Dalam Forex Pun Ada Politik

Bismillah

Dulu aku ingat, forex ni takde la sangat nak melayan karenah manusia. Rupanya tak. Sama je. Nama pun berniaga, confirm la jumpa manusia. Da jumpa manusia banyak la ragamnya. Aku pelik gak, korang ni trade, dengan MT4 je pun, buy sell pun ko yang tekan. Orang yang paling dekat nak ko bergaduh pun adalah broker. Sebab mungkin broker tu buat pantek dengan akaun ko, mesti ko ribut.

Tidak sahabat. Dalam forex ni pun ada suku sakatnya. Suku suku yang terbentuk untuk mengajar la, fund manager la, kopitred la dan juga suku suku pendengki yang tak tentu arah. Benda yang biasa orang gaduh yang pertama adalah claim teknik. Semua orang nak claim teknik tu adalah teknik dia. Derrrr, teknik yang ko pakai pun, ko guna indicator default dalam MT4. Tak malu ke claim. Mungkin kalo ko claim SOP trade boleh dimaafkan lagi sebab nak membangunkan SOP bukanlah benda yang mudah.

Kedua, kutuk mengutuk antara cikgu cikgu mengajar. Ini lagi kelakar. Cikgu A kata cikgu B tak betul. Cikgu B pun kata Cikgu A tak betul. Last last semua orang bertumbuk. Kita yang kat tepi ni seronok tengok komen tengah bertumbuk. Bila cek, dua dua selalu MC. Ha ha ha. Mabuk betul la politik forex kat Malaysia.

Ada lagi, kalo nak tengok orang bertumbuk, join je grup grup forex ni. Ko tengok orang yang selalu post post SS profit ni. Pastu mesti ada orang kaki dengki like hell akan cakap, ala demo akaun je ni. Marketing je ni. Pastu tuan tanah pun panas hati lalu mereka pun bertumbuk. Akan ada lah aksi aksi bekap membekap, tampar menampar.

Dan satu persamaan je yang aku nampak. Semua yang bertumbuk, trade macam sial. Dah buat duit dengan trade, mesti dia akan chill kalo orang kutuk dia. Mesti dia ok kalo takde orang nak follow apa yang dia ajar.

Kalo periuk nasik kena usik… melenting la bro… ye tak..

Aku… melenting ngan broker dan fund manager jer. Salam ramadhan, jangan gado2.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →