Senarai Singkatan Dalam Saham Yang Selalu Digunakan

Bismillahirrahmanirrahim

Pelaburan saham adalah perkara yang menjadi perkara yang semakin normal di Malaysia. Malah, ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, makin ramai rakyat Malaysia yang semakin sedar tentang potensi pelaburan dalam saham. Namun, terdapat banyak singkatan dalam saham yang boleh mengelirukan para pelabur baru ketika ingin membuat belian saham yang pertama.

Senarai Singkatan Dalam Saham Popular

  1. BO : Bermaksud Breakout. Ianya satu keadaan analisa teknikal yang mana harga berjaya memecahkan paras rintangan ataupun sokongan (Support and Resistance)
  2. EP : Entry Price. Harga dimana anda beli sesuatu kaunter
  3. TP : Target Price atau Take Profit. Harga dimana anda menjual sesuatu kaunter semasa untung
  4. SL : Stoploss. Harga dimana anda set di dalam sistem untuk had kan kerugian anda daripada menjadi lebih besar
  5. CL : Cutloss. Sama fungsi seperti stoploss tetapi dilaksanakan secara manual ataupun individu itu sendiri akan jual kaunter tersebut tanpa bantuan dari sistem
  6. BOB : Buy On Breakout. Pelabur akan membeli sesuatu kaunter jika harga berjaya melepasi paras rintangan dan mengambil kesempatan momentum kuat yang telah berlaku,
  7. BOD : Buy On Dip. Pelabur akan membeli sesuatu kaunter pada paras sokongan untuk mengambil kelebihan dari segi harga yang murah.
  8. TAYOR : Trade at Your Own Risk. Semua keputusan dan risiko pelaburan adalah ditangan anda.
  9. IPO : Initial Public Offering. Saham yang baru sahaja ingin disenaraikan di dalam papan bursa buat kali pertama
  10. Q : Queue. Ia adalah istilah kepada order yang anda letakkan untuk beli atau jual sesuatu kaunter pada tahap harga yang anda ingini
  11. QR : Quarter Report. Laporan kewangan yang dikeluarkan oleh syarikat pada setiap 3 bulan
  12. YoY : Year over Year. Bandingan laporan dari tahun ke tahun.
  13. QoQ : Quarter Over Quarter : Bandingan laporan dari suku tahun ke suku tahun
  14. P/E : Price to Earning Ratio. Ratio yang menjadi indikasi sama ada sesuatu saham itu murah atau mahal.
  15. TOP : Theoretical Opening Price. Harga yang ditunjukkan semasa pre market sama ada pre market close ataupun pre market open
  16. ATH : All time High. Harga tertinggi yang pernah dicapai oleh sesuatu kaunter
  17. ATL : All time Low. Harga terendah yang pernah dicapai oleh sesuatu kaunter
  18. ROI : Return on Investment. Pulangan berdasarkan pelaburan
  19. ROE : Return on Equity
  20. CDS : Central Depository System. Akaun yang digunakan oleh Bursa Malaysia sebagai book keeping belian dan jualan saham.
  21. MR : Marketing Representative. Wakil jualan yang membantu anda membuka akaun CDS bersama broker yang sah di Malaysia
  22. SC : Security Commission. Suruhanjaya sekuriti merupakan entiti yang mengawalselia aktiviti dalam pasaran modal
  23. NAV : Net Asset Value. Kiraan nilai aset yang selalunya dikira pada pengakhiran hari dagangan. Selalu digunakan oleh Index, ETF dan juga Unit Trust
  24. ETF : Exchange Trade Fund. Merupakan satu longgokan saham yang diterjemah kepada bentuk indeks dan pembelian ETF tersebut bermaksud membeli keseluruhan longgokan saham
  25. FCPO : Future Crude Palm Oil. Pasaran hadapan bagi minyak sawit
  26. MM : Money Management. Pengurusan Modal Dagangan
  27. OTC: Over The Counter. Belian atau jualan saham dilakukan secara offline atau dikaunter, tidak secara online.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya telah senaraikan semua jenis singkatan dalam saham yang selalu digunakan oleh para pelabur. Oleh itu, anda tidak lagi keliru apabila mereka menyebut semua jenis singkatan dalam saham tersebut dan boleh bersama mereka untuk berbincang tentang kaunter kaunter yang menjadi sasaran. Sekian terima kasih.

Rujukan : aimarrow.com serta pengalaman sendiri.

Baca juga : Teknik Swing Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →