Pengalaman Trade Menggunakan Teknik Grid

Bismillahirrahmanirrahim

Korang pernah tak trade forex guna cara grid? Syok tak? Ya, waktu dia syok tu beratur TP hit memanjang. Dan itulah yang sentiasa ditunjukkan oleh para marketer teknik tentang betapa bestnya gunakan teknik grid ni. Bagi yang tak faham teknik grid adalah meletakkan order betul betul di garisan grid. Untuk membuka grid dalam chart, kalo tak silap kena tekan Ctrl + G. Korang akan nampak kotak kotak kecik dan itulah grid.

Ok, so macamana mekanik trade menggunakan grid ini? Senang je, ada sesetengah trader berpendapat, grid tersebut dibuat bukan saja-saja. tapi ada kaitan dengan volatility market. Oleh itu, bagi mereka yang malas nak cari support and resistance, mereka akan gunakan grid terus. Cara untuk trade guna grid adalah letak PO sama ada stop order ataupun limit order. Kemudian untuk exit pula, ada yang gunakan cara letak SL pada next grid ataupun tak buh SL, biarkan je price bergerak.

So, korang dah paham kan apa itu teknik grid? Insya ALLAH, sekarang ni aku cerita sedikit pengalaman aku gunakan teknik grid ni. Kalo market cantek, trending, ikut arah, memang senyum lebar sampai ke telinga. Hari hari ko akan screenshot biru kat wall FB ko. Tapi percayalah. Itu hanya sementara. Bila price mula lawan arah post ko, rasa cam nak hentak je muka kat dinding. Betul, ada sekali aku tahan float sampai MC.

So ,dengan lafaz bismillah aku try revise untuk gunakan SL. Mula mula try bubuh kat next grid satu kotak. Makan SL. Aku cuba luaskan kepada dua kotak. Masih kena lagi. Last2 merah bersusun dan modal aku makin kecik. Mental woo. Ada jugak aku try sulam limit dan stop order dalam masa yang sama, kira macam hedging la. Tapi tak berbaloi. Sebabnya, bila market tengah trending melawan orders, memang sakit. Padahal TP teknik grid ni paling tinggi aku pena pakai 20 pips. Biasanya lingkungan 10 ke 15 pips satu order.

Last-last aku tinggalkan teknik grid ni sebab memang tak berbaloi. Alhamdulillah, antara kelemahan yang aku nampak adalah, teknik grid sifatnya rigid, padahal market adalah flexible. Kedua teknik grid ni takde analisa entri yang serious. Keja hanyalah letak PO disekitar kawasan grid. Ketiga, teknik grid ni tak jaga MM. Terlalu banyak order trigger sebab jarak antara grid bukanlah jauh mana pun.

Jadi, kesimpulannya, bagi aku, teknik grid adalah teknik yang akhirnya adalah loss. Diharap dengan perkongsian yang sedikit ni, dapat membantu korang mencari rentak trading. Insha ALLAH. Sekurang kurangnya ALLAH tunjukkan sebuah teknik yang gagal pada aku supaya aku tak guna teknik tu.

Allahu Musta’an.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →