Teknik Swing Dalam Saham Untuk Short Term

Bismillahirrahmanirrahim

Swing trading merupakan satu pendekatan belian saham untuk menjualnya semula dalam tempoh yang lama. Namun, disebabkan faktor masa, ramai trader yang tidak sabar untuk mendapatkan pulangan yang disasarkan. Artikel kali ini akan terangkan berkenaan dengan teknik swing dalam saham untuk jangka masa yang pendek. Bila mana saya sebutkan jangkamasa yang pendek, saya sasarkan untuk pengambilan untung rugi berlaku kurang dari sebulan. Untuk step penuh, boleh tonton terus video dibawah

Objektik Teknik Swing Dalam Saham (Short Term)

Sasaran utama kita adalah untuk mendapatkan capital gain positif berdasarkan untung rugi pada setiap bulan. Oleh itu, semua profit taking akan dilakukan dalam masa kurang satu bulan walaupun posisi dalam keadaan rugi. Jadi, saya andaikan untuk sasarkan sekitar 10% kebawah keuntungan yang boleh diperolehi dengan asbab teknik swing ini.

Tetapan Indikator Untuk Teknik Swing Dalam Saham

Di dalam teknik ini, anda akan gunakan tiga indikator yang akan bantu anda membuat keputusan sama ada Buy atau Sell sesuatu kaunter. Indikator tersebut adalah seperti berikut :

  1. Candlestick Heiken Ashi
  2. Exponential Moving Average 30
  3. Exponential Moving Average 10
  4. TF D1 dan TF W1

Candlestick Heiken Ashi merupakan sejenis candlestick yang berbeza dengan candlestick tradisional. Ia mempunyai kiraan unik dan candlestick Heiken Ashi akan memaparkan harga average bagi setiap candlestick. Jika harga semasa berada diatas harga average, maka candle berwarna hijau akan keluar. Jika harga semasa dibawah harga average maka candle merah akan keluar. Kelebihan Heiken Ashi adalah ia telah berjaya filter noise yang dihasilkan dalam pasaran dan membantu trader membuat keputusan sama ada ingin terus hold atau sell pegangan saham mereka.

Terdapat tiga bentuk candlestick Heiken Ashi yang perlu anda ketahui iaitu :

  1. Bullish Heiken Ashi
  2. Bearish Heiken Ashi
  3. Doji Heiken Ashi

Bullish Heiken Ashi merupakan candle yang tidak mempunyai shadow dibawah body dan ia menunjukkan bahawa price berpotensi untuk naik dengan lebih tinggi. Bearish heiken ashi pula adalah candle yang tidak mempunyai shadow dibahagian atas body dan berpotensi untuk jatuh. Doji Heiken Ashi pula adalah candle yang mempunyai shadow diatas dan dibawah body. Ia menunjukkan bahawa harga sedang sideway dan tiada keputusan sama ada ingin naik atau turun. Warna untuk doji Heiken Ashi tidak ada masalah sama ada merah atau hijau asalkan terdapat dua wick diatas dan dibawah.

Analisa Menggunakan Teknik Swing Dalam Saham

Pertama, anda harus buka TF W1 dan pastikan terjadinya golden cross antara EMA 10 dan EMA 30. Golden cross bermaksud persilangan uptrend yang berlaku menunjukkan EMA 10 berada diatas EMA 30. Ia merupakan signal kuat bahawa kaunter berada dalam keadaan Uptrend. Jadi, kita tahu secara overall kaunter berada dalam keadaan uptrend.

Kedua, pastikan TF D1 juga mempunyai golden cross yang sama seperti TF W1. Apabila kedua dua timeframe ini selari, barulah anda boleh mencari entri menggunakan candlestick Heiken Ashi. Apa yang perlu anda perhatikan adalah pastikan terjadinya Bullish Heiken Ashi selepas pembentukan Bearish Heiken Ashi ataupun Doji Heiken Ashi.

Entri pada current price semasa dan SL anda boleh set pada low candlestick sebelumnya. Untuk TP pula, letakkan preset sekitar R3 dari risiko yang anda setkan. Sekiranya terjadi pembentukan Bearish Heiken Ashi ataupun tempoh masa melebihi sebulan, close sahaja semua kaunter yang anda telah beli.

Pemilihan Kaunter Untuk Teknik Swing Dalam Saham

Bagi menjayakan lagi teknik ini, anda haruslah memilih kaunter yang bersesuaian dan mempunyai volatility yang sederhana dan tinggi. Dengan ini, lebih cepat untuk anda mendapatkan keuntungan sebelum berakhirnya sasaran sebulan yang telah ditetapkan. Antara kriteria tersebut adalah seperti berikut.

  1. Bukan kaunter sikat
  2. Mempunyai floating share dibawah 1 billion unit.
  3. Harga last kurang dari RM 0.50 bagi trader yang mempunyai modal RM 10,000

Kesimpulan

Saya telah jelaskan secara keseluruhan mengenai teknik swing dalam saham untuk durasi yang pendek iaitu sebulan. Dengan penggunaan semua indikator yang telah digariskan, saya harap ia dapat membantu anda dalam menjana pendapatan melalui pelaburan saham. Sekian terima kasih.

Rujukan :

  1. Traderz Prime
  2. Trader DNA

Baca juga : cara menentukan tp dan sl saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →