Teknik Moving Average Untuk Saham Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Moving average adalah indikator yang paling popular dalam kalangan pelabur. Disebabkan indikator ini tidak kompleks dan senang untuk ditafsir, maka ia antara sebab kenapa pelabur banyak menggunakan indikator Moving Average. Jadi, apakah teknik moving average untuk saham Malaysia yang boleh memberikan pulangan dalam pelaburan anda?

Moving Average Saham Malaysia

Moving average ataupun dipanggil sebagai MA melakukan kiraan purata berdasarkan data parameter yang dimasukkan. Parameter tersebut adalah :

  1. Period : Menentukan berapa lama masa yang diambil untuk membuat kiraan purata.
  2. MA Method : Terdiri daripada Simple, Exponential dan Weighted. Biasanya tak signifikan sgt
  3. Shift : Garisan MA akan di adjust sama ada ke depan atau ke belakang
  4. Apply To : Kiraan price diambil sama ada pada Close/Open/High/Low
Moving Averages: Installation, Description & Trading Strategies
Parameter yang terdapat dalam Moving Average

Antara keempat-empat parameter ini, anda hanya disarankan untuk melakukan modifikasi pada Period dan MA method sahaja. Untuk Shift biasanya mereka biarkan pada nilai 0 dan Apply to pada pilihan Close.

Setting Parameter Terbaik Moving Average Saham

Sebenarnya, tiada setting yang terbaik untuk moving average kerana semua kaunter mempunyai jumlah volume yang berbeza-beza. Mungkin jika anda trade pada kaunter Small atau Midcap, setting parameternya akan berbeza dengan kaunter Bluechip. Jadi, antara parameter yang popular di kalangan pelabur saham adalah :

  1. Swing Trader : MA Period 200, MA method Simple
  2. Mid Term Trader : MA Period 50 or 100, MA Method Exponential

Untuk anda ketahui sama ada parameter itu sesuai atau tidak pada kaunter tersebut, anda boleh lihat berapa banyak kali harga melantun apabila mengenai garisan MA. Semakin banyak harga pernah melantun pada garisan MA itu, maka semakin bagus bacaan parameter yang anda gunakan.

Cara Menganalisis Kaunter Menggunakan Moving Average dalam Saham.

Cara menggunakan MA adalah sangat mudah. Memandangkan indikator MA digunakan untuk membaca trend sesebuah kaunter maka ia membantu pelabur untuk melakukan keputusan sama ada Buy atau tidak kaunter tersebut.

  1. Jika price berada di atas garisan MA, ia bermaksud Uptrend dan pelabur harus mencari peluang Buy
  2. Jika price berada di bawah garisan MA, ia bermaksud Downtrend dan pelabur harus Sell saham mereka.

Moving average berkesan dalam mencari arah trend pasaran sahaja. Namun, untuk melakukan entry, anda harus mencari indikator lain yang boleh membantu anda melakukan entry pada tahap harga yang mempunayi risk and reward yang lebih menguntungkan. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan signal daripada candlestick iaitu Candlestick reversal signal seperti pinbar sebagai signal entri anda.

Masalah Moving Average Dalam Saham

Permasalahan yang berlaku ketika menggunakan moving average adalah semasa kaunter sedang melakukan sideway atau consolidation. Ketika itu anda akan melihat price kerap cross garisan MA membuatkan anda menjadi bingung sama ada ingin buy atau sell. Oleh itu cara terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan bantuan Fundamental Analisis. Jika FA sesuatu kaunter itu bagus, maka anda boleh fokus kepada signal MA yang menunjukkan arah uptrend dan boleh mengabaikan signal downtrend yang dihasilkan oleh MA.

Kesimpulan

Memilih MA sebagai salah satu indikator dalam analisis teknikal anda adalah satu keputusan yang bijak. Ia nya sangat membantu anda menentukan arah trend kaunter dan melakukan timing entry anda. Jika indikator MA telah menunjukkan uptrend bagi sesuatu kaunter, maka kebarangkalian signal entry anda untuk kaunter tersebut juga agak tinggi. Anda juga mampu untuk meraih keuntungan melalui pelaburan tersebut hasil daripada bantuan indikator MA. Semoga artikel teknik moving average untuk saham malaysia ini mampu membantu meningkatkan kualiti trading anda.

Baca : Cara Menggunakan Bollinger Band Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →