Bismillahirrahmanirrahim
ADX indikator bukanlah satu indikator yang popular dalam kalangan trader. Apabila ditanyakan tentang indikator ini, pasti ramai yang agak jarang mendengarnya. Artikel kali ini akan mengupas apa itu adx indicator, kepentingannya serta cara guna adx indikator.
Apa itu ADX Indicator
Ia merupakan salah satu indikator teknikal analisis yang digunakan oleh segelintir trader untuk menentukan kekuatan sesuatu trend dalam pasaran. Terdapat tiga jenis trend iaitu uptrend, downtrend dan juga sideway. Semua jenis trend ini dapat dijangka menggunakan indikator ADX.
Indikator ADX dapat menentukan trend sesuatu pasaran berdasarkan dua garisan yang terbina di dalam indikator tersebut. Dua garisan tersebut adalah negative directional indicator (-D1) dan juga positive directional indicator (+D1). Satu lagi elemen penting di dalam indikator ADX adalah garisan ADX itu sendiri yang akan menentukan kuat atau lemahnya sesuatu trend ketika itu.
Cara Guna Indikator ADX
Secara amnya terdapat 4 elemen yang perlu anda ambil tahu
- -D1 (Melambangkan garisan downtrend)
- +D1 (Melambangkan garisan Uptrend)
- ADX (Melambangkan kekuatan trend)
- Level 25 (Kayu ukur kuat atau lemah sesuatu trend)
ADX, -D1 dan +D1 merupakan indikator bersifat momentum. Garisan ADX akan membantu pelabur untuk menentukan kekuatan sesuatu trend manakala -D1 dan +D1 akan menentukan arah trend sama ada uptrend ataupun downtrend.
Setelah anda ketahui apa itu indicator ADX, cara gunakan ADX juga cukup mudah untuk anda fahami. Berikut merupakan langkah demi langkah menggunakan indkator ADX.
- Pastikan berlaku persilangan antara -D1 dan +D1. Jika -D1 bersilang dan berada diatas +D1 ia membawa maksud downtrend manakala jika +D1 bersilang dan berada diatas -D1 ia bermaksud uptrend
- Jika uptrend, fokus untuk buy manakala jika downtrend fokus untuk sell
- Lihat pula garisan ADX. Jika berada diatas level 25, maka anda boleh entri, manakala jika garisan ADX berada dibawah level 25 maka anda boleh abaikan setup tersebut.
Secara amnya, anda harus tunggu terjadinya persilangan antara +D1 dan -D1. Ia bertindak seperti MA crossover tetapi ini adalah indikator ADX. Untuk meningkatkan lagi kualiti entri anda, maka line ADX akan digunakan untuk menunjukkan sama ada entri tersebut mempunyai kekuatan dari segi momentum atau tidak. Jika ada, kebarangkalian untuk harga bergerak lebih jauh adalah tinggi.
Selain itu, persilangan +D1 dan -D1 juga boleh digunakan sebagai signal untuk exit daripada pasaran. Sebagai contoh, anda telah melakukan entri uptrend dan kini telah beroleh keuntungan. Kemudian, anda lihat terjadikan persilangan yang mana -D1 berjaya cross +D1. Ketika ini anda boleh ambil keputusan untuk close dan realize paper profit anda dan boleh mencari setup yang baru.
Contoh Cara Guna Indikator ADX
Ok, saya akan gunakan satu kaunter iaitu GLOTEC dan tunjukkan cara bagaimana menggunakan indikator ADX. Pertama sekali saya akan lihat persilangan antara +D1 dan -D1. Rajah yang bertanda bulat pertama menunjukkan terjadinya persilangan antara D1. Tapi saya tak trigger lagi entri saya. Saya tunggu dahulu sehingga line ADX berjaya melepasi tahap 25.
Selepas itu, line ADX berjaya melepasi tahap 25 pada bulat kedua. Ketika ini entri boleh dilaksanakan kerana price mungkin akan naik dengan lebih tinggi. Harga entri pada 0.64 sen, CL sekitar 0.61 sen. Akhirnya price berjaya naik sehingga mencecah 0.775 sen iaitu kenaikan sebanyak 0.135 sen.
Kesimpulan
Indikator ADX merupakan satu indikator 2 in 1 kerana ia dilengkapi dengan signal entri dan juga filter sebelum entri iaitu momentum kekuatan sesuatu trend. Diharap artikel ini dapat menjawab persoalan anda tentang apa itu indicator ADX serta cara menggunakannya. Sekian terima kasih.
Sumber : Investopedia
Baca lagi : Jenis Jenis Unit Trust di Malaysia