Jenis-Jenis Unit Trust Di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Ramai yang dah tahu apa itu unit trust. Di dalam unit trust itu sendiri, terdapat berbagai-bagai jenis unit trust yang boleh anda pilih. Setiap jenis unit trust mempunyai risk tolerance yang berbeza serta objektif keuntungan yang berlainan antara satu sama lain. Artikel kali ini akan bantu anda untuk memahami secara lebih mendalam topik kita pada kali ini.

Jenis-Jenis Unit Trust

Sebelum saya menjelaskan satu persatu, saya akan senaraikan dahulu semua jenis yang ada.

  1. Ekuiti / Saham
  2. Fix Income
  3. Indeks
  4. Hybrid
  5. Money Market
  6. Income
  7. Global
  8. Specialty

Unit trust berasaskan saham merupakan unit trust yang paling common dipraktikkan di Malaysia. Syarikat akan memilih saham-saham yang ingin dimiliki dengan menggunakan dana yang telah dilaburkan oleh para pelabur. Di dalam unit trust ekuiti itu sendiri, boleh dipecahkan lagi kepada beberapa kategori sama ada untuk fokus kepada small cap, mid cap atau large cap. Selain itu, ada juga yang memilih saham yang berasaskan kepada Value, Growth, ataupun Dividen.

Fix income pula fokus kepada pembentukan portfolio melalui belian belian aset yang memberikan pulangan yang tetap. Produk pelaburan yang biasa dibeli untuk unit trust fix income selalunya bon kerajaan dan juga bon korporat. Bon akan membayar kadar faedah setiap tahun kepada kita sehingga tempoh matang. Selain itu bon juga hampir tidak mempunyai risiko kerana modal pusingan anda tidak akan rugi dan hanya akan berhadapan dengan risiko pihak penghutang gagal membayar interest yang ditetapkan sahaja.

Indeks fund merujuk kepada pembangunan portfolio unit trust berasaskan indeks. Umum kita ketahui, syarikat yang dipilih untuk menjadi rujukan indeks semestinya syarikat yang kukuh dan mempunyai faktor kewangan yang sangat baik. Oleh itu, tanpa perlu memeningkan kepala syarikat unit trust membeli semua syarikat yang disenaraikan untuk membentuk indeks tersebut. Sebagai contoh, indeks FMBKLCI 70 terdiri daripada 70 syarikat yang mempunyai potensi untuk membangun. Jadi, syarikat unit trust akan membeli keseluruhan syarikat yang disenaraikan dan akan turut untung apabila harga indeks meningkat.

Hybrid pula merupakan gabungan jenis aset di dalam satu portfolio. Syarikat akan membeli bermacam macam jenis kelas aset untuk mitigate risiko dan juga pulangan yang lebih tinggi dalam masa yang sama. Sebagai contoh, syarikat unit trust A meletakkan dana sebanyak 50% untuk membeli saham, 30% untuk membeli komoditi dan 20% untuk membeli bon. Jadi, apabila sesuatu aset mengalami kejatuhan, kejatuhan aset tersebut dapat dilandaikan dengan aset-aset lain yang lebih untung ketika itu.

7 Top Performing EPF-Approved Equity Unit Trusts You Should Not Miss!
Contoh hybrid fund

Money Market pula terdiri daripada pembelian aset daripada treasury bill ataupun short term debt instrument. Ada juga yang memanggil treasury bill sebagai bon kerajaan. Money market tidak mempunyai pulangan yang agak lumayan, cuma tinggi sedikit daripada pulangan yang diberikan oleh bank ataupun Fix Deposit. Ia juga dianggap sebagai risk free kerana dana asal prinsipal anda tidak akan rugi dan dijamin oleh kerajaan.

Why You Should Invest in Money Market Funds as a Short Term Parking Place  for Cash |
Money market fund dikategorikan sebagai produk berisiko paling rendah

Unit trust berasaskan income pula mempunyai kecenderungan untuk membeli bond-bond yang berkualiti tinggi dan juga saham yang memberi dividen yang konsisten. Tujuan utamanya adalah untuk memberikan cash flow positif yang steady kepada para pelabur. Kebanyakn mereka yang mengambil unit trust berasaskan income ini adalah para pesara dan juga pelabur konservatif (risk-averse). Selain itu, unit trust seperti ini biasanya dikecualikan dari membayar cukai.

Sejajar dengan namanya, Global Fund bermaksud unit trust ini membeli aset yang berada diluar negara. Agak sukar untuk tentukan sama ada pelaburan luar negara lebih berisiko atau selamat, namun, objektif pelaburan global adalah untuk mendiversifikasikan impak politik yang selalunya membuatkan pasaran saham seperti yoyo. Sebagai contoh, jika negara A sedang bergolak, pasaran saham pasti akan merudum. Portfolio ini dapat diselamatkan daripada kerugian yang besar apabila aset di negara B sedang mengalami keuntungan yang berganda.

Reviewing Some Short Term China and India Unit Trust Losses, Dishing out  some Unit Trust Ideas | Investment Moats

Specialty fund pula merujuk kepada pelaburan yang fokus kepada sesuatu industri atau kategori. Sebagai contoh, syarikat unit trust ingin fokus kepada segmen teknologi sahaja. Jadi, semua saham yang berada dalam portfolio unit trust tersebut akan berkisar kepada segmen teknologi. Kebiasaannya setiap kaunter akan mempunyai impak tidak langsung sesama sendiri. Sebagai contoh, jika segmen teknologi sedang merudum, kebarangkalian untuk hampir semua kaunter dalam keadaan rugi adalah tinggi, dan begitu juga sebaliknya untuk situasi jika keuntungan berjaya dijana.

Kesimpulan

Artikel ini telah membahaskan semua jenis unit trust yang ada. Setiap unit trust mempunyai matlamat kewangan tersendiri serta risk tolerance yang unit. Sebelum memilih untuk melabur sesuatu unit trust, anda perlu lihat kepada diri sendiri adakah produk tersebut bersesuaian denan matlamat kewangan anda sendiri. Sekian terima kasih.

Sumber : Investopedia

Baca lagi : Apa itu Unit Trust

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →