Bismillahirrahmanirrahim
Unit trust adalah satu pelaburan jangka panjang yang berisiko sederhana. Oleh itu, ia amat sesuai untuk dipilih oleh orang ramai kerana duit mereka akan diuruskan oleh pihak yang professional. Namun, tahukah anda terdapat berbagai-bagai caj unit trust yang perlu anda ambil kira sebelum melabur dalam sesuatu unit trust? Jom kita tengok satu per satu caj yang bakal dikenakan kepada anda.
Senarai Caj Unit Trust
- Sales Charges
- Switching Fee
- Annual Management Fee
- Redemption Fee
- Performance Fee
- Custodian Fee
Sales charge akan dikenakan kepada anda pada saat pertama kali anda melakukan deposit ke dalam unit amanah tersebut. Contohnya Unit Trust ABC mengenakan sales caj sebanyak 5% setiap deposit. Jika anda melaburkan duit sebanyak RM 1,000 maka RM 50 akan ditolak terus dari deposit anda menjadikan modal pelaburan awal anda adalah RM 950.
Switching fee pula bermaksud caj yang dikenakan oleh pihak syarikat jika anda berhasrat untuk menukar produk unit trust. Sebuah syarikat biasanya akan menawarkan bermacam-macam produk unit trust. Oleh itu, jika anda tidak puas hati dengan prestasi produk pelaburan anda yang terkini dan berhasrat nak menukar produk lain, maka switching fee akan dikenakan. Tapi tidak semua syarikat mengenakan switching fee. Philip Capital Market antara salah satu syarikat yang tidak mengenakan switching fee jika anda ingin menukar produk unit trust anda.
Annual Management Fee pula merupakan caj unit trust yang dikenakan setiap tahun. Biasanya dikenakan sebanyak 1.5% kebawah. Ia akan dikira berdasarkan dana semasa pelaburan anda. Jika selepas setahun, modal anda dari RM 1,000 telah berkembang kepada RM 1,100, maka 1.5% caj akan dikenakan pada RM 1,100 bersamaan dengan RM 16.50.
Redemption fee pula adalah caj yang dikenakan jika anda ingin menebus semula wang anda. Ada juga yang memanggilnya sebagai withdrawal caj. Biasanya ia akan dikenakan jika anda mengeluarkan semula dana anda kurang dari setahun. Jadi, anda harus plan duit anda supaya tidak menggunakannya sekurang-kurangnya setahun untuk mengelakkan caj tersebut.
Performance fee merupakan caj yang dikenakan keatas keuntungan yang telah dihasilkan oleh seseorang fund manager. Ianya akan dikira berdasarkan kepada keuntungan sahaja dan modal pokok tidak akan dikira. Contohnya, syarikat akan mengambil sebanyak 10% dari keuntungan yang diperolehi. Modal pelaburan anda sebanyak RM 1,000, telah mengalami keuntungan sehingga menjadi RM 1,200. Keuntungan sebanyak RM 200 akan dikenakan performance fee sebanyak 10% iaitu RM 20. Jadi keuntungan semasa anda adalah RM 180 sahaja.
Custodian fee pula merupakan caj yang dikenakan oleh pemegang amanah. Duit yang anda laburkan tidak akan dipegang oleh syarikat tetapi dipegang oleh seorang pemegang amanah yang dilantik. Proses ini dilaksanakan bagi melindungi wang anda daripada dilarikan oleh pihak syarikat. Terdapat dua caj yang dikenakan iaitu transactional fee dan juga annual fee. Annual fee biasanya sekitar 0.03% setahun manakala transactional fee adalah sekitar 0.1% setiap kali transaksi dilakukan.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan semua caj unit trust yang dikenakan secara lazimnya di Malaysia. Namun, anda tidak perlu risau, semua caj tersebut akan ditolak dari dana akaun anda secara automatik dan anda tidak perlu pening kepala dengan semua terma-terma yang pelik-pelik.
Jika anda berminat untuk melabur di Philip Capital Management yang TIADA SALES CHARGES pembelian dana unit trust, anda boleh hubungi saya di 018-941 8731
Sekian terima kasih
Sumber : Investopedia, POEM, Majalahlabur
Baca Lagi : Apa itu ADX Indikator Dalam Saham