Bismillahirrahmanirrahim
Semua orang yang pernah main saham atau melabur saham, mesti ada cerita suka duka masing masing. Aku sendiri perlu melatih emosi aku hampir enam tahun untuk berasa okay dalam permainan saham ini. Hari ini aku terbuka untuk cerita kisah rugi main saham ini yang jarang orang dendangkan dekat dalam social media.
Latar Belakang Main Saham
Sebenarnya, aku bermula sebagai forex trader dan akhirnya insaf apabila ALLAH SWT beri rezeki untuk aku lihat kenapa kebanyakan online forex trading ini haram. Aku bermula dalam pertengahan tahun 2020. Jadi, disebabkan aku dah biasa dengan forex trading sebelum ini, mekanikal trading ni tak menjadi masalah bagi aku.
Aku jadi teruja dengan saham ini sebab dia ada lebih 700 lebih kaunter patuh syariah. Ia bermaksud akan ada 700 lebih chart yang mempunyai pergerakan yang unik. Jika nak banding pada forex trading, lebih kurang dalam 20 lebih pair sahaja yang didagangkan, itupun jika ditolak tidak berpasangan ada dalam sekitar 10 matawang je yang utama.
Kisah rugi main saham ini bermula bila aku ingat saham ni lebih kurang macam forex trading. Ianya salah sebab di forex, aku tak terkesan dengan kadar volatility atau low volume yang melampau. Candlestick pun cantik bersusun. Tapi dalam saham, jika silap pilih kaunter, mula la pilih kaunter yang candlestick pun tunjuk dash dash je.
Antara kaunter kaunter awal yang aku rugi adalah PMHLDG, NICE, FAJAR. Giler, rugi berturut-turut, habis RM 600 gitu je dari modal RM 10,000. Malah makin lama makin banyak rugi. Kisah rugi main saham ni berturut turut sampai dekat RM 2,000 aku rugi kat pelbagai kaunter. Itu aku dah follow MM yang paling strict iaitu 3% setiap entri.
Jadi aku mula rasa gelisah. Mencari apa lagi yang tak cukup. Untuk analisa teknikal, aku rasa forex da ajar aku cukup banyak dah. Jadi, aku mula mendalami ilmu analisa fundamental. Baca PE Ratio, Debt to Equity, Price to Book Ratio dan sebagainya. So aku target satu kaunter, kalau tak silap HOMERITZ. Memang cantik asas fundamental dia. Saham yang murah, net profit yang cantik, hutang pun hutang sihat serta report keuntungan yang konsisten.
Aku sulam lagi dengan analisa teknikal, confirm naik ni, aku cakap. Tapi kisah sedih main saham aku tak habis camtu je. Rupanya HOMERITZ makin turun dan akhirnya makan SL atau cutloss aku. 3 hari ketuk kepala, apahal syarikat yang cantik camtu, orang tak mau beli. Memang pergerakan yang tak disangka sangka dan aku pun jadi bingung apa lagi yang aku boleh buat untuk enhance trading aku dalam saham.
Sejak dari tu, macam-macam ilmu analisa pelik pelik aku belajar macam Wyckoff Theory, ARTT Analysis dan Elliot Wave. Untuk fundamental lak aku belajar Value Investing, Growth Investing, Discount Value dan sebagainya. Punya banyak ilmu ilmu advance yang aku baca last last aku stuck dan jammed sendiri je. Makin kompleks dan rumit sesuatu teknik tu, makin kecewa kita jadinya.
Kalau nak diterangkan banyak lagi cerita sedih. Contohnya, beli kaunter yang dah breakout, siap ada volume besar lagi pump. Esoknya harga jatuh sampai satu Cutloss. Lepas tu, try beli kat retracement, alih alih jadi reversal. Kena bantai SL juga. Ada orang kata saham ni pelaburan, kena hold lama. Makin hold makin berdarah lak bursa ni. Alhamdulillah, pengalaman mendewasakan. Since aku dah biasa rugi dalam forex, jadi bila rugi dalam saham ni tak lah teruk sangat tekanan mentalnya. Lagipun aku dah set da RM 10,000 ni memang modal hangus aku belajar saham.
Sekarang ni aku rasa dah ok sikit. Aku belajar teknik simple je. Dan rupanya teknik simple je dah cukup nak buat profit. Aku senaraikan apa lesson learn yang boleh korang belajar dari kisah rugi main saham aku ini.
- Simplekan sistem trading kita. Jangan terlalu banyak sulamnya contoh nak sulam teknikal dengan fundamental, siap sokongan catalyst lagi. Lagi kompleks sistem trading kita, lagi tinggi harapan kita untuk entri tu profit. Bila tak profit confirm kita kecewa gila. ye lah, ko buat study dan research gila gila, alih alih market selamba turun sampai berdarah.
- Jangan percaya dengan candlestick. Menipu banyak dari betul. Even kau jumpa reversal signal kat SnR, yang ikut trend semasa, market boleh bantai je SL kau.
- Trade pakai duit lebih. Tak payah pikir nak kontra bagai
- Lukis SnR, Trendline tarik fibo semua tu susah. Banyak versi, banyak cara, aku sendiri dah surrender lukis snr. Boleh lukis tapi pastikan cara kau lukis tu konsisten, jangan banyak versi, nanti rate snr yang betul tu akan kacau
- Belajar market depth kalau nak rempit. Tak digalakkan rempit guna teknikal analisis dekat low time frame.
Kesimpulan
Kisah sedih main saham ni semua orang ada. Even aku yang belajar bagai nak rak, sampai model analisis yang pelik pelik aku belajar pun, last last teknik orang yang post free kat youtube gak yang aku pakai sampai sekarang. Aku pakai indikator je, aku mmg dah give up dah nak lukis lukis ni. Takde rezeki aku ngn melukis ni.
Rujukan : Pengalaman sendiri
Baca lagi : Singkatan Dalam Saham