Apa itu Multi Asset Class Dalam Unit Trust

Bismillahirrahmanirrahim

Unit Trust merupakan satu dana yang mengumpulkan wang orang ramai untuk dijadikan sebagai modal untuk membeli pelaburan. Ada unit trust yang fokus untuk membeli saham, komoditi, sukuk atau hartanah. Namun apakah itu multi asset class sekiranya anda jumpa di dalam brochure dana amanah? Artikel ini akan bantu anda memahami terma tersebut.

Senarai Aset Yang Biasa Dibeli Sebagai Pelaburan

Berikut merupakan senarai produk pelaburan yang lazim dibeli oleh dana-dana unit trust.

  1. Saham
  2. Sukuk
  3. Bon
  4. Komoditi
  5. Cash Market
  6. Hartanah
  7. ETF
  8. Index
Simplified Guide for Different Investment Assets: Introduction to Asset  classes and Practical Asset allocation
Contoh asset class yang ada dalam pasaran

Multi Asset dalam Unit Trust

Jika sesebuah unit trust membeli lebih daripada satu jenis aset, ia dipanggil sebagai multiasset Class. Pembentukan portfolio multi asset class ini bergantung kepada tahap risiko yang sanggup dihadapi oleh para pelabur itu sendiri. Selain anda mengetahui apa itu multi asset class, anda juga perlu tahu apakah kepentingannya dalam mengimplementasikan cara seperti ini.

Pembangunan sesebuah portfolio berasaskan multi asset merupakan salah satu cara diversifikasi yang diambil oleh sesebuah unit amanah. Oleh itu, unit amanah tersebut dapat melandaikan risiko yang bakal dihadapi oleh pelabur sekiranya sesebuah aset kelas berada dalam kerugian, kerugian tersebut dapat ditampung dengan aset-aset yang lain.

Risk Tolerance Seorang Pelabur

Apabila seorang pelabur telah tahu apa itu multi asset dalam unit trust, mereka boleh memilih dana-dana yang bersesuaian dengan diri mereka. Walaupun risiko unit trust berada dalam tahap sederhana, namun risiko tersebut boleh dipecahkan lagi kepada tiga iaitu risiko sederhana (rendah – conservative), risiko sederhana (sederhana-moderate) dan risiko sederhana (tinggi-aggersive).

Contoh-contoh unit trust dengan risk tolerance pelabur boleh digambarkan seperti poin dibawah

  1. Unit Trust (Conservatif) : Dana ini akan membeli banyak asset-asset rendah risiko sebagai peratusan terbesar portfolio dana tersebut iaitu bon/sukuk ataupun pasaran tunai.
  2. Unit Trust (Moderate) : Dana ini akan fokus untuk mengimbangi portfolio mereka untuk membeli produk rendah risiko (sukuk/bon) dan juga saham
  3. Unit Trust (Aggresive) : Dana ini akan fokus untuk memberikan peruntukan beli saham yang paling banyak dan membeli aset rendah risiko sebagai backup apabila pasaran saham tidak menentu.

Kelebihan Multi Asset Class

Multi Asset Class fokus untuk mencapai objektif pelaburan, berbanding diversifikasi dalam satu asset sahaja yang mana mementingkan untuk beat the benchmark yang telah mereka pilih. Contohnya, walaupun sesebuah unit trust mempunyai 10 jenis saham dari berbagai sektor, namun, jika pasaran saham tidak menentu, secara keseluruhannya aset tersebut berada dalam keadaan yang rugi. Berbeza dengan multi asset class, jika pasaran saham sedang rugi, namun aset komoditi seperti emas dalam keadaan bull run yang mana keuntungan komodiiti dapat menutup kerugian dari aset kelas saham.

Kesimpulan

Saya telah terangkan kepada anda apa itu Multi Asset Class serta kelebihan yang diperolehi denga menggunakan pendekatan ini diharap anda dapat manfaat daripada terbitan artikel ini. Sekian terima kasih.

Iklan

Jika anda berminat untuk melakukan pelaburan tanpa tunai menggunakan konsep private mandate, boleh hubungi saya di Telegram. (018-9418731)

Sumber : Investopedia

Baca lagi : Pelaburan Tanpa Risiko

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →