Pengalaman Market Forex Crash Yang Aku Alami

Bismillah

Market crash adalah satu istilah untuk menyatakan price bergerak secara keterlaluan pada satu arah (biasanya downtrend). Dan ya, aku adalah salah seorang yang terlibat secara langsung dengan event market crash ini. Ada dua yang aku lalui iaitu Swiss National Bank tukar interest rate dan Yen Devaluation.

Aku imbas balik untuk event swiss national bank tukar interest rate diorang ni, waktu tu aku buy sebab masa tu aku dah garis dengan trendline, memang tengah uptrend. Masalah aku, aku tak letak Stoploss sebab masa tu aku selalu kena makan dengan market yang suka buat yoyo. Aku jadi troma tu yang aku balun open SL.

Aku ingat lagi, baru dua hari aku pump USD 700 deposit. So aku rasa aku boleh go dah ni sebab training dah setahun. Mula masanya nak buat duit secara serius. Pagi selasa waktu event crash tu jadi. Aku jadi cam, eh, nape akaun aku kosong ni. Aku ingat sebab lagging internet. Rupanya tak. Aku tengok position aku dah close dengan rugi sebanyak USD 700. Perghhh tepuk dahi gak la bro. Terus tak semangat nak pergi kerja. Ko bayangkan, sebatang candle bearish cecah 3000 pips jatuh melepok. Aku pun bukak forum, kot kot broker problem. Rupanya tak, SNB tukar interest rate, membuatkan ramai panik. Bukan trader jer MC, broker pun MC. Broker Ironfx. Seminggu gak aku merajuk trade. Pastu tak merajuk dah. Gian nak tekan Buy and Sell. Huhuhuhuh

Event kedua adalah Yen Devaluation. Yang ni aku tak berapa ingat sangat bila jadi. Masa ni pun benda yang sama terjadi. Aku target memang buy USD/JPY ni. Tapi ada satu malam tu aku tengok, eh kenapa UJ ni turun semacam laju jer. Aku mula mula teragak nak cutloss. Tapi tah kenapa aku beranikan diri aku close semua entry aku hari tu pasal tak sedap hati. Esoknya ramai orang duduk kat tepi pintu, tepi tingkap, atas tin biskut mengenang nasib MC dekat Yen. Perghh tu dia candle drop lebih 3 cm. Hahaha

Itulah yang aku nak kongsikan pengalaman aku. Pelajaran yang aku dapat, kita kena terima kerugian kecil kita untuk mengelakkan kerugian besar. Adios boskurr

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →