Bismillah
Hari ni aku rasa nak berkongsi pasal apa yang aku alami sepanjang aku trade. Ye, sepertimana ko dengan aku tau, topik trend adalah salah satu perkara utama dalam trading. Umumnya trend ada 3 je, uptrend, downtrend dan sideway. Aku pernah trade dalam semua tiga tiga trend ni.
Salah satu teknik yang aku belajar prefer untuk masuk ikut trend. Aku pun mudah je nak baca trend. Asal bawah MA 100 kita sell atas MA 100 kita buy. Penuh confident aku pun sell sebab trend tengah downtrend ikut indikator. Sekali dia libas SL aku dan terus close. then bila kena SL, aku beranggapan bahawa trend dah berubah sebab da close atas MA 100. So aku counter buy, alih alih price turun balik kena SL buy pulak.
Mau tak bengang dalam sehari dekat 70 pips lebur gitu je. Dari situ aku rasa cam nak balas dendam kat market. Masa tu jugaklah SOP tah ke mana, lot tah kemana, trade ikut rasa je. Dan aku mula cari teknik yang lebih profitable. So aku diperkenalkan dengan teknik lawan trend.
Teknik lawan trend ni takde SL, hold sampai price patah balik. Dengan lojik bahawa setiap yang turun pasti akan naik dan sebaliknya. Aku pun apalagi, mencuba nasib. Ya memang boleh profit tapi tak tidur malam jugak sebab mengenangkan floating. Di tambah pulak dengan prinsip menggandakan lot. Bagi aku ia sangat risky sebab ada sekali mungkin nasib aku baik aku dah close floating, tambah tolak ngan profit still untung. Price pacak tak pandang bawah. Sapa yang kena mau menangis wooo.
Selain tu, aku pernah gak belajar teknik yang fokus pada sideway. Dia punya hujah, 70% price akan dalam keadaan sideway. First time belajar memang best sebab close cepat. Target TP pun tak banyak, 50 pips kebawah. Tapi tak pakai SL sebab percaya price akan sentiasa spike dan kembali semula pada poin harga sebelum spike. Tapi akhirnya sendu jugak sebab tersilap tangkap sideway dan akhirnya float bagai nak giler.
Nasihat aku, better ikut trend. Cara nak tentukan trend, bukan pakai indikator, tapi pakailah fundamental. Then, stick pada trend tu sampai terdapat perubahan fundamental.
Alhamdulillah