Bila Malas Trade, Itu Tanda Kita Matang

Bismillahirrahmanirrahim

Akan ada satu waktu nanti, korang semua akan mula malas nak trade. Kenapa malas nak trade itu datang? Ia adalah salah satu sifat yang lahir bila mana ko dah terlalu banyak loss dan profit yang bertukar loss. Sampai bila mana ko profit, ko dah tak teruja macam dulu dulu ko masuk kaki ko dalam bidang yang kejam ni.

Cuba ko sepak belakang balik masa mula mula ko trade. Dapat 10 pips berderet ya ampun senyum meleret, jalan pun mendabik dada, kolar pun pacak tajam. Tapi bila ko loss ko senyap senyap sorok bawah karpet. Kita semua sama. Kau aku, dan dia yang sebelah ko tapi ko tak nampak. Jadi perasaan keterujaan tu dah mula hilang.

Sebagaimana ko terasa macam hilang harapan disebabkan sesuatu yang ko dah tak larat nak minta. Rileks, sesungguhnya ALLAH akan berikan sesuatu berdasarkan pada apa yang ko usahakan. itu janji dia dalam Al Quran. Sebenarnya, bila ada sifat malas ni, itu tanda ko dah matang dalam trade. Cuba bayangkan ko loss streak bertubi2, ko tengok kat mana price yang makan SL ko patah balik kat analisis ko dan profit tapi ko makan SL, ko melayan floating sampai hampir ke MC. Itu yang akhirnya membuatkan ko menjadi kebal dari psikologi.

Dan akhirnya ko akan mula pulang pada perkara yang asas pada mula mula sekali ko belajar trade. Support and Resistance, Candle, Trendline dan bla bla bla. Ko pun mula dapat tengok dengan jelas, dan ko faham, trade itu tak mudah. Ye tak mudah pada psikologinya. Tekan buy and sell memang mudah, tapi tidak pada psikologi selepas entri itu. Ingat sehari suntuk cukup untuk ko latih psikologi? Dalam buku leh gebang setebal kamus pasal psikologi, tapi ko kena rasa sendiri untuk mendapat imuniti psikologi itu sendiri.

Ko patut berbangga. Bila mana, profit tidak lagi mengkhayalkan ko, loss tak pulak mengecewakan ko. Seperti mana seorang yang zuhud, bertambahnya harta tidak terkesan, berkurangnya harta tidak terkesan. Yang ada hanya ALLAH SWT.

Semoga doa kita mencari rezeki yang halal, sentiasa diredhai ibu dan ayah kita sekaligus diredhai ALLAH

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →