Cara Menentukan TP dan SL Saham

Bismillahirrahmanirrahim.

Take Profit atau Target Price (TP) serta Stoploss merupakan terma yang paling biasa didengari dalam kalangan pelabur dan trader. Ia merupakan satu fungsi yang cukup sinonim dalam membantu mekanisme entri anda dalam pasaran. Namun masih ramai lagi yang keliru cara menentukan TP dan SL saham sehinggakan entri yang pada awalnya dalam keadaan profit berakhir dalam keadaan rugi. Dibawah adalah video full untuk tentukan TP dan SL

Apa itu TP dan SL

TP adalah sasaran harga keuntungan yang ditentukan oleh para pelabur dan trader. SL ialah tahap kerugian yang sanggup ditanggung oleh mereka. Dengan adanya TP dan SL, ia telah membantu para pelabur untuk menguruskan entri mereka dengan cekap serta nisbah keuntungan dan juga kerugian telah dapat dikira sejak awal lagi.

Sebagai contoh, Ahmad membeli kaunter Z pada harga RM 1 sebanyak 100 lot. Kemudian, Ahmad telah melakukan kiraan untung dan rugi dan menetapkan bahawa pada harga 0.95 sebagai tahap Stoploss dan harga 1.10 sebagai harga TP.

Cara Menentukan TP dan SL Saham

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan dalam menentukan kawasan TP dan SL

  1. Indikator
  2. Level SnR
  3. Candlestick Formation

Anda boleh gunakan banyak indikator sebagai penentu kawasan TP dan SL. Contoh yang paling mudah adalah dengan menggunakan Indikator daripada jenis Oscillator seperti Relative Strength Index dan juga Stochastic Oscillator. Contohnya, anda menggunakan RSI yang mana didalamnya terdapat level Overbought dan juga Oversold. Selepas anda melakukan entri, anda telah menetapkan bahawa level TP anda dikawasan Overbought dan SL dikawasan Oversold (bagi kes entri anda BUY), Jika line RSI mencecah level-level tersebut, anda akan terus tutup order entri anda.

SnR ialah satu zon yang boleh dilukis di dalam chart dengan mencari satu tingkat harga yang terjadinya 2 atau lebih rebounce yang terbentuk. Pelabur percaya, garisan SnR ini merupakan titik yang menentukan sama ada trend akan berubah atau meneruskan perjalanan trend semasa. Oleh itu, mereka akan meletakkan SL mereka di kawasan Support dan TP dikawasan Resistance. Mereka juga percaya jika Support tersebut pecah, maka price akan terus turun dan pada masa itulah mereka akan close entri mereka supaya kerugian yang lebih besar dapat dielakkan.

Selain itu, ramai pelabur menggunakan candlestick formation sebagai cara untuk menentukan kawasan TP dan SL. Sebagai contoh, candlestick formation pinbar telah muncul dikawasan Support. Ia menunjukkan bahawa kebarangkalian untuk price rebounce adalah tinggi. SL akan diletakkan dibawah sedikit daripada Low Candlestick tersebut. Selepas itu, mereka akan menentukan TP dengan menggunakan kiraan Risk and Reward Ratio.

Melalui ketiga-tiga cara menentukan tp dan sl saham, faktor yang paling utama adalah nisbah Risk and Reward. Ianya bermaksud berapa banyakkah kerugian yang sanggup ditanggung dengan keuntungan yang bakal diperolehi dalam bentuk nisbah. Contohnya, nisbah RR 1:3 merupakan nisbah yang paling popular yang digunakan oleh trader saham. Jika Ali membeli saham pada harga RM 1, kemudian dia menetapkan SL pada harga 0.90, maka kawasan TP Ali adalah RM 1.30. Kerugian yang Ali bakal tanggung adalah sebanyak 0.10 manakala keuntungan yang Ali akan dapat adalah 0.30.

Kesimpulan

Artikel ini telah menjelaskan tentang cara menentukan tp dan sl saham melalui tiga kaedah iaitu indikator, level snr dan juga candlestick formation. Anda boleh gunakan mana-mana kaedah yang bersesuaian dengan diri anda. Diharap artikel ini dapat memberikan nilai tambah dalam ilmu pelaburan anda. Sekian terima kasih.

Rujukan : Pengalaman diri sendiri serta bacaan Internet

Baca lagi : Teknik Intraday Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →