Tiga Port Pelaburan Tanpa Risiko Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Pelaburan merupakan aktiviti yang melibatkan risiko untuk menjana keuntungan pada masa akan datang. Risiko boleh dibahagikan kepada tiga iaitu rendah sederhana dan juga tinggi. Tapi tahukah anda terdapat platform pelaburan tanpa risiko atau terlalu rendah yang boleh anda park duit anda di Malaysia ini?Artikel ini akan bongkarkan platform-platform tersebut.

Memahami Konsep Risiko

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut, baik juga rasanya jika kita tahu bagaimana risiko tersebut diklasifikasikan sebagai rendah sederhana dan juga tinggi. Bagi risiko yang rendah, kebiasannya instrumen pelaburan tersebut hanya akan berdepan dengan risiko kadar keuntungan yang naik dan turun sahaja. Namun, modal pokok anda langsung tidak terkesan. Sebagai contoh, anda labur sebanyak RM 1,000, pada hujung tahun anda menerima dividen sebanyak 5%. Pada tahun berikutnya anda cuma mendapat dividen sebanyak 4% disebabkan keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan. Jadi, kerugian yang anda perolehi adalah penurunan kadar keuntungan sahaja.

Bagi risiko sederhana, anda boleh kerugian modal dan keuntungan. Contohnya, jika anda melabur dalam unit trust sebanyak RM 1,000, selepas setahun anda mendapati unit trust tersebut dalam keadaan rugi dan modal semasa anda adalah sebanyak RM 900 yang mana anda telah mengalami kerugian sebanyak RM 100.

Untuk risiko tinggi pula, anda boleh kerugian modal, keuntungan malah anda ditekan lagi dengan faktor masa, margin dan milikan. BIasanya produk berisiko tinggi ini adalah produk derivatif seperti pasaran hadapan dan option. Jadi, anda boleh buat untung yang amat tinggi, dalam masa yang sama modal anda juga boleh lesap dalam masa yang amat singkat.

Tiga Port Pelaburan Tanpa Risiko Di Malaysia

Bagi mereka yang mempunyai risk tolerance yang rendah, amat disarankan untuk anda memilih pelaburan tanpa risiko ini. Ya, semua orang tahu objektif pelaburan adalah untuk mengembangkan modal, tapi setiap orang mempunyai kadar penerimaan risiko yang berbeza-beza walaupun sesuatu instrumen boleh memberi keuntungan dan kekayaan yang terlampau tinggi. Tiga port tersebut adalah seperti berikut.

  1. Bond / Sukuk
  2. ASB / EPF / Tabung Haji
  3. Simpanan Tetap

Bond atau sukuk merupakan surat hutang dari kita kepada pelabur. Secara konsepnya sebuah syarikat ingin membuat pinjaman, tapi diorang tak nak meminjam dengan bank. Jadi, mereka terbitkan bon ke dalam Bursa Malaysia. Maka sesiapa yang membeli Bon tersebut ibarat telah meminjamkan wang mereka kepada syarikat tersebut. Terdapat tiga mekanisme yang perlu diketahui dalam Bon iaitu Face Value, Interest dan Maturity Date. Biasanya dalam pembelian bon tersebut mereka akan jelaskan berapakah wang yang telah anda laburkan iaitu Face Value, berapa faedah yang dibayar setiap tahun contohnya 3% dan bilakah tarikh matang bon tersebut. Untuk memahamkan anda, anda beli bon sebanyak RM 1,000 yang mana maturity date adalah selama 5 tahun dan syarikat akan bayar faedah kepada anda sebanyak 3% setahun. Jadi selama 5 tahun anda akan dapat faedah sebanya 3% dan pada tahun terakhir, mereka akan bayar semula modal pokok anda iaitu RM 1,000 kepada anda.

APA ITU SUKUK?
Malaysia merupakan negara terbesar yang menawarkan produk Sukuk terbesar di dunia

Pelaburan tanpa risiko yang kedua adalah ASB / EPF / Tabung Haji. Port-port seperti ini pada asalnya adalah berisiko sederhana, kerana mereka beroperasi seperti unit trust. Tapi, yang membuatkan pelaburan tersebut menjadi rendah adalah campur tangan kerajaan yang mana modal yang anda laburkan akan dijamin. Jadi, amat beruntung jika anda dapat melabur dengan kadar keuntungan yang lebih tinggi dalam masa yang sama mempunyai risiko yang rendah.

EPF offices, branches closed during MCO 3.0
EPF tawar keuntungan berkadar purata 5% setiap tahun kepada pencarum

Terakhir, simpanan tetap di bank-bank tempatan. Simpanan tetap mempunyai tempoh yang anda tidak boleh keluarkan duit anda dan mereka akan membayar faedah berdasarkan tempoh yang anda persetujui. Sebagai contoh, anda memasukkan simpanan anda kedalam simpanan tetap selama 1 tahun dan bank akan membayar sebanyak 3% apabila mencapai tempoh yang ditetapkan. Sekarang ini, simpanan tetap telah menjadi fleksibel kerana banyak bank-bank menawarkan tempoh yang lebih singkat seperti sebulan. Mengapa simpanan tetap boleh dikatakan sebagai pelaburan tanpa risiko. Faktor utama adalah wang anda telah diinsuranskan kedalam PIDM dan jika berlaku apa-apa, seperti bank tersebut gagal beroperasi, PIDM akan membayar jumlah wang yang telah anda laburkan.

Kesimpulan

Saya telah terangkan tiga tempat pelaburan tanpa risiko yang boleh anda pilih untuk melabur di Malaysia. Jika anda mempunyai lebihan wang, saya galakkan anda untuk melaburkan duit anda walaupun pada tempat yang berisiko rendah. Rugi rasanya jika anda tidak mengambil peluang untuk gandakan wang yang tidak anda gunakan dalam jangkamasa yang panjang.

Sekian terima kasih

Sumber : Pengalaman sendiri

Baca Lagi : Caj Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →