangnya aktiviti perdagangan.
  3. Spring pattern. Ia bermaksud price meninggalkan shadow yang panjang. Sebagai contoh candle sebelum adalah bearish, kemudian candle seterusnya adalah candle bullish yang membentuk shadow yang panjang dan kemudiannya, body candle tersebut berjaya menelan body candle bearish sebelumnya.
  4. Momentum yang kuat meninggalkan zon supply and demand. Ia bermaksud apabila price bergerak kuat ke satu arah, ia akan meneruskan arah tersebut dan meneruskan trend sedia ada.
  5. Freshness. Ia bermaksud zon tersebut adalah baru dan tiada lagi harga pernah retest kawasan tersebut. Jika terjumpa, kebarangkalian kawasan itu valid adalah tinggi

Diharap dengan sedikit perkongsian ini akan membantu tuan dan puan lebih berjaya dalam dunia trading. Salam sayang dan salam kejayaan.

Alhamdulillah

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →